MTHD | 37

10.3K 366 3
                                    

"ARSHAD

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ARSHAD..."

"Kenapa asyik tercegat kat depan tu? Budak-budak tu dah seronok sangat nak keluar... Risa tak datang-datang lagi ke?" soal Puan Aisah kepada anak lelakinya.

Sudah hampir sejam mereka menunggu kedatangan Darisa. Namun, tidak ada langsung kelibat gadis itu, malah panggilan telefon langsung tidak dijawab apatah lagi mesej.

"Dah banyak kali Arshad call Risa, tapi tak dijawab" beritahu lelaki itu dengan nada serius.

Entah mengapa hati lelaki itu risau akan keadaan Darisa. Jujur selama ini Darisa tidak pernah tak menjawab panggilan telefonnya kerana setiap kali Arshad menelefon gadis itu, pasti Darisa akan menyahut.

"Yeke, dah call banyak kali?" Puan Aisah meminta kepastian.

Arshad menganggukkan kepalanya. Mengiya-iyakan apa yang ditanya oleh Puan Aisah.

Puan Aisah mula menghela nafas berat, perlahan-lahan matanya melirik memandang kanak-kanak yang sudah memakai baju cantik dan comel dengan perasaan yang penuh teruja.

"Nak, lain kali aje lah kita jalan ye..." pujuk Puan Aisah lembut. Namun begitu raut wajah yang kelihatan ceria tadi kini berubah suram. Kecewa.

"Kenapa bonda?" soal Rayyan, anak lelaki itu melangkah maju sedikit kearah Puan Aisah. Tertanya-tanya mengapa.

Puan Aisah tersenyum nipis. Sayu hatinya melihat reaksi anak-anak yang diasuh penuh kasih sayang. Tangannya naik mengusap rambut halus Rayyan.

"Ada sesuatu nak diselesaikan, nanti kita jalan-jalan ye kalau semuanya dah selesai" ujarnya sekali lagi. Rayyan hanya mengangguk faham, rakan sebayanya juga turut mengangguk seolah-olah memahami apa yang dikatakan oleh Puan Aisah.

Dengan langkah yang berat, mereka memasuki rumah anak yatim. Wajah kecewa tidak usah lagi dipersoalkan. Puan Aisah dan Arshad hanya mampu menatap kekecewaan mereka ketika itu.

"Arshad, pergilah rumah Risa... Mana tahu ada apa-apa yang terjadi, risau bonda..." arah wanita tua itu. Hatinya lebih merisaukan keadaan Darisa apatah lagi gadis itu tinggal berseorangan.

Tanpa mengeluarkan sepatah perkataan, Arshad terus mengangguk mengiakan. Kebetulan, kunci kereta Hilux sudah berada dalam genggamannya. Hanya perlu meneruskan langkahnya sahaja menuju ke sebuah kereta yang terparkir di depan rumah anak yatim itu.

Puan Aisah hanya berdiri tegak sambil memerhatikan anak lelakinya. Kereta Hilux berwarna hitam yang berlalu pergi dipandang teliti olehnya. Berharap tidak terjadi apa-apa kepada Darisa.

"Cantik..."

Kata-kata pujian yang kedengaran dalam sistem pendengaran Darisa membuatkan gadis itu memalingkan wajahnya ke belakang. Kelihatan sosok tubuh suaminya sedang berdiri sambil menyandar di tepi muka pintu tersebut.

"Apa yang cantik?" soal gadis itu, dahinya berkerut-kerut memandang sang suami.

"Bidadari depan abang ni" ucap Haffaz selamba. Selangkah demi selangkah lelaki itu mendekati Darisa. Kecantikan Darisa yang memakai tudung bawal labuh berwarna putih dipadankan lagi dengan jubah putih menunjukkan betapa ayunya gadis dihadapannya itu. Apatah lagi apabila isterinya mula berpurdah.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now