MTHD | 1

69.2K 2.7K 188
                                    

"JANGAN sentuh aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"JANGAN sentuh aku."

Amaran keras yang Haffaz berikan membuatkan Darisa tersentak. Dia hanya mahu membuka stokin suaminya sebaik sahaja melihat Haffaz kelihatan penat selepas upacara majlis akad nikah mereka. Benar, mereka sudah diijabkabulkan. Dan sudah disatukan sebagai suami isteri. Namun, mungkin bukan suami isteri sebenar, tetapi suami isteri diatas kertas.

"Saya cuma nak bu--"

"Oi betina, aku suruh kau jangan sentuh aku kan. Kalau aku kata jangan tu jangan! Tak dengar lagi ke?!" dengan begitu kasar, Haffaz tunjal bahu Darisa sehingga gadis muda itu jatuh terperosok diatas lantai marmar tersebut.

"Sekali lagi kau sentuh aku, jangan harap kau boleh hidup senang" ugut Haffaz, tanpa berlengah. Tubuh tinggi itu bingkas bangun daripada perbaringan. Kaki sempat menendang kaki isterinya. Dia tidak suka keberadaan Darisa.

Kerana Darisa mengingatkannya kepada Inara.

Saat itu, yang Darisa boleh lakukan hanya diam. Ketap bibir sekuat-kuat mungkin. Tipulah kalau dia tidak terasa dengan setiap butir-butir ayat yang keluar daripada mulut lelaki itu.

Tapi apakan daya, yang dia lakukan ini untuk menyelamatkan hidupnya

"Siapa suruh kau tidur sini?" dengan penuh sinis, Haffaz bertanya. Darisa baru sahaja menyedari keberadaan suaminya lantas memalingkan wajah. Namun begitu, dia sempat terpaku tatkala melihat hanya tuala putih yang terlilit pada pinggang lelaki tersebut.

"Woi aku tanya, siapa suruh kau tidur sini?" sekali lagi dia bertanya.

Darisa faham apa yang Haffaz maksudkan. Dia tahu suaminya tidak membenarkan dia untuk baring ataupun melandaikan tubuh diatas katil besar itu. Perlahan-lahan, gadis tersebut menuruni katil itu. Bantal diletakkan diatas lantai marmar kemudian berbaring.

"Aku tak suka kau baring kat tempat aku, kau tu tak ubah macam sampah.. Jadi baik kau tidur diatas lantai dengan sampah tu sekali"

Bagai tusukan berkali-kali diberikan kepada Darisa, gadis itu hanya menghadam, memejamkan mata. Dia sendiri yang masuk dalam seksaan ini. Mahu tidak mahu dia terpaksa menghadap.

"Kau dah bisu ke apa? Tadi bukan main berani nak ganti-gantikan sepupu kau.. " kata lelaki tersebut. Tubuh Darisa yang terbaring diatas lantai sejuk itu langsung tidak dipedulikan. Kesah apa dia.

Selepas sahaja mengenakan seluar tidur, Haffaz kemudian melandaikan tubuh diatas katil. Sungguh ketika itu, Darisa sedikit tergamam bila melihat lelaki tersebut tidak mengenakan apa-apa baju pada tubuhnya. Dibiarkan terdedah menampak bentuk.

'Tak sejuk ke?' desis Darisa sendirian, dia sendiri yang sudah berpakaian tebal masih merasa sejuk aircond menembusi kulit. Apatah lagi yang langsung tidak memakai baju.

"Woi.."

Darisa yang baru sahaja ingin melelapkan mata terkejut sebaik mendengar perkataan 'woi' daripada hujung bibir lelaki itu. Siapalagi kalau dia si 'woi' yang Haffaz gelar.

"Ya?" sahut Darisa, dia bangun daripada berbaring. Duduk menatap suaminya yang masih terbaring diatas katil.

"Urut kepala aku.." arahnya dengan bersahaja. Mahu tidak mahu, Darisa terpaksa menurut walaupun penat. Perlahan-lahan katil bersaiz queen itu dipanjat oleh Darisa.

