MTHD | 26

10.8K 414 11
                                    

"ASSALAMUALAIKUM

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ASSALAMUALAIKUM.." suara yang memberikan salam dengan penuh kelembutan mulai menerpa didalam pendengaran orang-orang yang mendengarnya.

"Waalaikumsalam.." sahut seorang wanita yang boleh tergolong didalam kategori warga emas. Lebar senyuman wanita tua tersebut tatkala melihat figura tubuh seorang gadis berpakaian labuh berwarna soft pink, bertudung labuh dan juga niqab yang hanya menampakkan sepasang anak mata yang begitu indah.

"Maaf lambat, jalan jammed tadi.. " beritahu Darisa penuh kesopanan, tangan tua Puan Aisah dikucup lembut seraya melakarkan senyuman manis di hadapan wanita tua itu.

"Takpelah Risa, bonda faham.. Anak-anak pun sibuk bermain, ada jugak yang tanya mana umi Risa ni, nampak sangat mereka dah suka dengan Risa walaupun baru berapa bulan Risa kat sini kan.." ujar Puan Aisah, bahu Darisa diusap-usap lembut. Suka sangat dia dengan Darisa yang lembut, baik hati dan paling penting seorang yang penyayang.

Tertawa kecil Darisa tatkala mendengar, malu dipuji. "Alhamdulilah, saya pun sebenarnya takut mereka tak suka dengan saya.. Berkat mereka jugak, saya dapat sesuai diri kat sini.. Maaf yer bonda atas kekurangan diri saya..."

"Astagafirullah Hal'azim, apa pulak kata macam tu.. anak-anak kat rumah anak yatim ni pun dah anggap Risa, umi diorang tau.." pintas Puan Aisah. Jujur dia mengagumi segala yang ada didalam diri Darisa.

"Tetap je bonda adalah ibu nombor satu mereka.. Bonda yang besarkan mereka.."

Puan Aisah tidak mampu berkata-kata. Memang benar pun dia yang sudah menjaga, membesar dan mendidik anak-anak asuhannya di Rumah Anak Yatim Bonda Aisah. Bukan senang untuk menjaga anak-anak yang diamanahkan Tuhan kepadanya.

Namun begitu, kehadiran Darisa juga telah mengurangkan sedikit bebannya sebagai pemilik Rumah Anak Yatim Bonda Aisah dan juga ibu kepada anak-anak itu. Darisa yang berhijrah ke tanah suci pun kembali ke tanah air lima bulan yang lepas dan menjadi sebahagian daripada Keluarga Rumah Anak Yatim Bonda Aisah.

"Umi!" jerit seorang budak kecil yang berlari terkedek-terkedek kearah Darisa.

"Ya Allah, Rayyan! Jangan lari-lari nak.." tegur Puan Aisah, berkerut-kerut dahi wanita tua itu. Dia yang naik risau, takut Rayyan terjatuh tersungkur.

"Budak ni kan, nakal betul.. Bonda dah kata jangan lari tu, jangan lari la.." Puan Aisah memarahi anak asuhannya. Nafas dihembus geram, menggeleng-geleng kepala Puan Aisah sambil menatap tajam kedalam anak mata Rayyan.

Rayyan pula sudah mula mencebik, tubir matanya mula terasa hangat. Hendak menangis.

"Rayyan, bonda marah sebab bonda sayang dengan Rayyan.." pujuk Darisa lembut, tubuhnya perlahan-lahan melorot ke bawah sehingga dia didalam posisi duduk bercangkung dihadapan Rayyan yang baru sahaja berumur enam tahun.

"Cori bonda.." ujar Rayyan sambil menundukkan kepalanya. Puan Aisah pula menghembuskan nafas berat tika melihat Rayyan. Rasa bersalah sebab memarahi anak kecil itu.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now