27

15.6K 759 16
                                    

"Abang, nak tanya sesuatu boleh?"

Soal Haura. Ketika ini mereka berdua berada di ruangan dapur. Bersarapan.

"Boleh sayang, nak tanya apa?"

"Abang anak tunggal ke?"

Pelik. Kerana dia tidak pernah nampak Adik Beradik Farel. Bahkan sewaktu mereka berdua menikah juga tidak pernah Haura melihatnya.

"Tak. Abang ada 2 adik beradik. Yang sulong Abang. Yang nombor dua, Airel. Airel tak ada dekat malaysia. Dia sambung belajar dekat Jordon."

Terang Farel. Memang patut Haura tidak tahu tentang Airel kerana Haura tidak pernah berjumpa pun dengan adiknya itu.

"Ooo..."

"Kenapa sayang tanya pasal Adik Beradik Abang?"

"Saja tanya. Sebab Haura tak ada Adik Beradik. Haura anak tunggal."

Farel mengangguk.

"Abang, bertabaruj tu apa?"
Soal Haura pada suaminya.

"Tabaruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seorang wanita sehingga menarik perhatian orang ramai tanpa membuka aurat, sebagai contoh , Haura memakai make-up , perhiasan di jari , perhiasan di kaki ataupun fesyen yang terlalu menarik perhatian walaupun menutup aurat."

" Semua perbuatan berhias ni, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan di mana seseorang wanita itu tinggal dan perhiasan ini menarik perhatian , maka ini dipanggil tabarruj dan ini adalah dilarang. Faham?"

Kepala menoleh ke arah Haura. Jelas wajah keliru yang diberikan membuatkan Farel tergelak kecil dan mencubit manja hidung mancung Haura.

"Contoh situasi yang menunjukkan tabarruj, Apabila berjalan , dengar bunyi gelang kaki sehingga ia menarik perhatian orang lain walaupun kaki tertutup , ini juga dianggap tabarruj dan ini adalah dilarang."

"Selain itu, Apabila seseorang wanita itu memakai sehelai tudung ( fesyen terkini seperti shawl berwarna warni ) dan pemakaiannya telah menarik perhatian orang lain , maka ini dianggap tabarruj dan ini adalah juga dilarang walaupun rambutnya terlindung."

" Apabila seseorang wanita itu memakai jubah atau baju kurung yang mempunyai motif di bahagian dada yang boleh menarik perhatian , maka ini adalaj tabarruj dan ini adalah dilarang sama sekali walaupun jubah atau seumpama dengannya adalah dituntut dalam Islam walaupun menutup aurat sesempurnanya."

Mata Hazel Farel hanya fokus pada isterinya sebelum menyambung

"Kesimpulannya, walaupun kita sudah menutup aurat dengan sempurna tetapi menarik perhatian orang lain, ini sudah dikira tabarruj, ada lagi jika pemakaiannya berjubah tetapi ketat di bahagian tangan, bertudung tapi sanggulnya tinggi. Sekarang Haura faham apa maksud tabarruj?"

Haura mengangguk lalu menjawab
"Oo Faham dah."

"Sekarang, Jawab soalan Abang, mana sayang dengar Tabarruj ni?"

"Oh, tadi saya scroll tik tok lepastu ada satu video ni, dia tegur pasal tabarruj. Tapi Haura tak tahu maksud tabarruj tu apa. Sebabtu lah Haura tanya Abang."

Farel mengangguk bibirnya mengukir senyuman manis. Tangan kasarnya mengusap kepala Haura.

"Pakaikan." Net tie diserahkan pada Haura.

"Selama abang tak ada ni, jaga diri ya."

"Okay." Selama seminggu, Farel akan pergi oustation.  Maka tinggal dia seorang diri.

"Kalau takut, ajak Ain datang tidur sini. Teman sayang." Haura mengangguk lagi.

"Sayang betul tak nak ikut abang?"

"Betul." Sudah kali keberapa Farel tanya dia soalan sama. Tapi dia masih tekat dengan pendiriannya.

"Bye, love you precious. Jangan rindu abang." Dahi Haura diciumnya.

Haura memeluk tubuh tinggi Farel. Entah kenapa rasa tak sedap hati.

Semuanya akan baik-baik saja kan?

Semuanya akan baik-baik saja kan?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now