MTHD | 9

10K 448 8
                                    

𝐁UNYI bising yang begitu kuat daripada dapur menarik perhatian Haffaz yang baru sahaja ingin menuruni anak tangga yang banyak itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝐁UNYI bising yang begitu kuat daripada dapur menarik perhatian Haffaz yang baru sahaja ingin menuruni anak tangga yang banyak itu. Figura isterinya sedang ligat dengan aktiviti memasak diperhatikan. Ini pertama kali dia melihat Darisa memasak.

"Kau tengah buat apa?" soal lelaki itu seraya mengorak langkah mendekati Darisa, comel dilihat gadis itu dengan pakaian saiz besar serta gaya rambut diikat seperti ekor kuda menyerlahkan leher jinjang Darisa.

"Ahh.. masak.. awak ada nak makan apa-apa? Saya boleh masakkan.." aksinya dihentikan buat seketika. Dia memusingkan tubuh sambil menatap suaminya dengan senyuman penuh lebar. Jujur dia melakukan semua ini untuk mendapatkan hati Haffaz. Selagi ada masa lima bulan, dia tidak akan sia-siakan waktu yang ada ini.

"Kau pandai memasak? Kang tak pasal-pasal aku cirit-birit sebab masakkan kau yang tadi" perlinya.

"Saya pandai memasak, cuma jarang.. Dulu saya tinggal seorang, jadi semua benda saya yang masak sendiri.. Saya bukan orang kaya macam awak nak upah pembantu rumah" dengan tenang, Darisa membalas setiap baris-baris ayat yang keluar daripada hujung bibir suaminya.

Haffaz mengangguk faham. Perlahan-lahan lelaki itu melabuhkan punggung diatas kerusi makan. Menatap semua hidangan makanan yang hampir siap. Aroma masakan Darisa benar-benar menusuk didalam rongga hidungnya, bau pun sedap apatah lagi rasa.

Entah mengapa hatinya mula terasa diubati dengan melihat hidangan makanan itu. Rasa benci yang teramat perlahan-lahan berkurangan.

"Sekejap lagi nak siap..Tunggu jap.." kelam-kabut Darisa menyiapkan masakannya. Haffaz hanya setia memerhati dengan muka serius. Jari jemarinya mengetuk-ngetuk meja makan.

Mengambil masa 10 minit, hidangan terakhir akhirnya selesai. Mangkuk kaca berwarna putih dibawa menuju ke meja makan kemudian diletakkan rapi diatas meja tersebut. Terbuntang mata Haffaz tatkala melihat sambal ikan bilis kesukaannya terhidang didepan mata.

"Sejak bila kau pandai masak sambal ikan bilis?" lelaki itu mengerutkan dahi. Menatap sambal ikan bilis dan isterinya silih berganti.

"Erm, sebenarnya saya baru je pandai masak sambal ikan bilis, umi yang ajar sikit-sikit.." beritahu Darisa seraya menghenyakkan punggungnya diatas kerusi makan berhadapan dengan suaminya. Pinggan dicapai lalu diisikan dengan nasi putih.

"Awak rasa lah, maaf kalau tak sesedap yang umi masak, saya pun baru belajar.." katanya sambil menghulurkan pinggan itu. Duduk diatas kerusinya dengan perasaan berdebar. Yup, berdebar ingin melihat reaksi lelaki itu.

Haffaz tidak banyak bunyi. Sambal ikan bilis itu dikaut lalu diletakkan diatas nasi. Tidak lama kemudian, disuapkan kedalam mulut. Darisa terdiam buat seketika, memerhati benar-benar reaksi suaminya dengan jantung berdegup begitu kencang.

"Erm, sedap tak?" soal sang isteri. Takut-takut.

"Not bad.." ujarnya ringkas. Mulut saja berkata seperti itu, namun jauh di sudut hatinya, rasanya sumpah sedap. Lebih sedap berbanding dengan masakan ibunya, Tengku Nina.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now