MTHD | 27

9.8K 383 8
                                    

"SUBHANALLAH, cantiknya anak mama ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SUBHANALLAH, cantiknya anak mama ni." puji Puan Azalea penuh bangga. Tersengih-sengih wanita tua tersebut memandang penampilan Irdina yang cantik dengan berpakaian busana serba putih bertemakan baju kebaya moden.

"Tengoklah ni anak siapa.." seloroh Irdina. Kedua-dua tangannya mengenggam erat jambangan bunga yang juga berwarna putih.

"Ni anak mama lah, anak mama mestilah cantik.. Tengok mak dia jugak"

"Eh, mama ni over pulak" Irdina menjelingkan matanya keatas. Tergelak besar Puan Azalea tatkala melihat riak wajah Irdina.

"Betullah apa mama cakap, takkan mama nak kata Dina hodoh macam beruk.. Kang tak pasal-pasal pipi ni bengkak" ujar wanita tua itu. Ditolak lembut bahu anak perempuannya.

"Hesy, mama ni buang tabiat ke apa.. Dok asyik menunjal-nunjal bahu orang, ingat anak mama ni patung ke apa hah?" kata gadis itu penuh geram. Tajam anak matanya merenung sang ibu yang berdiri tegak di hadapannya dengan berpakaian jubah berwarna baby blue.

"Dina, kamu tu pengantin.. Hang nak melenting bagai ni pehal? Patutnya gembiralah mama puji ni, bukannya nak marah-marah dua puluh empat jam" balas si ibu.

Irdina pula mula mencebikkan bibir merahnya. Kekadang rasa sakit hati dengan mak sendiri.

Tiba-tiba bunyi ketukan pintu yang kuat telah menyentakkan dua beranak ini. Kepala langsung ditolehkan ke arah muka pintu bilik Irdina.

"Dina, majlis nak mula.. Tunang kamu ni tak sampai-sampai lagi ke?" soal Puan Rosnah.

Puan Rosnah merupakan isteri kepada ayah saudara Irdina. Sejak kematian ayah kandungnya, suami Puan Rosnah lah yang bakal menjadi wali untuk Irdina semasa majlis akad nikah.

"Mungkin jalan tengah jammed kut.. Sebab tu lambat, boleh tak tunggu sekejap lagi mak long.." jawab Irdina dengan senyuman hambar.

Jam di dinding dikerling buat seketika. Sejak tadi lagi memang dia menyedari Haffaz sudah lewat dari waktu yang sepatutnya.

"Dah tiga puluh minit ni, takkan lah tak sampai-sampai lagi.. Abang Raffi kamu dari KL pun boleh sampai duluan, kenapa dia lambat?"

Irdina mula mengetapkan bibir merahnya dengan begitu rapat. Benar, Raffi yang duduk di Kuala Lumpur pun boleh sampai ke kampung walaupun bertolak lambat.

"Dina cuba call Haffaz dulu.." arah Puan Azalea.

Telefon bimbit yang terletak elok di samping dicapai. Tanpa melengahkan masa, nombor telefon Haffaz didail.

Hanya bunyi ringing kedengaran.

"Dia tak angkat call?"

Irdina menggelengkan kepalanya menandakan bahawa Haffaz sama sekali tidak mengangkat panggilannya.

"Habistu macam mana, tok kadi dah jenuh menunggu dari tadi, tetamu pun dah penat, anak-anak dah mula menangis.. "

"Dia betul-betul nak kahwin dengan kamu ke, Dina?" satu persoalan dilontarkan secara terus kepada Irdina.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now