33

16.9K 827 12
                                    

"Selepas ini, tolong perhatikan makan minum Puan Haura ya. Kerana ini sangat menjejaskan kandungan Puan Haura yang masih lagi muda."

Membulat mata Mak Su mendengar berita tersebut. Haura

Mengandung?

Dan Haura langsung tidak memberitahunya tentang ini. Teringat kembali tentang kejadian yang Haura dipukul oleh manusia kejam itu.

"K-kandungan Puan Haura, baik-baik saja kan?"

"Allhamdulillah ia baik-baik saja. Dan saya harap lepas ni tolong perhatikan Puan Haura."

"Baik doktor." Selepas menasihati, doktor perempuan itu keluar dari wad Haura.

Mak Su menghampiri katil Haura. Terlihat ada sekujur tubuh muda seorang gadis yang terbaring lemah di atas katil hospital.

Wajahnya tenang sahaja.

Mak Su mengusap kepala Haura yang tidak memakai sebarang selendang yang menutupi rambut indahnya.

Jatuh kesian dia pada gadis ini. Masih muda, tapi sudah diuji sampai sebegini rupa.

Haura yang terasa kepalanya diusap oleh seseorang, perlahan-lahan membuka matanya.

Perlihatannya yang awalnya kabur, makin lama makin jelas. Wajah tua Mak Su memenuhi kornea mata bundarnya.

"M-mak su."

"Puan Muda dah rasa okay?" Mak Su menyoal Haura risau.

"Dah sikit." Mak Su mengangguk lalu senyum tipis.

Teringat tentang Farel, Mak Su keluarkan telefon bimbitnya mahu memberitahu Farel tentang Haura.

"Mak Su nak call siapa?"

"Tuan Muda." Baru sahaja Mak Su mahu menekan nombor Farel, Haura lantas menghalang Mak Su.

"Eh jangan."

"Kenapa Puan Muda? Tuan Muda perlu tahu tentang ini."

"Tak perlu. Saya tak nak Farel putuskan hubungan dia dan Mama."

Dia tak nak Farel bencikan Datin Zehra kerana dia. Jika Datin Zehra tahu yang dia memberitahu Farel tentang ini, makin bertambah benci Datin Zehra padanya.

Dan dia tak nak benda itu berlaku.

"Tapi Puan Muda, mereka dah melampau sampai kurung Puan Muda dalam stor dan tak bagi Puan Muda makan."

"Kalau saya tak bawa Puan Muda pergi hospital tadi, mungkin kandungan Puan Muda tak dapat diselamatkan."

Beritahu Mak su sekali lafaz. Jika sudah hampir membunuh satu nyawa, itu perlu mengambil tindakan.

Haura senyum pahit. Tangannya mengelus perutnya.

Allhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk anaknya hidup.

"Mak Su, tolong rahsiakan benda ni dari Farel. Haura mohon sangat-sangat dekat Mak Su. Tolong rahsiakan."

Pujuk Haura bersungguh-sungguh. Tangan tua itu dia ambil lalu menciumnya berkali-kali.

Mak Su pula hanya senyap. Dia tak yakin mahu setuju atau tidak kerana Haura perlu dapatkan keadilan tentang apa yang telah manusia kejam itu buat.

"Tolonglah Mak Su. Tolong saya kalini. Saya sanggup berlutut supaya Mak Su setuju."

Haura perlahan turun dari katil hospital, mahu meminta belas kasihan. Baru sahaja kakinya mahu menyentuh lantai bilik wad itu, Mak Su menghalang tubuh Haura dari menyentuhnya.

"Jangan. O-okay Mak Su tak akan bagitahu Farel."

Haura hembus nafas lega. Dia tidak mahu menjadi punca Farel jauh dari keluarganya.

"Terima Kasih Mak Su."

"Tapi, ada satu syarat." Mak Su bersuara pula.

"Apa?"

"Lepas Haura keluar dari wad ni, Haura tak boleh pergi dah rumah Datin. Haura kena ikut Mak Su balik ke kampung dan duduk di situ. Boleh?"

Tujuan dia lakukan ini bukan kerana mahu menjauhkan Haura dengan Farel tapi kerana mahu menjaga keselamatan Haura dan kandungannya.

Manusia itu, tidak akan menyerah begitu saja untuk memisahkan Haura dan Farel.

Haura terdiam. Dia menggigit bibir bawahnya.

Apa tidak apa-apa jika dia buat sebegitu?

"Bukan selamanya, sampai Baby dalam kandungan ni membesar dengan baik Mak Su akan beri Haura jumpa semula dengan Datin."

"Boleh dan Haura juga ada syarat."

Dada turun naik mengatur pernafasan supaya lebih teratur.

"Jangan bagitahu Farel tentang ni."

Mak Su awalnya teragak-agak mahu setuju akhirnya setuju jua. Dia perlu setuju juga demi keselamatan Haura.

Selepas itu Haura senyum.

"Maafkan Haura abang. Haura terpaksa buat semua ni. Haura tak nak abang putuskan sillaturrahim dengan Mama dan Papa."

His Precious WifeWhere stories live. Discover now