42

19.1K 795 38
                                    

"Haura, jom makan sekali." Pelawa Mak Su pada Haura.


Haura menggeleng bersama senyum manis yang dibuat-buat. Dia tak rasa nak menjamah apa-apa makanan buat masa ni.

Tak ada selera nak makan.

Mak Su menghampiri Haura. Dia faham dengan keadaan Haura yang baru kehilangan atuk dan neneknya.

"Haura, tidak mengapa jika mahu sedih, tapi janganlah sampai skip makan. Kalau selalu skip makan macam ni, nanti kamu sakit Haura."

Pesan Mak Su. Haura itu mengandung dia perlukan tenaga untuk kekal sihat.

Haura menggeleng lagi. Dia terus masuk ke dalam bilik tidurnya. Sampai di situ, Haura duduk di atas katil, tanpa dipita air matanya jatuh bertitik-titik membasahi pipi.

Langit yang seolah-olah tahu dengan perasaan hatinya saat ini, turut mengeluarkan airnya.

Lebat. Hujan datang membasahi bumi simpati dengan pasangan suami isteri ini yang berpisah jauhnya.

Langit yang gelap itu dia pandang sayu.

Apa kamu juga sedih sampai kamu juga menitiskan air mata sama sepertiku?

Hatimu sedang tidak baik ya?

Sama lah dengannya yang berpisah dengan atuk neneknya yang sudah menghadap ilahi. Dan berpisah dengan suami disebabkan ujian yang diberi.

Walaupun mereka sama-sama jauh, tapi hatinya masih ada dengan Farel. Masih utuh di situ.

Perasaan cintanya masih segar pada Farel. Perasaan yang akan kekal abadi.

"A-abang, kisah kita akan kekal sampai bila-bila kan?"

"Anak dalam perut Haura ni, akan menjadi bukti cinta kita kan abang?"

Dia memejam matanya rapat. Sedarlah Haura, sampai bila nak macam ni?
Dia yang pergi dari hidup Farel, perlulah teruskan hidup.

Dia perlu terlihat bahagia pada anaknya. Semoga Farel bahagia. Walaupun bukan dengannya.

Mungkin memang ini kisah perjalanan hidupnya yang persis kisah mama dan papanya.

Dia perlu ingat, yang ada kebaikan yang disediakan jika dia terus bersabar. Dia pergi dari hidup Farel bukan kerana tak boleh menahan sabar, tapi mahu selamatkan kandungannya dari terkena kesan buruk dia dipukul.

"Kalau lama sangat abang tunggu Haura, tapi Haura masih tak balik pada abang, Haura izinkan abang untuk kahwin kali kedua."

"Bukan kahwin dengan Haura. Tapi dengan yang lebih baik dan sempurna dari Haura."

Walaupun tahu yang Farel tidak mendengarnya, tidak mengapa kerna Farel tetap akan merasanya.

Hatinya, dan hati Farel kan bersatu?


"Hai Umi! Harini baby sihat?" Hana menyoal ceria.

"Allhamdulillah sihat. Kakak hana tu sihat?"

"Sihat!" Riak wajah Hana terus berubah saat dia menatap wajah jelita Haura.

"Kenapa sayang?"

"Umi nangis?" Wajah Haura dia sentuh perlahan.

Berubah terus riak wajah Haura. Hana selalu pedulikan dia layaknya seorang keluarga.

"Kenapa umi hana nangis? Siapa buat umi?" Soalan yang dilontarkan oleh Hana mengundang sebak di hatinya.

Tubuh kecil gadis itu Haura peluknya kemas.

"Hana, jangan tinggalkan umi boleh?"

Hana merenggangkan pelukannya dengan Haura.

"Mestilah boleh. Hana kan dah janji nak jaga umi sampai abi datang." Air mata yang turun mengalir di wajah Haura, hana bersihkan.

"Umi smile." Haura kemudiannya senyum dalam tangisan. Melihat Haura yang senyum, Hana juga senyum menampakkan lesung pipit comelnya.

Ya, Hana akan jaga Umi sampailah abi datang.

Ya, Hana akan jaga Umi sampailah abi datang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yang sedang membaca tu okay tak?

His Precious WifeWhere stories live. Discover now