MTHD | 10

10.6K 443 4
                                    

"APA ni?" berkerut-kerut dahi Darisa tatkala melihat hidangan bubur ayam yang tidak serupa bubur didalam mangkuk itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"APA ni?" berkerut-kerut dahi Darisa tatkala melihat hidangan bubur ayam yang tidak serupa bubur didalam mangkuk itu.

"Bubur ayam, rupa je macam tu.. kau tak payah risau, rasa dia sedap.." bersama perasaan penuh yakin, Haffaz memuji masakkannya. Darisa pula boleh tersenyum hambar, entahlah dia jadi tak yakin nak merasa. Kang tak pasal-pasal dia sakit lagi tapi bukan demam melainkan keracunan makanan.

"Erm yeke.." jawab Darisa dengan penuh keraguan, sudu diambil lalu dikautkan sedikit. Mulut pula macam taknak terbuka tapi disebabkan sudah ada orang yang memerhatinya. Mahu tidak mahu, terpaksa.

"Nak suap kat mulut pun lambat.. meh sini.." sudu didalam genggaman isterinya direbut. Tindakan lelaki itu membuatkan Darisa terpinga-pinga.

Tanpa melengahkan masa, Haffaz mengautkan sedikit bubur menggunakan sudu. Lalu disuapkan kedalam mulut isterinya.

"Bukak mulut tuu, besar-besar.. Biar terkoyak sekali mulut kau tu" arah lelaki itu. Darisa mencebikkan bibir merahnya, geram. Tangan naik mencubit peha lelaki dihadapannya.

"Aduh, sial sakit bongok!" pehanya yang dicubit diusap usap. Muka berkerut-kerut memandang isterinya, mata sempat juga dijeling-jeling tajam. Tertawa kecil Darisa melihat reaksi suaminya.

"Kau gelak kan aku?"

"Tak.. Mana ada saya gelak.." kata Darisa, lekas-lekas telapak tangannya menekup mulut itu daripada mengeluarkan suara ketawa.

Pada masa yang sama, Haffaz turut mempamerkan senyuman nipis. Darisa yang menyedari akan senyuman itu terus menyentuh rahang suaminya.

"Boleh tak saya panggil awak 'sayang'?" kata-kata gadis itu membuatkan Haffaz terkedu, tiba-tiba sudu terlepas daripada genggamannya. Jantung sekali lagi berdegup kencang. Suara yang begitu lunak memanggil 'sayang' membuatkan tulang rusuk seorang lelaki bergetar kuat.

"Kau dah kenapa? Buang tabiat nak ber sayang-sayang?! Aku takde hati nak ber sayang dengan kau.." nada suaranya naik seoktaf. Namun semua itu hanya mengundang tawa Darisa.

"Sayang..." nada suara meleret manja membuatkan Haffaz semakin menggila. Darisa masih lagi dengan aksi menyakat suaminya, memang sebelum ini dia terasa hati dengan Haffaz, tapi tak salahkan dia cuba mendapatkan hati lelaki itu.

"Darisa, aku dah berlembut dengan kau... Simpan sayang kau tu, aku bukan sayang kau.."

"Taknak.."

Haffaz mengeluh panjang, tidak semena-mena wajahnya memerah disebabkan gadis itu. Jantung lagi, tidak usah dipertanyakan. Bagai hendak gugur daripada tangkainya. Orang demam memang buang tabiat ke apa?

"Kau memang ada penyakit baru ke kalau demam?.. Kalau nak ber sayang-sayang, kau ber sayang dengan lelaki lain lepas aku ceraikan kau, bukan dengan aku.. Sebab aku tak terima pun sayang kau tu.." katanya selamba. Senyuman yang terukir diwajah jelita Darisa tadi terus memudar, lagi-lagi perkataan 'cerai', dia paling benci akan perkataan itu.

"Taknak, saya cuma nak ber sayang dengan awak je.." kepalanya digelengkan perlahan. Tidak akan ada lelaki yang boleh menempatkan Haffaz, kerana sejak awal dia bergelar isteri lelaki itu. Hatinya hanya untuk Tengku Haffaz Daiyan.

"Hah, lantak kau lah.. Orang demam, fikiran pun tak waras.." Haffaz menjulingkan matanya keatas, malas hendak melayan karenah orang sakit. Sudu yang terlepas daripada genggamannya tadi segera diambil, sekali lagi dia mengautkan bubur itu kemudian disuapkan kedalam mulut Darisa.

"Cepat bukak mulut.." arahnya. Serta-merta Darisa membuka mulutnya. Mata terkebil-kebil memandang lelaki kesayangannya di hadapan.

