43

19.3K 802 11
                                    

Sejak dari kejadian itu, 8 bulan sudah berlalu. Dan sekarang tiba masa untuk Haura melahirkan anaknya yang pertama.

Hatinya berdebar tidak usah dikata. Memang gugup. Dalam masa yang sama takut. Sepatutnya sebelum dia masuk ke bilik persalinan, dia akan berjumpa dengan suami terlebih dahulu tapi tidak untuk seorang Haura.

8 bulan berlalu tiada yang berubah. Hanya sama sahaja. Dia meneruskan hidup menjaga anaknya di rumah Mak Su selama 8 bulan.

Ya, sampai ke akhir Farel tetap tidak dapat menjejaki jejaknya. Di mana dia berada?

Tiada siapa yang tahu.

Haura mengusap perutnya yang sudah buncit. Jantina anaknya ini masih tidak diketahui. Anak dalam kandungannya sangatlah active kalau boleh ada je yang bergerak.

"Umi!" Gadis kecil yang berumur 5 tahun itu datang menghampiri Haura.

"Sayang....." Hana memeluk Haura.

"Umi, umi sakit ke? Perut Umi ada sakit-sakit ke?" Haura senyum. Selama 8 bulan ini, Hana yang menjadi salah satu yang sentiasa menjaganya.

Setiap hari datang ke biliknya mahu tidur sekali. Hubungannya dengan Hana rapat. Seperti seorang Ibu, dan anak perempuannya.

"Tak sakit pun. Ni kalau Umi tak ada lepas ni, Hana sayang tolong jaga anak umi ni boleh?"

"Umi nak pergi mana? Mana boleh, Umi kenalah jaga baby sama-sama dengan Hana."

Haura mengesat mutiara jernih yang jatuh membasahi pipi gebu Hana. Mutiara Hana berharga. Tidak layak jatuh padanya.

Hana memegang tangan Haura. Dicium tangan yang mengelusnya selalu itu berkali-kali.

Dia, tidak mahu kehilangan Haura.

Dia, sayangkan Haura layaknya seorang Ibu.

Haura itu seperti Ibunya.

Pintu bilik yang menempatkan Haura di hospital itu tiba-tiba dibuka dari luar. Kelihatan beberapa orang doktor dan beberapa pembantunya datang pada mereka.

"Puan Haura, sudah bersedia?"

Doktor perempuan itu ramah menyoal Haura bersama bibirnya senyum manis. Dia tahu, ini adalah kali pertama gadis ini bersalin.

"Sudah." Doktor itu senyum. Lalu mengarahkan pembantunya menolak katil Haura masuk ke dalam wad bersalin.

Sampai di dalam wad bersalin, Haura diletakkan di tempat untuk dia melahirkan anak pertamanya.

"Puan, kena dengar apa yang saya cakap. Kalau saya suruh teran, Puan teran ya." Beritahu doktor itu.

Haura mengangguk laju.

"Puan kena bertenang, jangan fikir banyak sangat. Setiap kali Puan teran, banyakkan beristighfar dan fikirkan tentang anak Puan ya."

Selesai menghabiskan ayatnya. Pembantu-pembantu doktor itu datang membawa  alat-alat yang perlu diguna oleh doktor itu.

Semua kelihatan sudah bersedia.

"Baiklah, dengan lafaz bissmillahirrahhmannirrahim." Mata Haura terkebil-kebil. Dia kemudiannya menarik nafasnya dalam dan menghembusnya tercungap-cungap.

Lafaz bissmillah meniti di bibirnya.

"Sedia Puan? Okay, satu, dua, tiga teran!" Arah doktor itu lantang. Bergema suaranya di ruangan itu.

Haura mengatur nafasnya berat. Air mata kesakitan perlahan-lahan turun membasahi wajah jelitanya. "Abang......
Sakit....Allahuakbar...

Haura menerannya kuat. Dia menggigit bibir bawahnya. Sakit.

"Sikit lagi Puan! Nampak kepala dah! Teran lagi!"

"Arghhh!" Serentak dengan teriakan Haura, kedengaran bayi menangis memenuhi ruang itu. Anak Farel dan Haura selamat dilahirkan. Seorang bayi yang berjantina perempuan.

Mutiara jernih Haura jatuh bertitik-titik.
Tangisan kegembiraan. Anak pertamanya selamat dilahirkan. Pada saat itu juga, bayangan suaminya Farel memenuhi kornea Iris mata coklatnya.

Dia, rindukan Farel.

My Precious.

K-kita...rindu...abang..

Adalyn Hasya binti Adrel Farel.
Itu pilihan namanya.

Doktor perempuan tadi menyerahkan si kecil itu pada ibunya. Haura dengan lemahnya menyambut. Wajah anak perempuannya dia pandang. Lalu diciumnya.

Ini, adalah anaknya.

A-abang, anak kita.....

Dan setelah itu mata Haura tertutup rapat. Pandangannya juga sudah gelap.

Doktor itu yang menyedari perubahan Haura lantas menepuk bahu Haura apabila melihat keadaan wanita itu.

"Puan? Puan?"

Hasya yang ada di dalam pangkuan ibunya itu menangis.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now