35

18.7K 846 25
                                    

"Puan Muda, marilah makan."  Haura yang baru turun ke dapur itu untuk bersarapan diajak Mak Su untuk bersarapan.

Haura senyum terlebih dahulu. Perutnya yang sudah mulai membesar itu dia pegang.

"Mak Su, janganlah panggil saya Puan Muda. Panggil Haura sahaja." Dia berasa tidak selesa saat dipanggil begitu.

"Baiklah. Jom kita sarapan. Baby dalam perut tu mesti dah lapar."

Haura mengangguk. Setelah itu dia duduk di atas kerusi. Benar kata Mak Su, Bayi dalam perutnya sudah lapar.

Mak Su mencedokkan nasi goreng cina dan air teh panas pada Haura. Semalam, gadis itu memintanya untuk memasakkannya nasi goreng cina. Katanya mengidam.

Haura mengunyah nasi goreng cina itu mesra. Hatinya sedang lapang sekarang.

"Okay tak nasi goreng tu Pua-Haura?"

"Hmm...sedap!" Suapan demi suapan dia makan. Tidak boleh dinafikan nasi goreng masakan Mak Su memang sedap!

"Farel pun suka sangat dekat nasi goreng ni. Kamu berdua memang ada persamaan."

Mak Su memberitahu pada Haura. Terbit rasa rindunya pada Farel. Dia menjaga Farel dari Farel masih bayi lagi. Disebabkan dia tidak dikurniakan anak, Farel lah yang dia anggap sebagai anaknya.

Haura senyum pahit. Sungguh, dia juga rindukan Farel. Suaminya itu apa baik-baik saja?

Sudah hampir seminggu dia berada di sini. Dan khabar Farel langsung tidak ada.

Sampailah, deringan telefon Mak Su menghentikan lamunan Haura yang kian jauh

Tapi yang buat dia makin pelik adalah Mak Su yang tidak menjawab panggilan itu. Seseorang yang menelefon Mak Su itu, Mak su hanya memandang kosong.

"Siapa Mak Su?"

"T-tuan Muda." Cukup dengan satu nama panggilan itu membuatkan bibirnya terkunci. Tak mampu untuk ungkapkan apa-apa.

Farel sudah tahukah?

Secepat itu?

Melihat Haura hanya senyap, Mak Su menyoal lagi

"Haura, nak cakap dengan Tuan Muda? Mak Su rasa Tuan Muda dah tahu."

Haura menggeleng. Dia tak mampu nak mendengar suara Farel saat ini. Rasa bersalahnya mulai menebal di dalam diri.

Emosinya sedang kacau sekarang. Bercampur aduk.

Mak Su kemudiannya membiarkan sepi sahaja panggilan Farel. Lebih baik begini.


"Bagitahu aku kau buat apa dekat Haura?!" Jerkah Farel. Bukannya dia tak tahu yang Melissa sangat bencikan isterinya.

"I tak buat apa-apa." Melissa dengan tidak ada rasa bersalahnya menafikan.

"Kau tahu tak Melissa, kesabaran aku ni tipis gila. Bila-bila masa je kepala kau hancur dekat tangan aku Melissa. Don't try me."

Amaran diberi sinis.

"Abang....Mel sayang abang. Jom kita kahwin." Bahagian pipi Fare dia usap dengan selambanya. Cuba menggoda lelaki itu.

Farel memejam matanya. Menahan rasa. Manakala Melissa tersenyum kemenangan. Kalau dah lelaki akan tumpas juga di tangan perempuan.

"Kau nak goda aku ke Melissa?"
Farel menyoal sinis. Matanya masih tertutup.

"Kalau ya?" Usapan itu turun ke Dada Farel.

"Sayang sekali, kau bukan Haura lah betina."

Sejurus itu dia membuka matanya dan menolak tubuh Melissa terhantuk ke bucu meja tepat di pinggangnya.

"Itu baru sikit. Aku akan sambung lepasni pula."  Selepas itu, dia biarkan Melissa yang kesakitan di situ.

Balasan.

Masuk sahaja dalam kereta, kereta mewahnya laju membelah jalan raya. Minyak ditekan sebal.

Sampai di rumah agamnya, Farel turun dari kereta bilik utama dia dan Haura dia masuk. Alamari baju Haura dibukanya.

Kosong

Tiada baju Haura
Tiada barangan Haura

Hanya satu yang ditinggalkan. Iaitu

Pregnant Test

Get ready Melissa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Get ready Melissa.

His Precious WifeWhere stories live. Discover now