"Aaaaaa..."

Begitu sahaja bubur selamat masuk kedalam mulut Darisa, wajah gadis itu terus berubah. Berkerut-kerut.

"Kenapa?" soal Haffaz, tiba-tiba risau tengok reaksi isterinya tidak seperti yang dijangka.

"Eeee, masinlah, awak letak banyak garam ke?" katanya, kalau diikutkan hati, mahu saja dia mengeluarkan balik. Tapi memikirkan reaksi Haffaz nanti, mahu tidak mahu, dia menelan dengan keadaan terpaksa.

"Ouh.. masin... saja aku letak garam banyak-banyak tadi.." dia berkata bersahaja. Terkedu Darisa mendengar, sengaja betul!

"Nanti aku suruh Hanim datang sini bawakkan kau bubur, lagi satu.. Kau pakai baju tebal pastu berlengan panjang ni, tak panas ke?" pakaian isterinya yang begitu tebal dan juga berlengan panjang menimbulkan kerutan di dahi lelaki itu. Jujur, sepanjang gadis itu bergelar isterinya, Haffaz tidak pernah melihat Darisa mengenakan baju berlengan pendek.

Saat mendengarkan soalan itu, Darisa tersentak. Bahagian bawah bibirnya digigit perlahan.

"Saya lebih suka pakai baju lengan panjang.." bohong Darisa, sebenarnya tujuan utama mengapa gadis itu lebih suka mengenakan baju lengan panjang kerana ingin menyembunyikan luka dan parut yang berbekas di tubuhnya. Dia tidak mahu Haffaz mengetahui luka dan lebam yang ada itu.

"Kau tengah demam pun kau nak pakai baju begini.. Macam mana nak sihat.." lelaki itu mula mengomel seperti makcik-makcik jiran sebelah.

"Saya lebih selesa pakai baju lengan panjang macam ni, lagipun saya dah kata demam ni kejap je.. Tak lama lagi baiklah"

Namun begitu, kata-kata Darisa memancing perasaan geram Haffaz.

"Kau ni boleh tahan keras kepala jugak.. Dah.. Baik kau tukar baju kau tu, pakai baju lengan pendek.." arahnya dengan penuh ketegasan. Darisa sudah mula merasa gelisah.

"Takpe lah, saya okay je pakai baju lengan panjang.. Demam sikit je"

"Darisa Haura, I'm not a robot, kalau aku kata itu, jadi itulah.. Aku taknak dengar alasan kau.."

Tidak semena-mena Darisa meneguk air liur payah. Debaran di dada mulai dirasai, bagaimana kalau rahsianya selama ini terbongkar? Bagaimana jika Haffaz kecewa dengan tujuan utamanya ingin mengahwini lelaki itu?

"Tak payah banyak mulut, aku tunggu kat luar.."

BRAK!

"Bodoh!" laungan suara yang begitu lantang memenuhi ruangan kecil yang begitu gelap dan hanya diterangi dengan lampu berwarna merah.

Renungan mata yang begitu tajam menatap gambar-gambar gadis kesayangannya yang dilekat-lekatkan pada dinding tersebut.

"Aku dah cakap dengan kau, sayang.. Aku takkan biarkan orang dapat kau sebelum aku dapatkan kau.." sekeping foto memaparkan wajah jelita gadis itu diusap usap lembut kemudian perlahan-lahan bibirnya mengucup foto tersebut penuh dengan kasih sayang.

"Kau tau tak betapa sayangnya aku kat kau, betapa cintanya aku kat kau.. Kalau kau kahwin dengan aku daripada dulu, mesti kita dah ada anak comel-comel macam kau kan.." bisiknya perlahan. Lelaki itu sudah mula terbayang-bayang detik indahnya bersama gadis kesayangannya itu.

Namun begitu, senyuman yang diukir kini terus menghilang tatkala melihat sebuah foto seorang lagi gadis di hadapannya.

"Kau memang pengacau, setiap kali aku nak jadikan Darisa milik aku, kau mesti datang rosakkan semua planning aku!"

Pisau lipat yang terletak diatas meja ditusuk tepat di foto yang mempamerkan wajah Mala yang sedang tersenyum disamping Darisa.

Sumpah, dia benci! Benci akan kehadiran Mala yang selalu merosakkan rancangannya untuk memiliki Darisa sepenuhnya.

"Mala Arissa..."

"Aku paling pantang dengan orang yang selalu jadi pengacau dan sebab kau.. aku hilang Darisa.."

BERSAMBUNG

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now