16

21.4K 1K 32
                                    

Haura menggeliat kecil lalu membuka matanya. Sinar Matahari sewaktu pagi menembus kornea mata coklatnya.

Manakala di sebelahnya, ada suami yang kesayangan yang sedang nyenyak tidur.

Haura bangun memerhati wajah kacak Farel. Lama. Mula dari kening lebatnya lalu turun ke hidung, sampailah di bibir.

Tangannya mengelus lembut pipi itu.
Senyuman manis dia ukir.

Dan senyumannya mati saat teringat tentang perbualannya dengan Farel semalam. Disebabkan sakit hati masih tersisa, terus dia bangun dari pembaringan.

Baru sahaja mahu pergi, tangan halusnya direntap oleh Farel yang menyebabkan dia terduduk kembali di atas katil.

Laju kepalanya menoleh ke belakang. Memandang Farel dengan pandangan tajam. Tidak suka Farel buat macam tu padanya.

"Lepaslah!"

Farel tanpa kata dia tarik Haura sampai selamat berbaring di sebelahnya. Apabila Haura mahu pergi, segera Farel memeluk kemas pinggang Haura.

Wajahnya direhatkan di leher jinjang Haura. Menyedut bau wangi isterinya.

Haura membiarkannya. Tidak guna lagi.

"Kuis lah kasih sayang." Minta Farel.

Haura mengerut keningnya. Kenapa Farel sangat lain hari ini ya.

"Tak nak." Tetap dengan pendiriannya yang mahu merajuk.

"Gurau je." Farel bermain-main dengan rambut lembut Haura.

"Kalau nak Haura maafkan, bagi tahu dulu yang pasal semalam tu!"

"Boleh, tapi jangan pengsan ya." Pesan Farel. Bibir naik senyum senget.

"Iyaaa."

Farel kemudiannya mendekatkan bibirnya di cuping telinga isterinya, kemudian dia berbisik sesuatu

Yang akan membuat Haura menjadi tomato

"I love you my precious."

DANG

Dan seperti yang Farel bilang, jantungnya naik menggila mendengar ucapan Farel.

Ha sudah. Berdebar tu jangan disebut memang berdebar sangat ya. Serangan jantung datang bertubi-tubi.

Sumpah memang rasa nak pengsan!

Seperti yang Farel jangka, Haura sudah menjadi tomato. Alahai comel isterinya ni.

"Bye abang nak mandi." Pipi Haura dicium ringkas.

Makin membahang wajah gadis itu. Farel kemudiannya bersiul nakal. Suka melihat wajah comel si isteri.

"Dah siap?" Badan dia sandar di pintu bilik mereka.

"Okay dah!" Balas Haura kemudian memusingkan tubuhnya menghadap sang suami yang dari tadi menantinya yang sedang bersiap.

Farel memegang tudung shawl Haura kemudian menariknya ke bawah sedikit supaya menutup dada.

"Aurat sayang."
Mata Hazel menilik cara pemakaian Haura harini. Sopan seperti biasanya.

Haura mengangguk faham. Selepas ini, dia perlu meneliti betul-betul cara pemakaiannya.

Setelah puas hati menilik cara pemakaian Haura, mereka berdua keluar dari bilik tidur itu.

"Bawa kereta elok-elok tu Farel!" Ujar Tok Ma memesan pada Farel.

Farel mengangguk dan memberi senyuman manis.

"Kami gerak dulu ya, Assalamualaikum Nenek."

Farel membukakan pintu untuk Haura, enjen kereta dihidupkan minyak ditekan. Sempat lagi Farel menekan Hon kereta sebelum meninggalkan kawasan rumah Puan Halimah dan Encik Rosli.

"Sampai dah menantu Mama." Datin Zehra terus memeluk menantunya.

Gembira akhirnya menantunya sudah selamat sampai ke rumah. Sekarang Haura dan Farel akan sambung pula tinggal di rumah agam Datin Zehra selama 2 hari.

"Ni Haura ada bawa keropok lekor dari kelantan untuk Mama." Plastik yang berisi keropok lekor itu diberi pada Datin Zehra.

Datin Zehra pantas menyambut buah tangan menantunya.

"Tahu-tahu je mama suka."

"Eh jomlah masuk." Datin Zehra mengiringi Haura masuk ke dalam rumah.

Manakala Farel diabaikan. Farel menggeleng. Sejak dia Mama dapat menantu, dia secara automatik akan jadi anak angkat.

Nasib baik sayang

Nasib baik sayang

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.
His Precious WifeOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz