MTHD | 18

9.6K 387 2
                                    

SEBAIK sahaja pulang daripada villa keluarga Tengku Raihan, Darisa terus menyusun langkahnya menuju ke dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEBAIK sahaja pulang daripada villa keluarga Tengku Raihan, Darisa terus menyusun langkahnya menuju ke dapur. Beg tangannya seperti biasa diletakkan diatas meja bar.

Gelas yang terletak di kabinet atas diambil kemudian membancuhkan sedikit kopi untuk suaminya. Walaupun hubungan mereka tegang, Darisa tetap mengetahui apa yang lelaki itu suka dan apa yang lelaki itu lakukan.

"Nah, ni kopi awak.." kopi yang sudah siap dibancuh dihidangkan kepada suaminya yang sedang duduk diatas sofa ruang tamu sambil menonton berita.

Tersenyum hambar Darisa saat memerhati reaksi suaminya. Nampak sangat dia seperti batu tunggul ataupun lebih tepatnya seperti pembantu rumah didalam rumah besar tersebut. Keberadaannya langsung tidak diendahkan.

"Nanti awak letak je pakaian awak kat bakul pakaian kotor tu.. Esok saya basuh" arah Darisa dengan nada perlahan.

"Erm, aku tau lah apa aku nak buat.."

"Saya cuma nak pesan kat awak.. Tu je, jangan tidur lambat sangat, saya nak masuk bilik dulu" pamit isterinya. Seketika Darisa cuba membuka langkahnya, satu tangan mula mencengkam kuat lengannya.

"Sekarang baru jam 8.30 malam kut.. Masih awal, takkan kau dah nak tidur.."

"Saya penat.. Saya nak berehat.." nada suara yang kedengaran tidak bermaya menimbulkan kegusaran didalam hati lelaki itu. Berkerut-kerut dahi Haffaz memandang isterinya.

"Apa yang buat kau penat? Aku tengok kau main dengan Hazriq je tadi" katanya.

"Saya dah buat banyak kerja, Haffaz.. Memasak untuk awak, cuci pakaian awak, jemur pakaian awak.. Lipat baju, iron baju.. Seharian ni saya penat.. Saya nak berehat" beritahu Darisa. Menjadi surirumah bukanlah suatu hal yang mudah, lebih menyakitkan hati lagi, dia buat semua tanpa kasih sayang suaminya. Namun begitu, Darisa tetap melakukannya dengan keikhlasan.

Serba salah Haffaz saat mendengar. Darisa sudah melakukan banyak benda untuknya, namun entah mengapa hatinya masih lagi sukar untuk menerima Darisa sebagai pasangan hidup.

"Saya harap awak faham saya, saya pun manusia.. Bukan robot, saya penat buat banyak bende..." Penat kerana terpaksa menghadap suami yang langsung tidak pernah memberikan ketenangan untuknya. Tidak habis-habis menambahkan tekanan didalam fikirannya.

Tanpa mendengar sepatah perkataan daripada mulut suaminya, Darisa terus laju melangkah menjauhi Haffaz, beg tangan yang diletakkan diatas meja bar tadi diambil.

Dia tahu dia sudah berdosa kerana meninggikan suara dihadapan lelaki bergelar suami. Tapi mampukah dia menahan lagi rasa sakit didada? Entah berapa banyak luka lagi Haffaz hendak tinggalkan.

Sebaik Darisa menghilang daripada pandangan, Haffaz mengeluh panjang. Telapak tangannya pantas meraup kasar keseluruhan wajahnya.

'Kau dah kenapa Haffaz, bukan ni ke yang kau nak' bisik lelaki itu didalam hatinya. Dulu dia menginginkan Darisa menjauh, tapi entah mengapa kali ini sukar dia ingin menerima sikap Darisa yang terus-menerus mengelak daripadanya.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now