MTHD | 33

9.7K 415 4
                                    

"BONDA!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BONDA!"

Sebaik sahaja tiba di Rumah Anak Yatim Bonda Aisah, Hanim laju berlari menghampiri Puan Aisah lalu didakap tubuh wanita tua itu dengan erat. Pipi wanita tersebut dikucup lembut melepaskan kerinduan walaupun baru sahaja bertemu sebelum ini.

"Astagafirullah, bonda ingat siapa tadi jerit-jerit panggil bonda, nasib baik tak kena serangan jantung" marah Puan Aisah, geram dengan tingkah Hanim yang suka sangat buat orang terkejut.

"Hehehe, maaflah bonda... saja je nak buat macam tu.."

"Kalau iya pun, elok-elok sikit... Bonda ni bukannya muda lagi, dah tua... Nak jaga budak-budak pun dah tak larat sebenarnya" luah Puan Aisah, dadanya diurut-urut bagi meredakan rasa terkejut tadi.

Rasa bersalah Hanim melihat, bahagian bawah bibirnya dimuncungkan ke hadapan. "Sorry, bonda..."

"Hm, yelah... lain kali kalau dengan orang tua... Jangan buat macam tu" pesan wanita yang sudah dianggap ibu itu. Hanim pula mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju.

"Hah, ni apasal datang sini... Bukan ke haritu dah datang sini?"

Pertanyaan Puan Aisah mengundang sengihan nipis di wajah jelita Hanim, seperti ada maksud tersirat dari senyumannya.

"Hari ni special sikit, Hanim ada bawa seseorang..." ujar si bongsu, lengan gempal Puan Aisah dirangkul kemudian dipeluk.

"Istimewa? Siapa pulak kamu bawa ni, bakal suami ke?"

"Eh tak!" cantas Hanim laju. Nak terkeluar biji mata dengar dugaan Puan Aisah.

"Habistu siapa pulak selain bakal suami, ke kamu ni dah kahwin kat Turki?"

"Bonda! Takde maknanya Hanim nak kahwin la..." sekeras-keras yang mungkin Hanim menyangkal. Geram rasanya diduga seperti itu.

"Dia tu mana ada bakal suami, jual mahal lebih je tu, bonda..." suara penuh maskulin dan juga garau itu mula mencelah dalam perbualan Puan Aisah dan Hanim.

Disaat mendengar suara itu, kepalanya langsung ditolehkan kearah suara itu. Terpaku terus Puan Aisah tatkala melihat keberadaan Haffaz.

"Ya Allah, Haffaz ke ni?" nada suaranya semakin meninggi. Mulutnya ternganga seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya ketika itu.

"Habistu bonda ingat ni siapa? Haziq?" hambur Haffaz dengan sengihan di wajah.

"Haziq dengan Haffaz jauh beza lah, cuma bonda speechless, yelah dalam internet lain, sekarang ni depan-depan, bonda rasa tengah jumpa model... handsome sangat, segak pulak tu..." habis-habisan Puan Aisah memuji lelaki muda di hadapannya. Nampak sangat perubahan antara Haffaz sewaktu kecil dengan Haffaz sekarang.

"Pfft... model?" tiba-tiba Hanim tertawa. Pandang wajah abang dan bekas pengasuhnya silih berganti.

"Kenapa pulak kamu ketawa, Hanim... Betullah model..."

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now