MTHD | 42

8K 306 15
                                    

"RISA okay tak ni?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"RISA okay tak ni?"

Tengku Nina mengusap usap belakang Darisa, sejak awal pagi tadi menantunya asyik memuntahkan sesuatu. Nak kata salah makan tidak juga sebab pemakanan Darisa memang teratur.

"Okay.." Darisa mengelap bibirnya dengan belakang tangan. Bibir pucat memperlihatkan gadis itu sudah tidak bermaya.

"Tak okay ni, bibir pucat, lesu macam ni... Bukan okay namanya.."

"Kejap je ni, gastrik.."

"Kalau gastrik takde sampai macam ni, ni langsung takde masuk apa - apa makanan kat perut.." kerisauan Tengku Nina semakin menjadi - jadi. Sedih hatinya bila melihat Darisa semakin kurus.

"Risa okay umi, Umi keluarlah dulu, Risa nak buang air kecil jap" secara lembut dia memohon Tengku Nina meninggalkannya seorang diri di tandas.

"Hm, kalau ada apa - apa terus panggil umi"

"Ya umi.."

Sebaik sahaja wanita tua itu melangkah keluar dari tandas, Darisa menutup pintu tandas dengan rapat dan menguncinya secara perlahan. Tidak lama kemudian, tangisannya pecah.

Darisa terduduk mencangkung sambil wajahnya disembamkan pada lutut kakinya. Sungguh tubuhnya ketika itu sudah tidak kuat untuk menghadap semua ujian yang menimpanya.

Satu alat yang berada di dalam tong sampah kecil di tandas biliknya diambil kemudian diperhatikan lagi.

Two lines..

"Allah.." lututnya kembali tidak kuat. Air mata semakin deras mengalir dengan bahagian bawah bibirnya digigit kuat.

Alat ujian kehamilan yang dilihat telah mengubah segala galanya. Kini dia sah mengandung, mengandung anak haram. Anak yang tidak pernah ia inginkan selama ini.

"Apa aku nak buat?" bisik gadis itu sendirian. Kini sudah ada satu nyawa dalam rahimnya. Tapak tangannya sudah menekup mulut sambil menangis, sedaya upaya Darisa tidak mengeluarkan suara tangisan.

Dia sendiri sukar untuk menerima.

Bagaimana pula Haffaz yang ingin menerima kehadiran bayi ini?

"Risa.. Okay tak ni?" suara Tengku Nina mulai kedengaran. Darisa segera menarik nafas lalu dihembuskan bagi menenangkan diri.

"Er.. huh.. Risa.. Risa okay, umi.." kata gadis itu walaupun sedikit terbata - bata. Kini dia takut, takut adakah Haffaz menerima atau disebaliknya.

"Bagitau umi betul - betul kalau tak sihat, kita pergi hospital ye nak.."

"T-tak.. T-tak, Risa okay je.."

"Betul ni?"

"Erm.. betul" bohongnya. Dia tidak pernah okay selepas kejadian itu, perasaan takut, perasaan bersalah semua dirasai setiap hari dan setiap masa.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now