MTHD | 12

9.7K 392 6
                                    

'TAKPA, kalau awak tak cintakan saya, biarkan saya je yang cintakan awak'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'TAKPA, kalau awak tak cintakan saya, biarkan saya je yang cintakan awak'

Punching bag didalam ruangan gym itu ditumbuk dengan begitu kuat tatkala mengenang semula sebaris ayat yang dilemparkan kepadanya oleh Darisa.

"Aik, Haffaz.. Seorang je ke? Mana adik kau Haziq? Selalunya korang berdua datang selalu kan?" sampuk seorang lelaki berbadan sasa, tidak beza jauh dengan Haffaz. Dua-dua sama besar.

"Aku malas nak ajak dia, dia dah berbini, bangun lewat pun sebab bermanja dengan bini, bukannya aku tak tau perangai dia.." matanya dijulingkan keatas. Menyampah.

Walaubagaimanapun, ayat itu mengundang tawa Khairan, tangan terus memeluk tubuh sambil memerhati aksi pelanggan tetapnya. Yup, Khairan merupakan seorang pemilik Gym Khai Fitness.

"Lah, bukan kau pun dah ada bini? Asal tak bermanja sampai tengah hari?" ujar lelaki tersebut sambil menjungkitkan sedikit sebelah keningnya.

"Aku ada bini atas kertas je" selamba sahaja dia membalas. Khairan yang mendengar terus tergamam.

"Gila kau ni, apa pulak macam tu.. Kalau kau tak cintakan dia, kenapa kau kahwin?"

"Terpaksa sebab nak jaga maruah keluarga aku, lagipun dia cuma pengganti.."

Sekali lagi Khairan tergamam, biji mata seperti hendak terkeluar, tidak disangka ada juga orang berkahwin sebab terpaksa.

"Tapi Faz, kau tak cuba cintakan dia? Manalah tau dia tu jodoh kau.. Yelah, selalunya benda-benda begini ada hikmahnya.."

Haffaz tergelak kecil mendengar, peluh didahinya sempat dikesat. Nafas cuba diatur normal.

"Dia tak layak untuk dapatkan cinta aku, Khai.. Lagipun aku tak rasa dia jodoh aku, cukup lima bulan.. Aku terus lepaskan dia, malas nak pikul tanggungjawab lama-lama.."

"Astagafirullah hal'azim, takkan kau nak ceraikan dia, Faz.. Fikir jugak lah perasaan bini kau, tak kesian ke dia.. Apa orang lain fikir pasal dia nanti? Lima bulan kahwin dah kena cerai.." si kawan sudah mula beristighfar. Terkejut dengan keinginan Haffaz yang ingin menceraikan Darisa selepas lima bulan perkahwinan.

"Buat apa aku nak kesah.. Lagipun buat apa nak simpan dia lama-lama, seksa dia je adalah.."

"Haffaz, jangan terlampau ego.. jangan suatu hari nanti kau menyesal sebab dia tinggalkan kau.. Kau tak tau apa yang jadi pada masa akan datang.. ni aku pesan dekat kau sikit.." perlahan-lahan Khairan menyusun langkah menghampiri Haffaz yang berada tidak jauh dengannya. Tangan diletakkan diatas bahu lelaki itu kemudian dipicit lembut.

"Jangan sia-siakan seorang wanita yang hadir didalam hidup kau tanpa diduga.. sebab tanpa kau sedar, dialah yang paling berharga buat kau, Haffaz.. Remember what I said, jangan biarkan ego kau melangit.." pesannya. Serius sahaja tatapan mata Khairan terhadap lelaki di hadapannya. Dia pun mengetahui sikap Haffaz bukanlah seperti ini.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now