"Sakit kat mana?" Darisa mula menyoal, teragak-agak gadis itu mahu menyentuh Haffaz, Iyalah. Sudahlah baju pun tidak pakai, nanti orang sentuh sembarangan tiba-tiba kena tengking. Kan tidak tentu pasal.

"Sakit kat kepala lah ngok.." Haffaz memicit pelipis kepalanya dengan begitu kuat manakala Darisa ketap bibir merahnya rapat-rapat. Ragu-ragu dia memegang kepala suaminya.

"Kuat-kuat.. Kau ni memang takde tenaga ke apa?" sempat lagi lelaki itu mengejek Darisa.

"Saya dah urut baik-baik.." walaupun diejek, dihina, ditengking mahupun direndahkan. Darisa tetap berlembut dengan Haffaz, itu semua kerana dia tidak mahu Haffaz menceraikannya.

Haffaz menghembuskan nafas berat, tangannya tiba-tiba pantas menggengam pergelangan tangan Darisa sehingga gadis muda itu tersentak. Dahi mula berkerut kerana cengkaman Haffaz terlalu erat.

"Aw-Awak.. Sa-Sakit.." rintih Darisa, lengan suaminya cuba ditepuk tepuk, minta dilepaskan. Suara berdecit kesakitan kedengaran didalam pendengaran.

"Aku nak tanya kau.. Apa muslihat kau sebenarnya? Kenapa kau nak kahwin dengan aku padahal boleh je kau lari" Haffaz mula menyoal, sepasang anak matanya berwarna coklat tua itu kini merenung tajam kedalam anak mata milik isterinya. Dia tidak faham apa tujuan sebenar Darisa ingin mengahwininya.

"Sa-Saya terpaksa.."

"Terpaksa apa? Terpaksa sebab Inara yang suruh?" lelaki itu tersenyum sinis sambil gelak kecil. Semakin erat pegangannya pada pergelangan tangan Darisa. Dan saat itu, semakin kuat Darisa merintih kesakitan.

"Haffaz, tolong.. Tolong lepaskan saya.." jari jemari suaminya cuba dileraikan namun usaha langsung tidak menunjukkan sebarang apa-apa hasil. Semakin kuat.

"Cih, In your dream.. selagi aku tak tau apa muslihat kau, selagi tu aku sakitkan kau, Haura.." bisik lelaki tersebut. Setelah itu tangan Darisa ditolak menjauh daripadanya. Gadis itu mula mengemamkan bibir merahnya, tubir mata terasa hangat, airmata mula bertakung. Sungguh dia rasa sakit setiap kali Haffaz memperlakukannya dengan begitu kejam.

"Kau turun balik, semak aku.."

Darisa menarik nafas panjang, menuruti perintah suaminya, langsung tidak berdalih mahupun membantah. Sekali lagi dia menuruni katil tersebut, berdiri menatap figura tubuh Haffaz yang berbaring membelakanginya.

"Saya mintak maaf, saya terpaksa.." bisik gadis itu perlahan sebelum menyusun langkah masuk ke dalam kamar mandi didalam bilik mereka. Bersungguh-sungguh Darisa membuka dan menutup pintu kamar mandi itu dengan perlahan agar tidak mengeluarkan bunyi.

Setelah pintu itu ditutup dan dikunci rapat. Darisa menatap penampilan diri didepan cermin besar itu, baju lengan panjang yang digunakan dilepaskan.

Jatuh airmata gadis tersebut tatkala melihat bekas berbirat pada tubuhnya. Ada yang baru dan ada yang lama, ini semuanya daripada lelaki itu.

"Shh..." bunyi berdesis kedengaran keluar daripada hujung bibir Darisa. Lebam pada tubuhnya disentuh kuat, bahagian bawah bibir merahnya cuba digigit kuat. Sumpah, ini benar-benar sakit.

Sebaik-baik Darisa cuba menahan tangisan, tubuh terduduk bercangkung sebelum wajahnya disembamkan pada kedua-dua lututnya. Dia mula merasa bersalah dengan apa yang dilakukan kepada Haffaz.

Dia terpaksa.

Dia terpaksa untuk meminta Haffaz menghalalkannya.

Dia mahu Haffaz melindungi dirinya daripada lelaki durjana itu

BERSAMBUNG

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now