26

16.5K 831 0
                                    

"Precious, bangun dah subuh."

Haura perlahan-lahan membuka matanya. Matanya sangat berat mahu membuka, bahkan mahu bangun dari pembaringanya juga malas.

Tetapi Haura perlu memaksa dirinya jika tidak, terlepas subuh, dan dia akan berdosa.

Farel apabila melihat isterinya masih lagi tidak bangun dari pembaringanya, Farel dengan selambanya mengangkat tubuh kecil Haura, membuatkan Haura terjerit kecil.

Dengan cepat Haura membuka matanya. Tubuhnya seperti sedang terbang. Farel mengangkat Haura, pergi ke arah Bilik Mandi.

Masuk sahaja di dalam Bilik Mandi Farel menurunkan Haura.

Wajah Haura jelas keliru. Keningnya sudah berkerut, Pelik.

"Pergi ambil wudhuk."
Beritahu Farel. Lalu meninggalkan Haura terpinga-pinga di situ.

Haura dengan keadaan yang tertanya-tanya Haura mengambil Air Wudhuk terlebih dahulu.

Selesai sahaja mengambil Air Wudhuk keluar sahaja dari bilik mandi, Tubuh Cik Suaminya yang sedang berzikir di atas sejadah memenuhi kornea matanya.

Farel yang terasa dirinya diperhatikan lantas menoleh ke arah figura yang memandangnya.

Senyuman dihadiahkan pada sang isteri. Sambil tangan kasarnya mengambil telekung lalu menyerahkan pada Haura.

Selesai sahaja Haura memakai telekung, Farel mengangkat takbir. Solat Subuh diimamkan oleh suaminya Farel suaminya.

"Assalamu'alaikum warahmatullah."
Kepalanya ditoleh ke kanan.

"Assalamu'alaikum warahmatullah."
Lalu ditoleh ke kiri.

Farel berpaling menghadap Haura. Pusing sahaja ke belakang Tubuh isterinya yang bertelekung berwarna putih bersih memenuhi kornea mata hazel miliknya.

Mereka berdua bertatapan antara satu sama lain, sebelum Haura menghulurkan tangannya mahu menyalami suaminya.

Kepala Haura dipegang, kemudian Farel mendekatkan bibirnya pada dahi isterinya, kemudian Farel mengucup kening kanan Haura.

Wajah Haura sudah membahang. Malu. Malu-malu pun suka! Kepala diangkat memandang wajah suaminya. Mata Coklat tua milik Haura berlaga dengan Mata Hazel suaminya.

Tatapan lembut dari si suami yang memenuhi kornea mata. Haura mengukir senyuman manis. Dengan cepat Haura mendekatkan wajahnya pada Farel lalu

Bibir Pink Haura singgah di Pipi Kiri Farel. Farel hanya memberikan reaksi yang selamba. Manakala Haura sudah malu-malu. Haihh dia yang mula, dia yang malu?

Farel menggeleng-geleng melihat perangai isterinya. Comel sangat!

"Jom kita berzikir dulu."

Beritahu Farel Sambil tangannya sudah memegang tasbih. Haura mendekati Farel lalu duduk di bersebelahan Farel.

Farel bangun sahaja dari tidurnya, terasa ada sesuatu yang berada di atas lengan kekarnya.

Kepala menoleh ke arah Lengan kirinya. Kelihatan Haura sedang tidur nyenyak berbantalkan lengan Farel.

Perlahan-lahan Farel menurunkan kepala Haura dari lengan kekarnya. Lalu, Tangan kasarnya hinggap di kepala Haura, dan mengusap perlahan kepala isterinya, hidung mancung milik Farel mendekati Kepala Haura dan Farel menghidu bau Rambut Pirang isterinya.

Wangi.

Mata Hazelnya melihat isterinya yang sedang tidur. Farel menyentuh lembut Pipi Gebu isterinya membuatkan Haura agak terganggu dengan tidur lenanya.

"Erm..."
Haura sudah menggeliat kecil, apabila merasakan ada gangguan sewaktu dirinya tidur.

Manakala Farel sudah tersenyum. Wajah Haura sewaktu tidur sangatlah comel, seperti bayi kecil yang sedang tidur.

Sekali lagi Haura diganggu oleh Farel, Pipi gebunya di sentuh-sentuh oleh Farel. Membuatkan Haura membuka matanya kerana terlalu geram. Siapa yang kacau dia tengah tidur ni!

Terbuka sahaja kedua-dua kelopak matanya, Wajah seseorang yang kacak baru bangun dari tidur memenuhi kornea mata coklat tuanya.

"Morning precious. Baca doa bangun tidur dulu."

Haura dengan keadaan yang Masih mamai menadah tangan kemudian Farel dan Haura sama sama membaca doa.

"Allhamdulillahiladzi ahyaanaa ba'da maa amaatana wa ilaihin nusyuur."

("Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan." (HR. Bukhari no. 6325)

Doa diaminkan. Haura menyandarkan kepalanya di dada bidang Farel. Kantuknya masih tersisa. Farel hanya membiarkan isterinya.

"Abang...harini nak pergi mana?" Soal
Haura tangan Haura menyentuh dada Farel dan menggosok perlahan.

Farel tergelak kecil. Bangun-bangun dah tanya nak pergi mana. Dengan mata tak buka lagi.

"Sayang...nak pergi mana?"

Farel menyoal Haura kembali.

"Nak pergi ke hati Abang."
Matanya dibuka mengukir senyuman manis pada Cik Suami.

Farel sudah melepaskan tawanya.
Manakala wajah Haura sudah cemberut.

"Abang ni...tak blushing pun." Muncung itiknya sudah keluar.

Dengan gelak yang masih tersisa. Farel menyatukan kedua-dua tangannya tanda meminta maaf.

"Ya Qalbi, selamat pagi semoga hari ini akan jadi hari ini lebih baik dari semalam."

"I love when I open my eyes, the first person I see, is you."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now