MTHD | 2

59.1K 2.4K 81
                                    

"LEPASKAN saya!" Darisa meronta-ronta minta dilepaskan saat Adryan mula menarik-narik tangan Darisa dengan begitu kasar sebelum menghempaskan tubuh kecil itu sehingga tersandar pada dinding

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"LEPASKAN saya!" Darisa meronta-ronta minta dilepaskan saat Adryan mula menarik-narik tangan Darisa dengan begitu kasar sebelum menghempaskan tubuh kecil itu sehingga tersandar pada dinding.

"Kau dengar sini, Darisa! Kau tu milik aku, aku dah pesan jangan dekat dengan lelaki lain.. Kenapa nak dekat jugak?!" Jerkah Adryan, lelaki itu mengunci pergerakan Darisa dengan kedua- dua tangan menahan dinding itu. Menatap Darisa dengan tatapan umpama belati.

Darisa mula menangis teresak-esak, perasaan ketakutan menyelubungi diri gadis ini.

"Sayang, lelaki lain takde hak untuk sentuh kau.. Sebab you're mine.. Milik Adryan Alwish.. Dan cuma Adryan Alwish boleh sentuh Darisa Haura" Dengan kuat, dia merentap pakaian Darisa. Tergeleng-geleng kepala gadis itu, sedaya-upaya Darisa tolak tubuh tegap itu menjauh daripadanya. Sumpah! Dia tidak mahu lelaki itu mengotorinya!

Adryan Alwish sudah gila!

"Adryan! Berhentiiiii!!!" Darisa menjerit sekuat kuat hatinya.

"No.. No.. Until you're mine.."

Tersedu-sedan Darisa dibuatnya, sungguh Darisa tidak mahu diperlakukan seperti ini. Dia takut bagaimana mahkotanya diragut oleh lelaki durjana dihadapannya.

Adryan tertawa-tawa melihat reaksi gadis kesayangannya itu, tanpa berlengah. Tali pinggang yang terlilit itu dilepaskan, butang seluar satu persatu dibuka, Darisa sudah tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Bibir mula diketap rapat, mata mula dipejam. Debaran didada mula terasa.

Allah...

Buk!

"Risa!!" sebaik sahaja mendengar suara pukulan yang begitu kuat dan juga suara seorang gadis. Darisa pantas membuka kelopak matanya, wajah Mala terpampang di hadapannya.

"Ma-Mala.." bibir merah gadis itu mula terketar-ketar, terduduk Darisa sebaik sahaja melihat Adryan sudah terbaring diatas lantai dengan keadaan tidak sedarkan diri.

"Risa, jom.. kita keluar daripada sini.. Rumah ni dah tak selamat untuk kau.." Mala pantas menarik tubuh sepupunya, cuba membawa Darisa keluar daripada rumah itu. Benar, rumah itu bukan lagi tempat yang selamat buat Darisa.

Adryan Alwish lelaki yang begitu obses dengan Darisa Haura.

Bersama sepenuh kekuatan yang Mala ada, tubuh kecil Darisa dipapah. Sempat pakaian Darisa dirapikan semula, nasib baik dia datang lebih cepat. Kalau tidak, masa depan gadis itu pasti hancur angkara perbuatan Adryan.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now