18

20.2K 968 2
                                    

"Abang nak makan Nasi Goreng ke Mee goreng?" Tanya Haura. Senyum.

"Nasi Goreng."

Haura menyedokkan Nasi Goreng untuk Farel. Kemudian memberikan pinggan yang berisi Nasi Goreng kepada Suaminya.

Haura duduk di bersebelahan dengan suaminya lalu menikmati makanan yang dimasak Oleh dirinya pagi tadi.

"Sedap." Komen Farel setelah beberapa minit dirinya mendiamkan diri.

Haura menghembuskan nafas. Lega. Nasib baik kena dengan tekak Farel. Dan terima Kasih juga pada Rakan baiknya itu Ain. Kalau Ain tak ajar dirinya memasak mungkin sampai sekarang Haura takkan pandai memasak.

Sebaris nama itu membuatkan Haura merindukannya. Ain. Kawan baiknya dari sekolah menengah lagi. Kawan baik yang ada sewaktu ibu dan bapanya meninggal.

Sewaktu semua kawan-kawan di sekolah mengetahui ibu bapa Haura bukanlah orang yang baik, semua orang membuli dan memandang Haura dengan pandangan yang jijik.

Tapi bukan Ain. Ain masih lagi berkawan dengan Haura walaupun Ain tahu siapa ibu Bapa Haura. Haura sudah berhutang banyak dengan Ain.



"Abang boleh tak harini kita nak pergi kerja juga." Soal Haura.

Dari tadi lagi dirinya memujuk suaminya supaya memberi Haura pergi ke kerja. Tetapi Farel masih tetap dengan pendiriannya.

Iaitu

"Tak boleh ler precious."

Haura terdiam. Tak ada guna dah nak membantah, kalau pujuk pun dapat jawapan sama je. Terima je lah!

"Okaylah Haura duduk dekat rumah tunggu Abang balik!"

Nak tak nak kena terima

"Abang pergi dulu ya, nanti jangan lupa kunci pintu rumah."

Pesan Farel pada isterinya. Malam semalam, Farel terus membawa dia balik ke rumah mereka. Katanya dia tidak suka saat ada orang merendahkan Haura.

"Harini Abang balik Awal ke lewat?"

"Sayang nak Abang balik lewat ke awal?"

"Cuba teka."
Farel melepaskan tawanya. Saja mahu mengusik Haura. Comel pula dia marah.

"Ish, bagilah tahu."

"Awal lewat."

"Tak naklah kawan dengan Abang!" Beritahu Haura tegas. Main-main je dia ni.

Apa yang Haura lontarkan seperti Angin yang lalu. Farel buat pekak. Farel memeluk Haura kemudian merendahkan sedikit badannya kerana Ketinggian Haura hanya separas dada bidang Farel.

Mengucup perlahan dahi licin Haura dengan sayang. Haura tergamam dia ni tahu je cara nak bagi dirinya tak merajuk.

"Bye bye precious. Kalau rindu call. Ataupun datang office."

Farel menghulurkan tangannya, lalu Haura segera menangkap tangan kasar Farel mengucup perlahan.

"And lagi satu... abang balik awal." 

Haura senyum manis.

"Kita sayang abang!" Balas Haura malu-malu. Wajahnya sudah merah. Merah macam tomato.

"Tak jadilah nak pergi kerja. Nak duduk rumah manja-manja dengan sayang." Ujar Farel tiba-Tiba.

Kening Haura berkerut. Tiba-tiba je tak nak pergi kerja ni, Apa cerita? Haura memandang Farel, terbit senyuman nakal di bibir Farel. Ha! Dah keluar dah dia punya miang!

Sebelum Farel Cakap bukan-bukan, cepat-cepat Haura menolak tubuh tinggi Farel supaya masuk ke dalam kereta. Cepat-cepat pergi kerja lagi bagus!

"No! Abang kena pergi kerja. Dah lama Abang cuti. Kesian staff Abang, rindu Abang." Balas Haura. Risau kalau Farel cuti harini.

Farel melepaskan tawanya.
Farel menghidupkan enjen keretanya. Minyak ditekan. Kereta Mercedes-Benz meninggalkan kawasan Rumah Banglo itu.

Haura menghembuskan nafas. Lega. Merisaukan suaminya ni. Makin hari makin berjangkit dengan Virus Miang!
Memang kena cari Vaksin nak keluarkan virus Miang. Takut-takut nanti dirinya pula berjangkit.

 Takut-takut nanti dirinya pula berjangkit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now