MTHD | 8

10.1K 411 7
                                    

DARISA berdiri tegak sambil melakarkan senyuman hambar berhadapan dengan ibu mertuanya sebelum menarik tangan Tengku Nina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DARISA berdiri tegak sambil melakarkan senyuman hambar berhadapan dengan ibu mertuanya sebelum menarik tangan Tengku Nina. Wanita tua itu tampak kelihatan risau akan keadaannya disebabkan terpaksa berjauhan kala Haffaz sudah mengatakan hasrat ingin membawanya pulang ke kediaman lelaki itu.

"Tak boleh ke Risa stay je kat sini..." tangan gadis itu digenggam erat. Bahu Darisa diusap usap lembut. Berkaca-kaca mata Tengku Nina, takut bagaimana nasib Darisa nanti.

"Tak boleh umi, Risa isteri Haffaz.. Tempat Risa bukan kat sini" dengan penuh kelembutan, Darisa memujuk ibu mertuanya. Kekura tangan wanita tua tersebut dikucup lembut sebelum kedua belah pipi Tengku Nina pula yang dikucup.

"Kalau Haffaz ada buat sesuatu yang tak baik kat Risa bagitau umi hm.. Tak pun bagitau Hanim.. " pesannya.

Darisa hanya mengangguk mengiakan. Tidak mahu menambahkan lagi kerisauan didalam diri wanita tersebut. Lekas-lekas dia menyudahkan sesi perpisahan dengan keluarga mertuanya itu. Haffaz yang sudah menunggu sambil bersandar pada kereta mewahnya berjenama Porsche Panamera itu dikerling.

Perlahan-lahan langkahnya diatur menghampiri tubuh sasa Haffaz. "Maaf sebab buat awak menunggu"

Namun permintaan maaf itu sama sekali tidak dihiraukan, Haffaz masuk ke dalam perut kereta dengan keadaan senyap. Selepas sahaja kejadian semalam, lelaki itu berubah menjadi pendiam. Tidak banyak bunyi.

Darisa mengeluh perlahan. Rasa kecewa segera diusir pergi, bibir merahnya diketap rapat seraya memasuki perut kereta mewah itu.

"Saya mintak maaf.." sekali lagi Darisa bersuara, menundukkan kepala dengan jari-jemari bermain satu sama lain. Kebiasaan.

Tapi tetap sama.

Haffaz tetap ingin mendiamkan diri, satu tangannya mengenggam erat stereng kereta. Membawa kereta mewahnya pergi meninggalkan kawasan perkarangan villa milik keluarganya.

"Kau masih ingat kan apa yang aku cakap semalam?" suara maskulin Haffaz menerpa terus kedalam pendengaran Darisa. Pantas gadis itu mengangguk mengiakan, tidak mungkin dia melupakan semua itu.

"Jadi lima bulan dari sekarang, aku harap kau boleh bertahan hidup dengan aku, kita buat hal masing-masing, aku taknak kau masuk campur dalam urusan aku, dan aku pun taknak masuk campur dalam urusan kau.. There is nothing between us, anggap je kita dua orang asing yang duduk satu rumah" Haffaz menunjukkan riak wajah yang begitu tenang, seolah-olah dia sudah sedia berhadapan dengan situasi begini namun tidak buat Darisa, gadis itu terdiam buat sementara. Hati bagaikan ditoreh kasar dengan benda tajam. Senang sungguh lelaki itu menginginkan perceraian sedangkan dia bertungkus-lumus cuba untuk mengekalkan hubungan mereka.

"Memang dah takde ruang untuk saya masuk kedalam hati awak?" kini Darisa berani bertanya, sepasang anak matanya merenung terus kedalam anak mata berwarna coklat tua itu.

"Awak taknak cuba cintakan saya? saya tahu awak memang tak rela nak jadikan saya sebagai isteri.. Tapi tak boleh ke awak cuba cintakan saya macam mana awak cintakan Inara dulu.. Haffaz, please... kita bina hidup baru, lupakan Inara, and trying to love me as your wife.. saya akan sedaya upaya untuk jadi isteri yang terbaik buat awak.." lengan sasa suaminya kini dicengkam erat oleh Darisa, sangat berharap agar lelaki itu tidak menceraikannya, cuba membina hidup baru.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now