MTHD | 38

10.1K 344 4
                                    

"ASSALAMUALAIKUM

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ASSALAMUALAIKUM." Puan Azalea tersentak tatkala mendengar suara memberi salam yang begitu kuat. Laju-laju wanita itu mengatur langkahnya keluar dari ruang dapur dan menuju ke pintu utama rumahnya.

"Waalaikumsalam" sahut Puan Azalea. Tergamam wanita tua itu ketika melihat seorang lelaki tinggi dengan baju kemeja berwarna hitam berkotak-kotak berdiri tegak di hadapan rumahnya.

"Siapa ye?" berkerut dahi Puan Azalea. Tiba-tiba pula ada lelaki datang ke rumahnya. Kalau tua mungkin takpelah, tapi ini muda. Lepastu segak pula itu.

"Dina ada ke makcik?" soal lelaki tersebut. Nama anak daranya tetiba dipetik.

"Ouh, Dina keluar kejap... Ada urusan, kenapa ye?"

Terangguk-angguk lelaki tersebut, tanda faham. Tidak lama kemudian, sepasang anak mata Puan Azalea kini menangkap pula sosok tubuh seorang wanita seumur dengannya dan juga seorang lelaki. Mungkin sepasang suami isteri. Tetapi apa alasan mereka untuk datang kemari?

"Maaf ganggu makcik, boleh tak izinkan kami masuk?" tutur lelaki itu penuh sopan. Sudahlah tampan, pemurah pula itu. Tak kedekut langsung nak senyum.

"Astagafirullahal'azim, masuk lah..." dahinya ditepik kuat. Laju-laju Puan Azalea memberi ruang tetamunya masuk ke rumah. Lelaki tadi pun terlebih dahulu menyuruh ibu dan ayahnya memasuki rumah itu.

Sementara itu Puan Azalea masih terpinga-pinga dengan situasi sekarang ini. Tidak faham. Lelaki muda tetiba datang, pastu cari anak daranya. Bermulalah pelbagai spekulasi keluar dari fikiran wanita tua itu.

"Assalamualaikum, maaf ye kami datang tetiba... Mak Dina kan?" soal seorang wanita sebaya dengannya. Wanita itu menghulurkan salamnya kearah Puan Azalea.

"Waalaikumsalam, ye saya mak Dina, maaf bertanya, ada apa datang kerumah saya? Saya rasa anak saya takde buat apa-apa pun" tutur Puan Azalea penuh kerisauan. Takut-takut ada benda jahat yang Irdina buat di luar pengetahuannya.

"Yeke, awak tak tau ke apa anak awak buat?" kata Puan Mahani sambil ukir senyuman senget. Disebalik senyuman tersebut ada sesuatu yang disembunyikan namun sama sekali tidak diketahui oleh Puan Azalea.

Puan Azalea mengetap bibirnya dengan begitu kuat. Argh, apa lagi si Dina buat ni sampai orang datang rumah.

"Saya minta maaf kalau ada kesilapan anak saya, saya bukan ibu yang baik--"

"Ye, saya tahu semua manusia bukannya sempurna dan baik buat selama-lamanya. Pasti takkan lari dari berbuat khilaf... dan tujuan saya datang sini bukan nak tuduh menuduh anak awak buat silap ke apa semua tu..." pintas Puan Mahani. Terdiam terus Puan Azalea ketika mendengar, habistu nak kata apa sampai datang rumah?

"Kitorang datang sini bersebab..."

"Sebab apa?"

"Sebab..."

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now