39

18.3K 870 8
                                    

"Kau buat apa dekat Malaysia?" Teh o ais itu diminum seuisai bertanya.


"Cari seseorang." Balas Heinz ringkas.

"Siapa?" Soal Farel.

Sangat aneh jika Heinz mencari seseorang. Selalunya dia akan upah anak buah dia je. Ni kalau si Heinz buat sendiri, mesti orang penting.

"Kau tunggu aku jemput je rel." Balasnya mudah.

Farel mengangguk. Malas mahu bertanya lebih-lebih. Bukan urusan dia. Dari sibuk dengan urusan orang lain, baik dia cari keberadaan Haura.

"Your old personality is back."  Heinz menyambutnya mesra.

Dia sudah lama memgenali Farel. Farel yang dikenali seorang yang panas baran.

Cerita lama.

"Mereka yang tarik aku untuk keluar. Sekarang terimalah." Sejurus itu Farel senyum.


Setelah itu mereka senyap. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

"Budak-budak ni selalu ke, datang rumah Mak Su?" Soal Haura. Sejak dia sampai ke rumah ini, kanak-kanak ini datang ke rumah Mak Su setiap kali petang.

"Selalu kalau Mak Su ada."

Haura angguk. Dia juga suka dengan kehadiran kanak-kanak itu. Boleh juga kandungannya dengar suara kanak-kanak bermain di sini.

Sibuk melayan perasaan sendiri, ada seorang budak perempuan datang ke arah Haura.

"Hai kakak!" Tegur anak kecil itu pada Haura. Tak silap namanya Hana. Nama yang indah seperti tuannya.

"Hai, hana kan?" Soal Haura ragu-ragu. Tak tahulah betul ke tak namanya tu.

"Ya! Kakak dalam ni, ada baby ke?"

"Ada....Hana sayang nak pegang?"

Hana yang mendengarnya terus angguk ceria. Dia tak pernah pegang baby semasa dalam perut. Perlahan-lahan tangan kecil gadis itu mengusap-usap permukaan perut Haura yang sudah mula membentuk.

Haura senyum.

"Baby kata, dia sukalah bila kakak Hana usap dia." Mendengar sahaja ayat Haura, Hana tersenyum. Teruja.

"Betul ke kakak?"

"Ya sayang." Setelah itu Hana senyum menampakkan kedua-dua lesung pipit comelnya.


"Eh comelnya lesung Hana." Puji Haura. Teringat pula pada Farel yang turut ada lesung pipit persis Hana.

"Hah? Lesung? Apa tu?" Melihat wajah keliru Hana, Haura melepaskan tawanya.

"Sayang, ni dipanggil lesung pipit."

"Oh..."

Pipi gebu Hana, Haura cubit gemas.

"Kakak, kalau Hana panggil kakak, Umi boleh?"

"Kenapa nak panggil kakak Umi?"

"Sebab...Hana tak ada Umi." Jatuh kasihan Haura pada anak kecil ini. Dia masih lagi kanak-kanak tapi ibunya sudah tiada.

"Boleh sayang. Panggillah."

Mendengar balasan Haura, Hana senyum lagi.

"Umi, ada Abi? Kalau Umi ada abi, boleh tak Hana nak panggil dia abi juga?"

Wajah Farel berlayar di fikirannya. Haura senyum.

Pahit.

"Ada....suatu hari nanti, Abi akan datang sini. Dan kalau Abi datang, Hana boleh panggil dia sebagai Abi."

Kepala Hana, Haura elus lembut.

Ya, suatu hari nanti Abi akan datang jumpa Hana.

"Jumpa?"

Anak bawahannya menggeleng. Dia sudah mencari isteri tuannya itu di merata tempat tapi langsung tidak ditemui.

Farel meraup rambutnya kasar. Mereka memang tidak mahu Farel berjumpa langsung dengan Haura. Bahkan disaat Farel menelefon juga langsung tidak diangkat.

"Keluar." Anak bawahannya keluar dari bilik itu.

Farel melangkah ke arah balkoni bilik tidurnya dengan Haura. Udara pada malam itu, dia pandang lama.

Ini adalah tempat kegemaran Haura. Haura sukakan tempat ini. Setiap hari Haura akan berdiri di sini menatap bulan dan bintang.

Katanya, dia rasa tenang saat menikmati salah satu ciptaan Allah yang indah ini.

Farel memejam matanya rapat. Air matanya turun saat teringat tentang memorinya dengan Haura beberapa bulan yang lepas.

"Buat apa?" Farel datang memeluk Haura dari belakang.

"Menikmati salah satu ciptaan Allah yang saya suka." Farel turut memandang ke arah mata Haura tuju.

Isterinya itu menatap bulan dan bintang. Yang bersinar di langit malam.

"Precious suka?" Soal Farel. Tangannya mengelus perut Haura.

"Suka!"

"Kalau ciptaan Allah yang ni tak nak tengok?"

Haura berpaling. Badan menghadap Farel yang memandangnya lembut. Akibat ditiup angin, rambut suaminya itu terlihat sedikit serabai.

"Kalau yang ni, setiap hari setiap tahun saya nak tengok." Wajah Farel dia usap turun ke dada.

"You make me more afraid of losing you precious."

"I'm sorry, If One day I'm not by your side anymore."

"If it really happens, let's meet in the next life my husband."

Setelah menghabiskan ayatnya, tangannya melingkar di leher Farel dan tubuh tinggi Farel dia peluk kemas.

Hidungnya menyentuh leher Farel.

Farel membuka matanya.

"Really I'm said. I miss you my precious."

"And I can't live without you at my life."

Ignore comment² yang ada di bab ini atau yang sebelum ni atau yang akan datang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ignore comment² yang ada di bab ini atau yang sebelum ni atau yang akan datang.

Kerana itu adalah version yang lama. Harap maklum. Thank you.

His Precious WifeWhere stories live. Discover now