17

19.9K 1K 48
                                    

"Ni ke isteri Farel? Bolehlah." Selamba Mak Ngah bercakap yang merupakan kakak Datin Zehra. Dia datang mahu melihat menantu adiknya itu.

Haura tersenyum. Tidak selesa apabila dicakap begitu. Dia tahulah yang dia tu biasa saja, tapi tidak perlulah sampai begitu sekali.

"Sekurang-kurangnya dia tahu jaga batas dengan Farel sebelum kahwin. Tak  sama macam perempuan luar sana yang suka sentuh lelaki sana sini."

Bidas Farel selamba. Oh, jika sesiapa yang datang mahu merendahkan isterinya, tak kisahlah mak saudara sekali pun.

"Betul tak Mak Ngah?" Farel memandang Mak Ngah yang riak wajahnya sudah berubah.

Dia sangat tahu yang Farel sebut ialah anak perempuannya.

Melissa. Dia tahu yang Melissa suka menyentuh Farel, tapi dia langsung tidak menghalangnya. Malah menyokong tindakan murah anak daranya.

Dato Nazri senyum. Farel memang terikut dengan perangainya sewaktu dia masih muda.




"Dia buat apa dekat sini?" Haura mencuit Farel yang fokus melihat televisyen.

Farel kemudiannya melihat ke arah yang Haura beritahu.

"Dia ikut Mak Ngah datang la tu."

"Mak Ngah? Apa hubungan abang dengan dia?" Soal Haura serius. Kenapa dia tak tahu pun. Dan Farel pun tak pernah cerita.

"Abang sepupu dengan dia."

"Ye ke? Kalau sepupu kenapa dia layan abang macam lebih je." Masih segar dalam ingatannya sewaktu Melissa panggil Farel dengan panggilan yang manja.

"Entah. Dah lah cakap pasal dia. Apa kata precious cakap pasal kita pula."

"Kenapa dengan kita?"

"Bila precious nak ku-

"Hai abang Rel." Tegur seseorang. Haura yang awalnya memandang Farel, pandang pada gerangan yang menyibuk.

Melissa datang bersama muka mekap tebal nak mampus. Kalau tampar, jerebu satu Asia.

Dengan selambanya dia duduk bersebelahan kiri Farel. Kini Farel berada tengah-tengah diantara Haura dan Melissa.

Lengan sasa Farel dia rangkul. Dengan tak tahu malunya menyentuh suami orang.

Farel pula lantas menepis tangan Melissa. Dia pandang pula pada wajah jelita Haura. Wajahnya datar. Haura memandang Farel datar langsung tiada senyuman di wajahnya.

Farel bangun dari duduk, Dia menarik lembut pergelangan tangan Haura untuk berdiri juga. Terus pinggang Haura dirangkulnya mesra dan dibawa Haura naik ke biliknya.

"Kita sayang abang." Haura memulakan perbualannya setelah lama dia dan Farel berdiam diri di atas katil.

Haura pandang Farel. Farel masih diam. Mungkin sudah tidur. Dia tak dapat tahu kerana Farel tidak menghadapnya Farel tidur pandang balkoni bilik.

"Abang maafkan Haura tau. Haura tahu Haura banyak buat salah dekat abang. Kita kosong-kosong eh."

Tidak mengapa jika Farel tidak mendengarnya, cukup hanya dia sahaja yang mendengar.

"Night husband."

Mata yang tadinya tertutup, terbuka kembali. Melihat wajah isterinya memenuhi kornea mata Hazelnya.

"I'm forever Haura's."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now