MTHD | 19

9.9K 398 0
                                    

SUARA yang begitu merdu bersama-sama dengan alunan bacaan ayat-ayat Al-Quran menarik perhatian Haffaz yang baru sahaja balik daripada kerja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUARA yang begitu merdu bersama-sama dengan alunan bacaan ayat-ayat Al-Quran menarik perhatian Haffaz yang baru sahaja balik daripada kerja. Tersentuh hati lelaki itu tatkala mendengar, buat pertama kali dia mendengar Darisa sedang mengaji dan disaat itu juga dia menyedari, dia sendiri sudah lama meninggalkan kegiatan itu.

"Sadaqallahula'zim.." seusai sahaja selesai mengaji, Darisa mengucup berkali-kali kitab Al-Qurannya sebelum diletakkan diatas raknya.

Telekung yang digunakan perlahan-lahan ditanggalkan kemudian dilipat dengan rapi diikuti dengan sejadah. Rambut ikal yang terurai bebas diikat seperti gaya ekor kuda sehingga menampakkan leher jinjangnya.

Ketika anak matanya mula beralih kearah muka pintu, Darisa sempat terkejut dengan keberadaan Haffaz yang sedang berdiri tegak melihatnya daripada luar bilik. Sebenarnya, Darisa sengaja membuka pintu biliknya sebab takut-takut masakan di dapur tidak pasal-pasal hangus olehnya.

"Awak dah balik?" soal Darisa seraya menghampiri tubuh suaminya. Briefcase yang berada di dalam genggaman lelaki itu direbut sopan, manakala blazer Haffaz yang terletak elok di atas lengan sasa itu diambil.

"Saya dah masak, tunggu sekejap.. Tak lama lagi siaplah" katanya lagi tatkala Haffaz masih mendiamkan diri. Tanpa mendengar jawapan daripada sang suami, Darisa terus mengatur langkah menuju ke ruang laundry. Menyimpan blazer suaminya kedalam sebuah bakul.

Raut wajah Darisa kelihatan biasa-biasa, namun entah mengapa Haffaz terasa agak kecil hati dengan sikap isterinya.

'Apa yang kau fikirkan sekarang ni, Haffaz' bisik lelaki itu didalam hati. Tiba-tiba sahaja dia merindukan Darisa yang dulu, yang selalu menyambutnya dengan senyuman. Tetapi sejak perkelahian antara mereka berdua, hubungan itu semakin renggang.

"Kenapa tercegat kat situ, duduklah.. Tak lama lagi saya hidangkan awak makanan"

Setelah mendengar kata-kata Darisa, mahu tidak mahu, lelaki itu mengorak langkah mendekati meja makan lalu dihenyakkan punggungnya diatas kerusi.

Darisa pula seperti biasa, mengautkan nasi, meletakkan lauk-pauk diatas pinggan kaca sebelum menghulurkannya kepada Haffaz.

"Awak..." panggil gadis itu seraya mengambil tempat berhadapan dengan suaminya.

"Erm, maaf kalau saya sibuk pasal awak.. Tapi saya boleh tanya kan?" ujarnya ragu-ragu. Dia takut Haffaz tidak suka kalau dia terus menerus bertanya mengenai hal peribadi suaminya.

"Apa?" sahut si suami, berkerut-kerut dahinya memandang Darisa.

"Macam mana kerja awak tadi? Okay?" soalnya. Bibir merah gadis itu melakarkan senyuman hambar. Terasa juga sedikit getaran saat berhadapan dengan Haffaz.

"Okay ke tak okay, sama aje.. Aku dah biasa.." Haffaz membalas soalan Darisa dengan beriak biasa, hidangan makanan yang terletak diatas meja hanya dinikmati. Semakin hari semakin sedap masakan Darisa, boleh buncit perut makan masakan isterinya.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now