MTHD | 6

50.1K 2.3K 178
                                    

"SUDAH!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SUDAH!"

Jeritan Hanim yang begitu kuat tidak dipedulikan oleh Haffaz dan Haziq. Ketakutan si bongsu saat melihat kedua-dua abangnya bertumbuk satu sama lain sehingga pecah bibir.

"Kau tau tak kau tu dah melampau! Jangan jadi lelaki dayus! Jangan terlampau ego! Inara dengan Darisa bukan orang yang sama, sial!" berhabis-habisan Haziq memaki hamun Haffaz. Sakit hati dan geram. Bengang dengan sikap Haffaz yang tidak ubah seperti lelaki dayus.

"Abang Ziq, sudahlah.." Hanim menarik bahu bidang abangnya sekuat hati.

"Baik Hanim menjauh sebelum Hanim sendiri terkena.." kata si abang dengan nada suara kedengaran tegas.

"Abang, berhentilah.. Tak kesian ke dengan umi nanti?!" marah Hanim. Tidak berputus asa meleraikan abang kedua dan abang sulungnya. Tidak suka melihat perkelahian antara dua beradik ini.

Disebabkan kasihan dengan Hanim, mahu tidak mahu Haziq melepaskan kolar baju Haffaz. Namun begitu, api kemarahan masih lagi membara-bara.

"Kenapa semua orang nak backup dia? Kenapa takde seorang pun nak backup aku! Padahal aku yang kene bodoh-bodohkan! Terpaksa kahwin dengan perempuan licik tu!"

Haziq kemam bibir rapat, tolak tubuh Haffaz sehingga bersandar di dinding.

"Kau dengar sini, kau kira baguslah dapat kahwin dengan Darisa daripada kau berkahwin dengan si Inara... Bayangkan kalau kau kahwin dengan Inara, kau rasa kau bahagia? No bro.. kau patut bersyukur ada Darisa yang sanggup berkahwin dengan kau!" marah Haziq, jari telunjuknya tepat ditujukan kearah wajah tampan si abang.

"But I don't love her!"

"So trying to love her!! Bukan benci jalan penyelesaiannya! Takde guna pun kau benci Darisa, she's already your wife!!"

Kata-kata Haziq benar-benar memancing kemarahannya. Hati lebih sakit bila semua orang mula membela Darisa seperti dia yang bersalah dalam hal ini.

"Sudahlah!! Abang Haffaz dengar sini.." Hanim yang sudah tidak dapat lagi melihat pertengkaran kedua abangnya segera menolak kasar dada tegap Haziq. Lalu sepasang anak mata gadis muda itu merenung tajam kedalam anak mata abang sulungnya.

"Sekarang abang bergelar suami Kak Risa, tak boleh ke abang sedar sikit.. Lupakan benda lama dan cuba mulakan hidup baru dengan kak Risa! Tanggungjawab jangan dipandang remeh, Allah paling benci orang yang tak jalankan tanggungjawab dengan baik.. "

"Hanim kenal abang macam mana, kenal sangat.. Abang tu baik, lembut dengan perempuan.. jangan terlalu ego! tolonglah terima kak Risa" sedaya-upaya Hanim memujuk si abang. Berharap agar hati Haffaz dapat dilembutkan.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now