12

23.4K 1.3K 65
                                    

Harini hari yang paling berdebar untuk Haura. Hari yang akan dirinya disatukan oleh bakal suaminya.

Selepas ini, hidupnya tidak akan sama seperti sebelum ni. Sebelum ni, dia bebas pergi ke mana-mana tetapi lepas sahaja ijab dikabulkan, dia selama-lamanya milik lelaki itu.

"Hey, dah siap?"

"Dah." Haura angguk berkali-kali.

"Arghh lepas ni susah dah nak jumpa." Ain berkata sedih. Yelah kawannya ini sudah mahu berkhawin. Tinggalah dia seorang.

"Ish, mana ada. You boleh call I selalu."

Haura terus memeluk Ain erat. Belakang badan Ain dia usap.

"Thank you teman I balik kampung. Thank you sebab sudi jadi kawan I."

Ain senyum. Semoga kawannya akan bahagia lepas ni.

Puan Halimah senyum melihat hubungan cucunya dan Ain. Dia yang mahu memanggil Haura keluar membatalkan niatnya.

Mahu memberi ruang untuk mereka.

Haura berpaling. Dia senyum manis pada puan halimah.

"Dah sedia?"

"Aku terima nikahnya Haura Iryana binti Muhammad dengan mas kahwinnnya sebanyak rm200 ringgit tunai."

Dengan sekali lafaz, dia sah menjadi isteri pada jejaka itu.

Jejaka pilihannya.

"Sah?

"Allhamdulillah."

Farel menghembuskan nafasnya tenang. Dia sudah berkahwin dengan gadis itu.

Gadis pilihannya.

Dia sudah berjanji dengan dirinya sendiri, apabila dia berkahwin dengan Haura, Dia akan membimbing Haura.

Tidak akan sesekali dia menyakiti wanita itu. Wanita yang akan menjadi ibu kepada anak-anaknya.

Iris hazelnya menikam lembut iris coklat Haura. Pandangannya menusuk ke dalam lembut.

Cincin berlian itu disarung di jari manis isterinya. Cantik. Sangat sesuai dengan jari manis isterinya. Saiz juga sangat sesuai.

Selesai menyarung cincin, Haura mengucup ke tangan kekar Farel. Selepas itu, juru gambar memulakan kerjanya yang menangkap gambar Haura dan Farel dengan pelbagai gaya.

Majlis Haura dan Farel dijalankan di rumah Puan Halimah. Haura meminta untuk buat simple-simple sahaja.

Tapi lain pula dengan Datin Zehra. Dia mahu semua kawan-kawan datinnya tahu yang dia sudah ada menantu.

Geleng kepala jelah.

Datin Zehra yang melihat menantunya kelihatan sudah penat, mengarahkan Farel untuk membawa Haura naik atas berehat.

"Rel bawa Haura masuk bilik. Lepastu suruh dia buka heels tu."

"Okay."

"Jom." Farel memegang tangan Haura.

"Kaki....sakit."

Farel pandang kaki Haura. Farel membongkok dengan hati-hati dia buka heels di kaki Haura. Kaki Haura dibeleknya ke kiri ke kanan. Merah. Akibat pakai heels lama sangat.

"Boleh jalan tak?"

Haura menggeleng. Farel bangun dari membongkok, tanpa kata, terus dia mencempung tubuh kecil Haura.

Haura lantas memeluk leher Farel kemas. Hidungnya secara tidak sengaja menyentuh leher Farel. Bau sisa minyak wanginya.

Farel senyum. Dia suka dengan posisi seperti ini.

Pintu bilik dibuka. Haura diletakkan di atas katil.

Kemudian Farel mengambil tuala mandi lalu masuk ke dalam bilik Air untuk membersihkan dirinya terlebih dahulu.

Selesai mandi, Farel keluar dari tandas dengan lengkap berpakaian baju t biru gelap tersarung ditubuhnya bersama seluar slek.

Manakala rambutnya bergaya messy.

Tuala mandi yang ada ditangannya diberi pada Haura

"Your turn." Haura mengangkat keningnya tidak faham.

"Pergi mandi. Busuk." Ewah ewah dia kata kita busuk? Macamlah dia tu wangi sangat.

Haura lantas menyambar tuala mandi ditangan Farel. Sakit hati je cakap dengan mamat sombong ni.

"Assalamualaikum warahmatullah, Assalamualaikum warahmatullah."

Tangan Farel dia ambil lalu diciumnya.

Mereka sama-sama bangun. Sejadah dan songkok Farel letakkan di tempatnya semula.

Manakala Haura melipat kain telekungnya dan disimpan dalam almari.

Selepas menyimpan apa yang perlu, Farel merebahkan badannya di atas katil bilik Haura. Matanya dipejam.

Terasa disebelahnya sedikit tenggelam dia buka mata kembali membetulkan posisi tidurnya. Badan berbalik memandang Haura.

Dia mendepakan tangannya menyuruh Haura meletakkan kepala di lengan sasanya.

Haura hanya mengikuti. Arahan suami.

"Tidurlah."

"Tak mengantuk."

"Tutup mata."

Haura ikut arahan suaminya. Awalnya senyap lalu dengar suara Farel sedang mengalunkan ayat Al-Quran dengan merdu. Tenang yang dia rasakan.

Perlahan-lahan dia disambut mimpi saat terbuai dengan bacaan surah Al-Mulk oleh suaminya.

Farel menyelit rambut Haura yang menutupi wajah isterinya di belakang telinga.

Melihat Haura sudah tertidur polos, dia segera menghabiskan bacaan Al-Quran tersebut.

"Sodaqollahul adzim."

Dahi Haura dikucup ringkas.

Dahi Haura dikucup ringkas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now