MTHD | 51

8.1K 278 10
                                    

"EH, mak buyung ni kenapa tercegat je kat sini, taknak masuk dalam ke?" soal Puan Qaira saat melihat anak buahnya sedang duduk sambil memerhati anak kucing sedang bermain-main di halaman rumah ibu saudaranya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"EH, mak buyung ni kenapa tercegat je kat sini, taknak masuk dalam ke?" soal Puan Qaira saat melihat anak buahnya sedang duduk sambil memerhati anak kucing sedang bermain-main di halaman rumah ibu saudaranya.

"Nanti, Risa nak tengok dulu anak kucing ni bermain. Comel je" kata Darisa. Tangan naik membelai bulu-bulu panjang mereka. Lembut.

"Alahai, dulu bukannya takut kucing ke. Ni apasal pula suka sangat kucing ni, pembawakan budak ke?"

Darisa tertawa. "Yelah tu kut, mommy"

Puan Qaira turut tersenyum, perlahan-lahan wanita itu melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan Darisa. Bibir menarik senyuman menatap gadis itu.

"Tak sangka tinggal beberapa bulan lagi Risa nak bersalin... Tak sabar nak angkat cucu" ujar Puan Qaira penuh teruja. Tangan tua itu perlahan mengusap perut Darisa yang sudah membuncit.

Hanya sekelip mata, usia kandungan sudah mencecah tujuh bulan. Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana doa dan nasihat doktor. Darisa masih bertahan dan masih berjuang dengan penyakit kansernya.

Pernah juga beberapa kali mengalami pendarahan. Tetapi mungkin disebabkan semangat yang ada dalam diri bakal ibu itu. Darisa dapat menghadapinya.

"Mommy tak sabar apatah lagi Risa..."

"Risa dah tahu ke gender baby?" Puan Qaira mula tertanya-tanya. Nak beli barang bayi ni, kalau dah tahu jantina, senang sikit nak cari.

"Dah..."

"Lelaki ke perempuan?"

"Perempuan"

Meloncat teruja Puan Qaira dengar, tidak henti-henti senyuman terukir di wajah tua wanita tersebut. "Ada lah princess kat rumah ni"

"Dah bagi nama ke?"

Darisa tundukkan kepalanya. Sekali lagi dia mengusap perut itu.

"Mommy okay tak kalau Risa bagi nama dia Haira Aleena..."

"Haira Aleena?"

Gadis muda itu menganggukkan kepalanya.

"Maksud nama tu?"

"Haira bermaksud kebaikan, Aleena bermaksud sutera syurga ataupun lemah lembut" tutur Darisa penuh ceria. Entah sejak dulu lagi dia suka dengan nama itu. Memang hasratnya ingin memberikan nama itu untuk anak-anaknya.

"Haura, Haira... Amboi dah hampir sangat dengan nama Umi dia..." seloroh ibu saudaranya. Terkekeh kecil Darisa mendengar.

"Takpelah, Risa kan Umi dia..."

"Hm, mana-mana Risa ajelah. Sedap juga kalau dengar. Nanti mommy nak panggil dia Aira je lah"

Darisa tersenyum. Tidak kesahlah orang nak panggil anaknya dengan panggilan apa. Asalkan bukan menjurus kepada maksud yang buruk.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now