36

18.2K 888 70
                                    

Pregnant test itu dia ambil. Mengenggamnya kemas menahan amarah dari meletus.

Dia perlukan penjelasan dari seseorang untuk menerangkan untuknya. Mesti ada sebab Haura lari. Ada sesuatu yang berlaku saat dia tiada di rumah.

Dan jika sampai Haura melarikan diri, semestinya benda itu sangat besar. Sesiapa yang menyakiti isterinya, dia tidak teragak-agak mahu membunuhnya.

Farel duduk di birai katil.

Ya tuhan, dia rindukan Haura. Dan tak sangka ini berita yang dia dapat saat sampai ke Malaysia. Memang dia gembira dengan kehamilan Haura, tapi tidak guna jika Haura tiada di sini.

Adakah ini ujian untuk dia?

Kembalikan Haura. Dia mahu memeluk gadis itu erat. Jika tahu benda ini akan terjadi, dia tidak akan pergi oustation.

Tapi ini semuanya sudah

Tertulis dalam takdir hidupnya.

Teringat tentang Datin Zehra, Farel bangun dari duduk. Datin Zehra pasti tahu tentang ini. Kali terakhir Haura telefon padanya ialah ketika dia mahu pergi ke rumah Datin Zehra.

Tanpa membuang masa lagi, dia memulakan perjalanan pergi ke rumah Datin Zehra.

"Eh Farel. Bila sampai?" Datin Zehra menghampiri anak lelakinya dan memeluknya.

Manakala Dato Nazri ada di belakang Datin Zehra.

"Haih, Farel mana Haura?" Dato Nazri menyoal anaknya. Pelik. Selalunya Farel akan bawa Haura bersama dengannya datang ke rumah ini.

Tapi, berbeza pula kali ini.

"Eh, abang ni. Biarlah dia tak bawa perempuan tu pun!" Datin Zehra memberitahu selamba membuat Farel menarik perhatiannya pada ayat Datin Zehra yang tidak begitu elok kedengaran.

"What are you saying? Say it again." Suruh Farel dingin. Rahangnya naik turun.

Ni sekor lagi.

"Betullah Mama cakap biarlah tak bawa perempuan tu pun. Dia bukannya anak Mama."

"Tapi dia menantu kau kan? Dia tu isteri aku. Baik kau jaga mulut celupar kau."

Farel membidas. Manakala Datin Zehra terkejut dengan perkataan yang Farel guna. Aku?

"Farel, sampai hati Farel cakap macam tu dekat Mama."

"Dan sampainya hati kau seksa bini aku!" Jerkahnya lantang. Bergema rumah agam itu dengan suara kasar Farel.

Tangannya dikepal sampai menimbulkan urat-urat hijau. Tidak tahan lagi Farel menolak tubuh Datin Zehra rapat ke dinding rumah mewah itu kasar.

Leher Datin Zehra dia cekik kuat.

"Farel!" Dato Nazri datang menjauhkan Farel dari Datin Zehra.

Sikap lama Farel sudah kembali.

Farel, yang panas baran.

Farel lepaskan Datin Zehra. Rambutnya diraup kasar. Dadanya turun naik menahan barannya yang makin lama makin marak.

Manakala Datin Zehra terbatuk-batuk mengatur pernafasa. Nasib baik Dato Nazri cepat menolongnya. Jika tidak, dia pasti sudah meninggal.

"Baik kau bagitahu aku apa yang kau buat pada Haura!"

Dato Nazri terkedu. Wajah isterinya dia pandang. Dia juga mahukan penjelasan.

"Mama hanya buat apa yang sepatutnya."

"Yang sepatutnya? Dengan seksa bini aku? Macam tu kau panggil yang sepatutnya? Mana rasa berperikemanusiaan kau?!"

Tuhan, tolonglah dia sudah hilang sabar dengan semua ini. Memang semua sangat suka sekat kebahagiannya.

"Farel! Jaga mulut bila cakap dengan Mama! Mama ni, mama kamu Farel! Syurga kamu bawah tapak kaki Mama!"

"Aku tak perlukan jawaban bodoh kau. Bagitahu aku kau buat apa dekat Haura?"

"Farel perlu tahu dulu siapa dia yang sebenarnya! Tengok ni."

Gambar itu dia tunjuk pada Farel. Dia yakin selepas ini Farel juga akan bencikan Haura.

Sama sepertinya.

Farel pandang gambar itu kosong.

"Kau ni bodoh ke? Dah terang-terang tu gambar orang edit. Yang kau bodoh sangat percaya tu dah kenapa?"

Datin Zehra terdiam. Gambar itu dia pandang lama. Tidak, dia tidak percayakan Farel. Farel mesti tipu. Dia percayakan Melissa. Melissa takkan menipunya.

"Kalau gambar tu betul sekalipun, aku tak kisah. Haura isteri aku. Aku kena terima segala kekurangan dan kelebihan dia."

"Apa yang kau buat dekat Haura, aku takkan maafkan sampailah kau sendiri pergu minta maaf dengan Haura."

"Kau bernasib baik sebab kau ibu aku. Kalau kau orang luar, memang mati aku kerjakan."

Setelah menghabiskan ayat itu, Farel pergi meninggalkan Datin Zehra dan Dato Nazri.

"Farel! Jangan pergi!" Panggilan Datin Zehra langsung dia tidak mempedulikannya.

Dia, mahu mencari Haura dan anaknya.

Dia, mahu mencari Haura dan anaknya

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.
His Precious WifeOù les histoires vivent. Découvrez maintenant