05

25.1K 1.2K 27
                                    

Selesai sahaja Farel menunaikan solat sunat Dhuha, Farel duduk bersila di atas sejadah, manakala tangannya memegang tasbih, untuk berzikir.

Untuk beberapa minit Farel berzikir sebelum dia bangun dari bersila. Bersiap pergi ke tempat kerja.

Farel menyarungkan baju kemeja berwarna putih dan seluar slack hitam. Dibetulkan sedikit rambutnya agar kelihatan kemas.

Kaki Dihayun menghampiri tempat terletaknya net tie. Tangan kekarnya mengambil net tie berwarna biru gelap.

"Mak su masak apa harini?" Farel duduk di atas kerusi mewah itu.

"Masak Nasi Goreng Cina."

Farel mengganguk kemudian Farel masuk ke dapur untuk membasuh tangan.

"Mak su, marilah makan sekali."

"Eh, tak apalah. Kamu tu makanlah."


Selesai dia makan tengah hari dengan Haura tadi, Ain memutuskan untuk pergi berjumpa dengan Eliani salah satu pekerja di situ.

Pintu kaca diketuk 3 kali dari Ain. Ain berdiri diam di situ menunggu izin Eliani.

"Hai babe!" Eliani bangun dari duduknya mempersilakan Ain untuk duduk.

Ain mengukir senyuman manis pada Eliani.

"I datang ni nak tanya you pasal jawatan kosong dekat sini. Ada?"

"Jawatan kosong? Kejap." Eliani bangun dari duduk fail syarikat yang terletak di almari itu dia ambil. Dan memeriksanya satu persatu.

"Ada. Kenapa you tanya? You nak jawatan ke?"

"Eh mana ada. Kawan I. Dia tengah cari kerja sekarang ni."

Eliani mengangguk faham.

"So you nak kawan you kerja dekat sini?"

"Yes."

"Of course can. Esok suruh kawan you datang jumpa I."

Ain sudah tersenyum gembira. Ni kalau Haura tahu, memang excited ni.

"Kalau macam tu I pergi dulu." Ain bangun dari duduk.

"Sorry kacau you."

"It's okay babe."


Jam sudah menunjukkan pukul 4:40 petang. Farel mengemas meja kerjanya lalu memutuskan untuk balik awal terlebih dahulu. Nanti jalan sesak.

"Tuan dah nak balik?"

"Ya. Nanti bagitahu staff-staff yang lain harini balik pukul 5." Jam di tangannya dikerling sekilas.

Ain mengangguk. Dan tanpa membuang masa Farel lantas beredar dari tempat tersebut.

Staff-staff yang mendengar berita itu, semuanya menjerit bahagia. Masing-masing mahu balik. Rindu rumah.

"Assalamualaikum." Farel menapak masuk ke dalam rumah agam itu.

"Waalaikummussalam warahmatullah."
Mak su keluar dari dapur bersama sudu besi utuh di tangan tuanya.

"Farel nak makan dulu atau nak mandi dulu?"

"Mandi dulu. Lepas Maghrib baru Farel turun makan."

Mak Su mengganguk perlahan. Farel terus menghayun kaki pergi ke bilik tidurnya. Mak Su menghantar pemergian Farel dengan ekor matanya.

Selepas sahaja Farel menunaikan Solat Maghrib, Farel mengambil Al-Quran, lalu membukanya bersama selawat meniti di bibir. Farel membaca surah Al Fatihah sebelum membaca surah Yassin, memandangkan malam ini ialah malam jumaat.

His Precious WifeTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang