31

16.3K 795 9
                                    

Haura memandang kosong pada tingkap bilik stor yang ada di rumah agam ni. Ini sudah 2 hari berlalu sejak dia ditampar.

Pintu bilik stor itu tiba-tiba dibuka dari luar. Kelihatan Mak Ngah datang bersama dulang makanan. Dulang itu diletakkan di atas meja kecil tersebut.

"Aku nak kau makan. Nanti mati pulak."

Selesai melemparkan kata-kata benci pada Haura, dia keluar dari stor itu dan pintu stor dikunci.

Ya, dia dikurung.

Haura memandang kosong dulang makanan itu  berisi roti kosong gardenia yang sudah ada kulat dengan air mineral.

Sekejap sahaja, air matanya mulai jatuh bertitik. Haura mengusap perutnya, di dalam ini ada nyawa yang sedang membesar.

"Anak Umi.....kuat kan sayang? Anak Umi kena kuat sama-sama dengan Umi sampailah Abi balik tau."

Tangannya terketar-ketar mengenggam botol air mineral dan diminumnya bersama bacaan basmallah meniti di bibir.

Roti Gardenianya dia tolak jauh dari tempatnya. Roti itu sudahpun berkulat. Sudah tidak boleh dimakan.

Malam 2 hari yang lepas, Datin Zehra, Mak Ngah dan Melissa datang ke biliknya dan Farel menghalaunya keluar dari bilik tidur tersebut.

Dan dia diletakkan di dalam bilik stor secara paksa. Telefon juga mereka ambil. Hanya tinggal dia dan anak dalam perutnya sahaja.

Nak keluar pun tak boleh kerana mereka mengunci kemas pintu stor ini.

Haura rapatkan kakinya di dada, dagu disandarkan di atas lutut. Dalam kepalanya ralit memikirkan tentang jejaka itu.

Apakah dia baik-baik sahaja di sana?

"Lambat lagi ke aku boleh balik Nazryl?"
Farel merehatkan kepalanya di sofa di hadapan tv itu.

"Aku dah duduk sini selama 4 hari. Tak boleh ke aku nak balik awal?"

"Tak boleh. Kau kena cukupkan seminggu baru boleh balik."

Farel berdecit. Tak suka lama-lama dekat sini.

Dia rindukan Haura. Hidupnya kosong jika tiada Haura. Isterinya itu seperti bulan yang menyinari gelapnya malam.

Ya tuhan, dia rindukan gadis itu

Telefon mahal disebelahnya diambil dan dihidupkan. Mencari-cari nombor Haura di kenalannya. Jumpa, dia tekan. telefon ditekup di telinganya.

Lama dia menunggu Haura menjawab panggilannya, tapi gagal. Haura malah tidak menjawab tapi manusia lain yang menjawab.

"Mak Ngah, mana Haura?" Soal Farel saat Mak Ngah yang menjawab panggilan itu.

"Oh, haura tidur." Jawab Mak Ngah. Telefon Haura sekarang memang ada dengannya.

"Tak apalah kalau macam tu, nanti kalau dia bangun, suruh dia call Farel balik."

"In shaa allah."

Panggilan terputus. Niatnya yang mahu melepaskan rindu pada si isteri gagal saat Mak Ngah yang menjawab panggilannya.

"I miss you precious."

Berkali-kali Haura cuba menutup matanya, tapi gagal dia tidak boleh tidur. Tambahan dengan stor ini yang berhabuk, habis merah hidungnya.

Dia, rindukan Farel. Selalunya waktu sebegini Farel akan membacakannya surah Al Mulk sebelum tidur.

Mengingatkan tentang itu, mutiara mahalnya jatuh setitik.

"K-kita rindu abang, rindu nak dengar suara abang bacakan Haura Al Quran."

Terhinjut-hinjut bahunya kakinya dirapatkan di dada dan dipeluknya kemas.

Terhinjut-hinjut bahunya kakinya dirapatkan di dada dan dipeluknya kemas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


His Precious WifeWhere stories live. Discover now