MTHD | 25

11K 443 72
                                    

Satu tahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Satu tahun kemudian

"TENGKU!" jerit Lyn kuat sambil berlari-lari mengejar figura tubuh majikannya. Bunyi kasut tumit yang digunakan itu mula bergema didalam ruangan lobi syarikat.

Sebaik sahaja mendengar namanya diseru, langkahnya terhenti buat seketika. Kepala langsung dipalingkan ke belakang menatap kelibat secretary nya yang sudah termengah-mengah.

"Tengku nak pergi mana? Tengku tau tak sekarang ni dah jam berapa? Tengku ada meeting dengan Dato' Khan.." Lyn tercungap-cungap sambil berdiri tegak di hadapan majikannya. Masih hendak kelihatan tenang walaupun sebenarnya dia sudah mengerahkan segala tenaganya kerana mencari-cari lelaki itu.

Satu syarikat ini bukannya kecil, besar nak mampus. Kalau orang yang tak pernah memasuki syarikat itu, memang sesatlah jawabnya.

"Meeting?" lelaki itu mula mengerutkan dahi, jam tangan yang terletak di pergelangan tangannya dikerling.

"Yaa, tinggal berapa minit lagi.. Patutnya Tengku ada dalam office sekarang ni.. Kenapa pulak Tengku nak merayau" omel Lyn. Banyak-banyak staff didalam syarikat itu, hanya Lyn yang berani menegur Haffaz. Itupun kerana Tengku Nina yang memberikan kuasa kepadanya.

"Kenapa tak inform aku awal tadi?"

"Saya dah banyak kali inform kat Tengku, dari semalam, tadi awal pagi pastu beberapa jam yang lepas pun saya ada inform" tutur Lyn lagi dengan nada geram. Siapa aje tak geram, dah berbuih mulut tapi Haffaz seperti tidak mengendahkan apa yang dikatakan.

Haffaz menghembuskan nafas berat, tali lehernya cuba dilonggarkan sedikit.

"Sorry.." ucap lelaki itu perlahan sebelum melangkah semula kearah pejabatnya. Lyn pula sedaya-upaya mengatur kembali nafasnya. Jejak sang majikan diikuti daripada belakang.

"Tengku okey tak ni?" soal Lyn berani.

"Okey.." balas Haffaz selamba, bersikap tenang seperti tidak apa-apa yang terjadi. Setahun berlalu tanpa disedari, Darisa juga sudah menghilang selama setahun tanpa jejak. Hubungan mereka terputus begitu sahaja.

"Tengku, kalau ada masalah bagitau je saya.."

Namun begitu, lelaki itu segera menolak kebaikan hati Lyn. Tidak menolehkan kepalanya sama sekali, langkahnya laju sahaja terus ke hadapan. Lyn mampu mengeluh, sejak ketiadaan Darisa, Haffaz mula berubah menjadi lalai.

"Lyn, kalau dah ada Dato' Khan, suruh je dia masuk.." arahnya sekali gus menukar topik perbualan. Seusai sahaja melontarkan arahannya, lelaki tersebut memasuki ruang pejabatnya manakala Lyn dibiarkan di luar pejabat.

"Tak faham lah aku boss macam ni.." bisik Lyn, sempat lagi dia mengutuk majikannya. Ipad yang berada didalam pegangannya diletakkan diatas meja kerja lalu kedua-dua tangan naik mencekak pinggang.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now