MTHD | 32

9.9K 362 0
                                    

"YA ALLAH, maaf kak sebab lambat sikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"YA ALLAH, maaf kak sebab lambat sikit... Risa terpaksa tidurkan anak-anak tadi" ucap Darisa penuh serba-salah sebaik sahaja Kak Ina memasuki perut kereta Axia miliknya.

Yup, dia dengan Kak Ina memang sudah berjanji nak keluar bersama. Tapi itu pun kerana ajakan Kak Ina.

"Eh, takpelah Risa... Akak faham, lagipun bukannya lama akak menunggu..." balas Kak Ina. Lembut sahaja pertuturan wanita itu, tak hairanlah mengapa Abang Pian berkenan dengan Kak Ina.

"Tetap Risa yang salah..."

"Haih, tak perlulah fikir semua tu... Akak faham Risa ada kerja, jangan minta maaf, bukannya Risa sengaja nak lambat-lambat kan..."

Darisa mengangguk mengiakan. Memang benar dia tidak berniat nak melambat-lambat.

"Abang Pian mana, kak?" soal Darisa, sempat lagi anak matanya meliar-liar mencari kelibat suami Kak Ina.

"Sibuk, banyak kerja..."

Nada suara Kak Ina kedengaran agak mendatar seolah-olah sedang dalam perasaan kecewa. Malahan raut wajah sama sekali tidak menunjukkan keserian saat melontarkan ayatnya.

"Ouh..." ujar Darisa bersahaja. Tidak mahu lagi bertanya lebih lanjut.

"Maaf ye Risa sebab susahkan Risa, akak nak ajak Risa pergi hospital sebenarnya..." tutur Kak Ina tiba-tiba. Perkataan 'hospital' menimbulkan kerutan di dahi Darisa.

Patutlah Kak Ina beria nak ajak dia keluar. Rupanya ada sebab.

"Hospital? Buat apa?"

"Hm, akak nak check sesuatu..." katanya.

"Check apa?" sekali lagi Darisa bertanya.

Namun begitu, Kak Ina mendiamkan sahaja. Mulutnya tidak terbuka seolah-olah sesuatu yang ingin dikatakan itu terlalu berat buatnya.

"Tak ada lah Risa, jomlah sebelum lambat... nanti tak pasal-pasal jalan jammed... Tahu lah kan kalau bandar macam mana..." ujar Kak Ina. Saja menukar topik perbualan, sepasang anak matanya dialihkan seketika tatkala Darisa merenungnya.

"Kak, kalau ada masalah bagitau Risa... Janganlah pendam"

"Takdelah Risa, biasa je... Akak cuma takde mood" Kak Ina tersenyum hambar. Belakang tubuhnya disandarkan pada kerusi penumpang. Lalu pandangannya dilontarkan di luar jendela.

Tingkah laku Kak Ina menimbulkan perasaan risau di dalam hati Darisa. Iyalah, bukan selalunya Kak Ina buat macam ni. Selalunya ceria aje.

"Kalau begitu, Kak Ina senyumlah sikit... Jangan muram macam ni, Risa tak suka la..." pujuk Darisa dengan nada lembut.

Mahu tidak mahu, Kak Ina terpaksa melakarkan senyuman. Walaupun tidak nampak keikhlasan, namun Darisa masih bersyukur Kak Ina masih ingin tersenyum.

"Lepasni jangan masam-masam lagi tau... tahu tak senyuman kak Ina tu cantik, manis je bila tengok... sebab tu abang Pian sayangkan kak Ina..." tutur Darisa dengan tujuan menyejukkan hati wanita disampingnya.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now