19

19.5K 991 28
                                    

Beberapa jam selepas menghantar pemergian Farel, Haura merehatkan kepalanya pada sofa empuk di rumahnya.

Kepala ralit memikir tentang semalam. Dia sangat yakin yang Mak Ngah tidak menyukainya. Haih, baru je kenal dah tak suka.

Memang tak ada niat nak kenal hati budi masing-masing ke?

Nafasnya dihembus kasar. Nasiblah Haura. Tu pun nasib baik Allah bagi mak mertua yang baik.

Bosan. Ya Bosan! Ni lah salah satu sebab dirinya nak pergi kerja. Sebab Bosan duduk rumah, tak tahu nak buat apa, nak kemas pun rumah dah bersih.

Sedang sibuk dirinya memikir tentang apa yang akan dia lakukan pada Harini, ada satu notifikasi muncul di telefon bimbitnya.

Husband☁️

Sayang tengah buat apa?

Haura senyum. Kemudian menjawab mesej itu.

You

Tengah tengok tv. Sambil-sambil tunggu Abang balik.

Farel senyum. Terubat sedikit rindunya pada sang isteri.


Husband☁️

Rindu abang tak?

Me

Kita rindu kasih sayang husband.

Farel senyum. Balik nanti dia nak peluk Haura puas-puas. Baru beberapa jam dia pergi kerja, dah rindu macam ni.

Kalaulah Haura tak ada depan mata dia, agak-agaknya boleh gila.

Selepas sahaja dia bermesej-mesej dengan Farel, dia terus pergi menunaikan solat Asar.

Selesai solat Asar,  Haura mengaji surah Al-Rahman. Berhenti seketika dengan aktiviti dunia. Mahu meluangkan masa pada yang maha Esa.

Surah Al-Rahman dibaca dengan kusyuk dan syahdu. Berkat Suaminya sentiasa meminta Haura mengaji setiap pagi dan malam, lama-kelamaan Bacaan Haura menjadi lancar.

Sama juga dengan bacaan dalam solat dulu dirinya tidak ingat bacaan dalam solat, tetapi berkat Ain yang tidak pernah berputus asa mengajar, Haura ingat bacaan dalam solat.

Solat ini ialah tiang. Jika tiang kita runtuh, maka runtuh jugalah agama dan akhlak kita.

Masuk sahaja dalam rumah agam miliknya, bau masakan dari isterinya menusuk rongga hidung.

Terus dia menapak ke arah ruangan dapur. Terlihat Haura sedang berperang dengan dapur.

Diam-diam lengan kekar Farel melingkar di pinggang ramping Haura. Hidung disembam di leher jinjang Haura.

Tempat kesukaannya.

Tubuh Haura mengeras. Kerja-kerja memotong terus terhenti.

Awalnya Haura mahu menolak tubuh lelaki yang memeluknya dari belakang ini tapi, bau minyak wangi yang dipakai oleh lelaki itu membuatkan Haura membatalkan niatnya.

Farel meletakkan kepalanya pada Bahu kanan Haura.


"Ada orang tu kata dia rindu abang."

Haura berbalik. Leher Farel dirangkulnya mesra. Dan tangan Farel juga Haura ambil dan menciumnya.

Farel membalas upah Haura dengan mengucup dahi licin isterinya.

Selesai itu, Haura menyambung memasak. Farel pula menyandarkan tubuhnya di kabinet dapur. Memerhati tingkah laku Haura penuh minat.

"Masak apa?"

"Kari Ikan. Abang pergilah mandi dulu, nanti dah siap Haura panggil abang."


"Nak sayang teman."

Berkerut pelipis dahi Haura. Teman apa kejadah pula ni.

"Teman pergi mana?"

"Mandi." Sejurus menghabiskan ayatnya, dapur gas Farel tutup dan dirangkulnya Haura untuk naik ke atas.


"Tak nak!" Ibu jari Farel Haura gigit dengan gigi kuatnya.

Apabila rangkulan Farel kian longgar, terus dia berlari meninggalkan Farel yang menahan sakit

Satu je matlamat Haura sekarang ni, iaitu Lari! Ya lari kalau tak lari habislah dia!

Baru je mandi tadi!

Farel segera mengejar langkah kaki Haura. Mereka berdua berkejaran di sekeliling rumah banglo.

Sekarang Haura mahu berlari masuk ke dalam bilik tetamu. Langkah kaki haura makin laju takut jika Farel dapat menyaingi langkah kakinya.

Sambil-sambil itu kepalanya toleh ke belakang takut jika Farel dapat memotong lariannya.

Bilik Tetamu dituju, kebetulan pintu bilik tetamu terbuka. Ya terbuka luas untuk Haura masuk, senanglah kerja dia!

Haura segera masuk  di bilik itu dengan cepat, tapi nasibnya sangat malang harini kerana baru sahaja dia  mahu menutup pintu ada satu tangan kekar yang menghalang Haura dari menutup pintu bilik.

PAP!

Farel memegang pintu bilik lalu menolaknya kuat membuatkan tubuh Haura kebelakang.

Disebabkan kekuatan yang dimiliki oleh suaminya boleh tahan, semestilah pintu bilik itu terbuka luas untuk Farel masuk.

Okay tak ada jalan keluar dah untuk Haura lari! Farel menghampiri Haura sedikit Demi sedikit.

Manakala Kaki Haura tidak henti kebelakang sampailah kakinya bertemu dinding.

Tiada lagi peluang untuknya menang

Dah terlambat

Farel meletakkan Tangannya di dinding mengunci pergerakan Haura. Okay tak boleh nak lari dah!

"My Precious Wife.....you are mine."

Farel menggesel hidung mancungnya dengan hidung Haura.

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।
His Precious Wifeजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें