MTHD | 16

9.4K 426 8
                                    

AWAL pagi lagi, Darisa sudah menyiapkan hidangan sarapan pagi diatas meja makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AWAL pagi lagi, Darisa sudah menyiapkan hidangan sarapan pagi diatas meja makan. Gadis itu sudah menyibukkan diri dengan kerja-kerjanya di dalam dapur, walaupun tidak diiktiraf sebagai seorang isteri. Tugas dan tanggungjawabnya masih dijalankan seperti biasa.

"Saya dah siapkan sarapan untuk awak, makanlah sebelum pergi kerja.." balas gadis itu dengan nada mendatar, raut wajah sama sekali tidak menunjukkan kesedihan mahupun kegembiraan. Hanya mempamerkan senyuman paksa.

Haffaz yang baru sahaja menyarungkan kemeja putih pada tubuhnya bergerak mendekati meja makan. Hairan, hidangan hari ini tidak seperti sebelumnya.

"Apasal kau masak nasi lemak?" soal sang suaminya dengan dahi berkerut.

"Saja, gatal sangat hati nak masak nasi lemak.. Awak makan lah.. " jawab Darisa bersahaja. Perlahan-lahan kaki menyusun langkah menjauhi lelaki itu, tidak mahu menganggu Haffaz.

Namun belum lagi setapak, Haffaz mula menarik lengan Darisa pantas.

"Kau tak makan?"

Soalan itu hanya dibalas dengan gelengan kepala. Darisa sama sekali tidak bersuara, tangan Haffaz yang mencengkam erat lengannya ditepis lembut.

"Habistu takkan kau nak biarkan aku makan seorang?" sepasang anak mata berwarna coklat tua itu menatap terus kedalam anak mata berwarna hazel. Darisa mengetapkan bibir merahnya tatkala melihat tatapan itu.

"Saya taknak ganggu awak.. Lagipun awak taknak tengok muka saya lagi, buat apa--"

"Kau duduk.." arahnya penuh ketegasan. Belum lagi Darisa menghabiskan ayatnya, Haffaz terus memintas.

Darisa mengangkat sebelah keningnya, "Hah?"

"Sit down, aku tak suka makan seorang-seorang..." tanpa melengahkan masa, Haffaz menarik tubuh isterinya lalu didudukkan gadis itu diatas kerusi berhadapan dengannya. Darisa pula tercengang dengan perbuatan lelaki itu.

"Saya taknak ganggu awak.. Awak makan aje lah seorang" punggungnya cuba diangkat daripada melekat diatas kerusi itu.

"Darisa, aku kata duduk.. Jadi duduk.." suara penuh dengan ketegasan yang keluar daripada mulut lelaki di hadapannya membuatkan Darisa meneguk air liur. Gerun.

Nafas dihembus geram, mahu tidak mahu, gadis itu akur. Duduk diatas kerusi seperti yang dimahukan oleh suaminya, kemudian mengautkan nasi dan juga lauk-pauk untuk lelaki tersebut.

"Nah.. Awak makan lah.." katanya seraya menghulurkan pinggan yang sudah disediakan nasi dan juga lauk. Manakala dia hanya diam sambil memerhati suaminya.

"Kau pulak kenapa tak makan?"

"Erm, saya dah kenyang..." perlahan-lahan kepalanya digelengkan.

"Kurus macam tu pun kau taknak makan? Kalau umi bising sebab kau kurus macam mana? Nanti tak pasal-pasal aku jugak kene leter.." omel Haffaz dengan wajah berkerut-kerut.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now