MTHD | 35

11.5K 361 3
                                    

BUNYI radio diikuti dengan bunyi deruman enjin kereta hanya didengari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNYI radio diikuti dengan bunyi deruman enjin kereta hanya didengari. Haffaz yang sedang mengelamun sambil melontarkan pandangan di luar jendela ditenung oleh Hanim.

"Ehem..." Hanim berdehem. Sengaja.

"Abang jumpa kak Risa ke tadi?" soal Hanim dengan perasaan ragu-ragu.

Namun begitu, soalannya tidak disahut. Haffaz masih di dalam lamunan sendiri. Tidak tahu apa yang difikirkan sehingga soalan Hanim langsung tidak dihiraukan.

"Abang..."

"Abang..."

"Abang..." kali ini lengan kekar abangnya ditepuk perlahan.

"Hah?"

"Abang ni dengar tak apa yang Hanim kata?"

"Hanim kata apa?" disoal balik. Jelas Haffaz tidak mendengar sama sekali apa yang dikatakan oleh Hanim.

Hanim menghela nafas perlahan. Mengeluh.

"Abang jumpa kak Risa tadi, kan?"

"Kenapa?" jawabnya acuh tak acuh, kepalanya pula disandarkan pada kerusi lalu kedua-dua tangannya disilangkan di dada seperti sedang memeluk tubuh.

"Kenapa? tu je jawapan abang? Abang takde niat ke nak berbaik dengan kak Risa..." Hanim mula meninggikan suaranya.

Mendengarkan kata-kata adiknya, Haffaz menghembuskan nafas kasar, tangan mula naik meramas kasar rambutnya yang rapi. Manakala wajahnya sempat dipalingkan ke arah si bongsu.

"Bukan macam tu, abang taknak paksa dia untuk maafkan abang dengan mudah.. Yes, because I know.. My mistake is not something that can be forgiven so easily"

Mendengkarkan sahaja kata-kata abangnya, Hanim mengeluh perlahan. Bibir merahnya sempat menarik senyuman sambil menongkat dagu memandang wajah lelaki disampingnya.

"Semua manusia ada kesilapan, manusia tak pernah terlepas untuk buat silap... Tapi tak bererti kesilapan tu adalah kesalahan buat selama-lamanya... Semua tu boleh diperbetulkan..."

Terkilan lelaki itu dengan kata-kata gadis di sampingnya. Jujur, jika dilihat, Hanim sebenarnya lebih matang, lebih memahami situasi berbandingnya yang suka bertindak melulu tanpa melihat apa kesannya.

"Perbaiki lah sebelum terlambat, masih ada peluang... Lagipun Allah dah takdirkan abang dengan kak Risa bersama, kalau tidak, abang dan kak Risa takkan ada ikatan sah macam ni... semua yang berlaku ada hikmahnya... " lembut sahaja Hanim menasihati abangnya. Seolah-olah dia memahami apa yang Darisa rasakan.

Sekali lagi kata-kata Hanim menghentam kuat dirinya. Terimbas kembali di fikirannya detik-detik dimana dia sendiri yang menyakiti Darisa dengan kata-kata.

Kalau sejak dari dulu dia menerima Darisa sebagai isterinya, mungkin hubungannya dengan gadis itu masih berkekalan sehingga kini.

Kalau sejak dari dulu dia menerima Darisa sebagai isterinya, mungkin hubungannya dengan gadis itu masih berkekalan sehingga kini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now