04

24.2K 1.2K 32
                                    

Selesai sahaja Haura menunaikan solat fardu subuh, Haura terus menyandarkan badanya di kepala katil.

Hatinya dari tadi tidak tenang. Rasa gelisah.

Dia menguap perlahan. Rasa mengantuk makin menebal dalam diri. Salah dia juga kerana tidur lambat. Salah satu sebab dia tidur lambat kerana rasa sebersalahnya pada Yang Maha Esa.

Dia rasa sebersalah kerana terlalu lalai dengan dunia yang hanya sementara ini.

Selepas solat Maghrib semalam, Ain terus mengajarnya tentang solat. Walaupun awalnya dia tidak faham, tapi lama kelamaan akan faham juga.

Tapi berbagai persoalan yang bermain di mindanya

Adakah Allah akan menerima taubatnya?

Adakah Allah akan memaafkannya yang sudah melupakan hampir semua tentang Islam?

Haura teringat tentang apa yang terjadi bertahun-tahun yang lalu. Pada waktu yang sama juga dia dan ibu bapanya sama-sama menunaikan solat fardu subuh berjemaah.

Saat itu dia gembira. Kerana ada Ibu Bapa disisi. Tapi lain pula harini. Dia berseorangan. Kini dia ialah Haura Iryana. Seorang Anak yatim piatu.

Jika dahulu, Mama dan Papa akan menasihati dirinya jika dia buat kesalahan. Tapi sekarang tiada lagi Mama Papa yang akan menasihatinya.

Dan saat dia sudah tumbuh menjadi seorang wanita dewasa, Allah hadirkan Ain untuk menjadi keluarganya walaupun tidak lahir dari rahim yang sama.

Apabila dia sudah kembali pada jalan yang benar, di situlah dia tahu yang hati manusia itu kosong saat tiada Allah dalam hatinya.

Tidak rugi jika taat pada Allah, kerna Allah tidak sama dengan manusia yang menabur janji kosong. Janji Allah itu semuanya benar belaka.

Dan ingatlah kepada-ku dan aku juga akan ingat kepada-mu. Bersyukurlah kepada-ku dan janganlah kamu ingkar kepada-ku.
(2:152)

Tok Tok Tok

Bunyi ketukan pintu menyentakkan Haura yang baru mahu melelapkan matanya.

Dengan malas Haura bangun dari pembaringan membuka pintu untuk Ain.

Haura memulas tombol pintu biliknya dan terpampang jelas wajah kawan baiknya yang sedang terukir senyuman manis.

"Nak pergi mana?"

"Kerja. Haura, nanti kita pergi makan tengah hari sama-sama boleh? Ke you ada nak pergi mana-mana?"

"Tak ada."

Bibir Ain naik mengukir senyuman.

"Kalau macam tu, nanti you datang tempat kerja I ya. Nanti I share location."

Haura mengangguk faham.

Setelah itu, mereka berdua turun ke bawah untuk bersarapan ala kadar dan Haura menghantar pemergian Ain hanya dengan ekor matanya.

Apabila Ain sudah pergi, Haura naik ke atas untuk membersihkan diri.


Enjen kereta dimatikan. Dia keluar dari perut kereta. Rambutnya yang berserabai dibetulkan supaya kemas.

His Precious WifeWhere stories live. Discover now