MTHD | 36

11.4K 389 4
                                    

BUNYI loceng rumah mula kedengaran, laju-laju Darisa menyarungkan tudung labuhnya kemudian menggunakan face mask untuk menggantikan purdahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNYI loceng rumah mula kedengaran, laju-laju Darisa menyarungkan tudung labuhnya kemudian menggunakan face mask untuk menggantikan purdahnya.

Jam di dinding sempat dikerling, berkerut dahi gadis itu tatkala melihat jam sudah menunjukkan jam 5.30 petang.

'Siapa pulak yang datang petang-petang macam ni' desis hatinya. Tidak pernah-pernah dia menerima tetamu, apatah lagi ketika matahari hampir terbenam.

Bunyi loceng sekali lagi didengari. Berdebar-debar jantung Darisa ketika itu. Nafas ditarik lalu dihembus, cuba meredakan rasa debaran di dalam hati. Selangkah demi selangkah didekati daun pintu rumahnya. Tombol pintu dipusing, lalu ditarik...

Walaupun pintu itu belum dibuka sepenuhnya, melihat kasut kulit berwarna hitam dan seluar slek itu sudah cukup membuatkan Darisa mengenali orang tersebut.

"Awak..." terketar-ketar bibirnya. Kepala didongakkan sedikit, wajah Haffaz terpampang di hadapannya. Segak lelaki itu berpakaian formal.

"Apa awak buat kat sini?"

"Bagi aku masuk dulu..." seperti tidak ada adab, Haffaz meluru masuk ke dalam rumah isterinya. Tidak terfikir pun perlakuannya itu akan menimbulkan fitnah dari kalangan jiran-jiran.

"Apa awak buat ni, Haffaz..." lengan kekar suaminya cuba digapai.

"Awak keluar sekarang, apa jiran saya kata nanti kalau ada lelaki masuk rumah saya... Tolong, awak keluar sekarang"

Namun begitu, arahan Darisa langsung tidak diambil tahu oleh Haffaz. Malah lelaki itu selamba duduk di atas sofa ruang tamu seperti itu rumahnya.

"Tolonglah, jangan buat benda macam ni... Saya taknak orang lain fikir bukan-bukan, awak kena sedar, awak tu lelaki, Haffaz... Jang--"

"Kalau aku lelaki pun, aku ada hak... Dimana kau ada, aku kena ada... sebab kau hak aku.." bidas Haffaz. Lelaki itu merenung tepat ke dalam iris mata hazel isterinya.

"Sejak bila?"

"Sejak bila saya jadi hak awak, Haffaz? Setelah setahun saya pergi tinggalkan awak, baru awak nak cakap saya hak awak? Habis tu, selama ni saya apa? Patung?" air mata mulai bertakung. Rasa sebak turut hadir membuatkan Darisa tidak mampu menahan tangisnya.

"Kenapa awak diam, patutnya awak jawab soalan saya, Haffaz..." kata gadis itu lagi. Ditenung sahaja suaminya manakala Haffaz masih diam membisu. Menghadam kata-kata isterinya.

"Baliklah, saya minta maaf atas apa yang saya buat selama saya bergelar isteri awak... dah banyak benda saya buat sampai susahkan awak... saya minta maaf sangat-sangat"

Seusai melemparkan kata-kata itu, Darisa terus melanjutkan langkahnya. Langsung tidak peduli akan keberadaan Haffaz di rumah tersebut.

"Risa, kau dengar dulu apa yang aku nak cakap..." pantas Haffaz cuba menghentikan pergerakan isterinya dengan menarik lengan gadis tersebut.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now