MTHD | 24

11.1K 445 19
                                    

BUNYI seretan beg bagasi kedengaran begitu kuat didalam lapangan terbang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNYI seretan beg bagasi kedengaran begitu kuat didalam lapangan terbang. Semua orang tergesa-gesa mengurus penerbangan masing-masing. Darisa pula masih lagi duduk sambil memerhati orang-orang di sekeliling.

Kedua-dua tangannya digenggam kuat. Ini pertama kali dia berjauhan dengan orang lain. Selama ini, hanya keluarga Mala yang menjadi tempat ia bergantung.

Namun, semuanya bukanlah berkekalan. Bila-bila masa akan berlaku sesuatu yang tidak diduga dan kerana itu, Darisa membuat keputusan untuk berjauhan dengan orang lain.

Menghilang daripada pandangan orang lain seperti mana yang mereka inginkan.

Setelah tiga puluh minit menunggu, iris mata berwarna hazel melirik kearah jam yang ada di pergelangan tangannya.

Jam mula menunjukkan jam 8.45 pagi, lantas Darisa bangun daripada tempat duduknya. Walaupun langkahnya terasa agak berat, mahu tak mahu, dia terpaksa.

Beg bagasi yang terletak disamping, diseret perlahan. Selangkah demi selangkah Darisa pergi meninggalkan kawasan tadi sehinggalah memasuki perut pesawat yang dijadualkan untuknya.

Raut wajah gadis itu sama sekali tidak menunjukkan apa-apa reaksi, senyum?

Mana mungkin dia mampu mengukirkan senyuman.

"Mungkin dia dah baca.." duganya sendirian. Telefon bimbitnya sejak awal lagi sudah dimatikan.

Malas hendak mengenang semula.

"Hello miss.." sapa seorang pramugari sebaik sahaja Darisa memasuki perut pesawat itu.

Darisa pula tersenyum hambar membalas sapaan pramugari itu. Entah mengapa hatinya terasa berat untuk meninggalkan tanah air.

Perlahan-lahan kakinya dihayun mendekati salah satu kerusi yang terletak di barisan ketiga sebelah kiri. Punggungnya pula dilandaikan diatas kerusi tersebut, sekali-sekala pandangannya dilontarkan pada jendela luar.

'Thanks for everything, sayang.. Berbahagialah, saya takkan wujud lagi..saya takkan ganggu awak lagi, anggap aje la Darisa Haura dah takde..'

HAFFAZ berlari-lari memasuki lobi lapangan terbang itu dengan berpakaian santai, termengah-mengah nafas lelaki itu sekali gus anak matanya meliar-liar melihat sekelilingnya seperti mencari kelibat seseorang.

"Excuse me, ada nampak perempuan ni?" ujar Haffaz segera sebaik sahaja melihat seorang wanita sedang duduk diatas kerusi menunggu. Foto pernikahannya dengan Darisa yang masih lagi disimpan di dalam galeri Iphone nya ditunjukkan.

"Erm, tak.." balas wanita itu, kepalanya digelengkan menandakan dia tidak tahu keberadaan Darisa.

Namun begitu, Haffaz masih tidak berputus asa. Orang yang lalu-lalang di hadapannya menjadi tempat ia bertanya.

"Maaf, ada nampak perempuan ni?"

"Sorry sir, kami tak nampak.."

"Boleh tanya tak, awak ada nampak perempuan ni?"

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now