01

44.4K 1.5K 49
                                    

Keadaan di Lapangan Lumpur dipenuhi oleh masyarakat yang baru turun dari Kapal Terbang.

Muncul seorang gadis jelita yang memakai pakaian yang menjolok mata dan terbuka menarik perhatian lelaki-lelaki miang.

Manakala wanita itu? Hanya buat tak tahu. dia sendiri juga sudah terbiasa dipandang sebegitu oleh lelaki yang ada diluar sana. Dia sendiri juga langsung tidak kisah jika badannya menjadi santapan kaum adam.

Baru sahaja dia mahu melabuhkan punggungnya di atas kerusi besi yang tersedia di situ, ada satu suara yang lantang menyapa pendengarannya membuatkan dia membatalkan niatnya.

"Haura!" Jerit seseorang. Berkerut alis Haura saat mendengar namanya dipanggil seeeorang.

Kepala berpusing-pusing mencari pemilik suara yang memanggil namanya itu.

Beberapa minit juga dia mencari nama pemilik suara itu tapi masih tidak jumpa. Kerana itu, dia memutuskan untuk menunggu perempuan yang memanggil namanya itu di luar.

Keluar sahaja dari tempat sesak itu,Haura memutuskan untuk menunggu wanita tadi mencarinya di luar. Lagipun dia yakin perempuan tu Ain! Ain suhayla kawan baiknya. Seseorang yang paling dia rapat selepas kematian ibu dan bapanya.

Tangan naik mengibas-ngibas wajahnya yang berpeluh. Tidak boleh dinafikan bahawa Malaysia is hot! Sedang dia leka membebel seorang diri di dalam hati, Haura disergah oleh...

"Haura!"

Ain menepuk bahu Haura lalu terus memeluk kawan baiknya itu tanpa lihat kiri ke kanan. Dalam kepalanya hanya mahu memeluk Haura sahaja. Rindu! Rindu yang teramat!

"Ain!"

Haura lantas membalas pelukan Ain. Tubuh genit Ain yang ditutupi jubah hitam dan tudung labuh itu Haura peluk erat. Tidak mahu lepas.
Marilah kita sama-sama memeluk antara satu sama lain.

Selamat Hari Memeluk Sedunia! Yay!

Pelukan dilepaskan Ain menatap wajah jelita Haura lama. Dengan tatapan yang lembut. 3 tahun berlalu langsung tidak mengubah persahabatan yang mereka jalin.

Dia sendiri juga tak sangka bahawa Allah masih panjangkan umurnya untuk dapat melihat wajah Haura harini. Rasa seperti semuanya bagaikan mimpi sahaja.

"Macam mana you study? Semuanya okay je kan?"

Haura senyum lalu mengangguk. Ain dari dulu lagi sentiasa mengambil berat tentang dia. Rasa terharulah pula. Ahakks

"Haura, you okay ke? Kenapa lesu semacam muka awak?"

Haura yang dengar sahaja soalan dari Ain terus berubah riak wajahnya. Ain mengerutkan dahinya masih lagi tertanya-tanya kenapa dengan wajah Haura yang kelihatan pucat dan lesu.

"Haura, I tany-

"Eh jomlah kita pergi. Takut lambat pula sampai rumah."

Haura terus menarik pergelangan tangan Ain. Tidak mahu berlama-lama di situ. Nanti dia tanya lebih-lebih pula!

Sampai sahaja di rumah sewa, Haura terus masuk mahu menerokai rumah sewa itu. Termasuklah biliknya. Terus dia berlari anak-anak menaiki tangga, tombol pintu dipulas. Dan tersemburlah keadaan bilik tidurnya yang sudah lama tidak berpenghuni.

Kaki naik berdiri di atas katil lalu Haura melompat-lompat di atas katil seperti kanak-kanak rebina. Comel!

Puas melompat, terus dia masuk ke dalam bilik mandi mahu membersihkan diri yang sudah melekit.

Mengambil masa selama 30 minit untuk Haura Iryana selesai mandi,menyarungkan baju dan membuat skincare routine.

Puas dengan penampilan diri, Langkah kaki diatur turun ke tingkat bawah rumah teres itu. Sampai di bawah, kelihatan Ain sedang berperang dengan kuali dapur.

His Precious WifeWhere stories live. Discover now