MTHD | 22

10.4K 417 17
                                    

TERGESA-GESA Darisa menyiapkan kelengkapan pakaian Haffaz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TERGESA-GESA Darisa menyiapkan kelengkapan pakaian Haffaz. Boleh-boleh pula dia terlajak tidur selepas solat subuh tadi. Baju kemeja lelaki itu pun belum di seterika.

"Awak breakfast lah dulu ya.. Saya nak iron baju awak.." kata gadis itu tatkala melihat Haffaz sudah siap mandi. Tubuh tegap Haffaz sudah berkali-kali dilihat. Jadi dia sudah cukup terbiasa dengan keadaan begitu.

Haffaz pula hanya memerhati isterinya yang sedang dalam keadaan kelam-kabut. Tidak menyahut sama sekali. Masih dingin, kaku dan berperangai seperti tidak mengendahkan langsung Darisa.

Sementara itu, Darisa mula mencari-cari baju kemeja suaminya didalam almari yang besar dan hanya menempatkan koleksi baju kemeja lelaki itu.

Kebanyakkannya putih, ada juga hitam. Senang cerita terlalu banyak warna gelap-gelap. Biru gelap, hijau gelap, coklat gelap. Memang taste lelaki itu semua gelap kan.

"Hm, Haffaz.. Awak nak guna baju kemeja warna apa?" Darisa memberanikan diri menyoal suaminya yang sedang duduk diatas sofa dengan bathrobe di tubuh. Tersengih-sengih lelaki itu memandang skrin telefon bimbitnya.

"Haffaz.." panggil Darisa lagi tatkala Haffaz sama sekali tidak memberikan respon.

"Hah?"

Darisa mula teguk air liur. Entah apa yang membuat suaminya tersenyum ketika melihat skrin telefon bimbit itu.

"Saya tanya, awak nak guna baju kemeja warna apa?" soalnya.

"Lantak lah, mana-mana kau je.. Takde jugak pink color kat situ kan.. Lagipun semua baju tu memang biasa aku guna.." beritahunya. Anak mata tidak lepas memandang skrin tersebut, remuk hati Darisa seperti tidak dilayan. Dijadikan batu tunggul aje.

"Hm okay.." bersama-sama hati dan perasaan yang terasa sakit itu, Darisa berlalu pergi meninggalkan suaminya. Meneruskan tugasnya sebagai seorang isteri walaupun sebenarnya dia hanya digelar sebagai isteri atas kertas.

Hampir 30 minit, gadis itu menyiapkan semua kelengkapan pakaian Haffaz. Barulah dia beralih melakukan tugasnya di bahagian katil suaminya. Selimut dan cadar dibetulkan. Tugasnya tidak ubah seperti seorang pembantu rumah.

Tapi tak pernah sekali pun Darisa mengeluh, semuanya dilakukan dengan keikhlasan.

Ting!

Ting!

Bunyi notifikasi Iphone membuatkan Darisa tersentak. Lantas sepasang anak mata berwarna hazel itu mengerling kearah skrin Iphone milik suaminya yang terletak diatas night stand.

Pendek
- Good morning awak!
- Hari ni nak tak keluar sama - sama?
- Saya belanja awak.

'Si pendek? Dina ke?' duganya dalam hati.

Iphone suaminya diambil, mahu melihat isi mesej tersebut. Namun sayangnya, Haffaz meletakkan password lockscreen.

Entah Darisa agak kecewa dengan Haffaz, begitu juga dengan Irdina. Kedengaran bunyi retakan-retakan didalam hatinya.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now