46

31K 926 94
                                    

Play the song🎶

Haura datang menghampiri Farel dengan senyuman tidak lekang dari bibir pinknya.

Pipi Farel dia sentuh dan diusapnya perlahan. Wajah kacak suaminya memenuhi kornea mata Haura.

"Precious."

"Ya abang. Abang rindu kita tak?" Soalan pertama yang keluar dari bibir Haura. Soalan yang sentiasa dia tanya pada Farel.

"Rindu. Rindu sangat-sangat." Farel mendakap tubuh kecil Haura masuk ke dalam pelukannya.

Isterinya cantik dengan abaya berwarna putih bersih. Wajah gadis itu tidak usah dikata, memang bercahaya dan kelihatan gembira. Seperti tiada masalah yang menimpa.

Tanpa dia sedar, air matanya jatuh membasahi pipi.

"Abang, janganlah menangis." Air mata Farel dikesatnya.

Farel memegang tangan isterinya dan telapak tangan yang lembut itu diciumnya lama.

"Abang jaga diri tau. Janganlah sedih selalu macam ni. Abang ingat Haura tak tahu ke yang abang ni hidup kalah orang bujang. Orang bujang pun tak macam abang ya-

Belum sempat dia mahu menghabiskan ayatnya, Farel sudah meletakkan jari telunjuknya pada bibir Haura.

"Dah lah membebel sayang. Kita manja-manja lah pulak."

Farel kemudiannya merehatkan kepalanya di atas riba Haura. Wajah dipalingkan menghadap perut Haura.

Perut Haura diciumnya. Perut yang membawa anaknya selama 8 bulan.

"Sorry, waktu sayang lahirkan Hasya abang tak ada. I'm sorry. Bahkan waktu sayang mengandung pun abang tak ada."

Beritahu Farel kesal. Kesal dengan diri sendiri.

"Abang memang seorang ayah yang tak guna kan precious?"

"Siapa cakap? Abang adalah suami dan ayah yang terbaik untuk Haura dan Hasya."

Sangkal Haura. Tidak dia tidak setuju dengan kata-kata Farel yang merendahkan diri sendiri.

"Betul, abang suami tak guna. Tengok apa yang jadi? Semuanya sebab abang. Salah abang tinggalkan Haura."

Mutiara berharga jatuh. Farel menyalahkan diri sendiri tentang apa yang berlaku.

"Janganlah cakap macam tu....Berhenti salahkan diri sendiri. Semua ni sudah tertulis untuk kita. Memang begini pengakhiran kita dekat sini. Abang tak boleh nak salahkan diri sendiri."

"Please, comeback to me My Precious. I can't live without you."

Haura memegang wajah Farel. Farel yang tadinya berbaring bangun dari pembaringan duduk bersila menghadap Haura dan Haura juga sama.

"Meeting you is the best chapter that I have been through. Thank you for all your love you give to me."

"Find someone who can be your angel better than me."

Beritahu Haura sebak. Air matanya sudah keluar laju tidak mahu henti.

"I don't want anyone else. You are the only one who can be my angel. You and hasya."

Haura mendekatkan wajahnya dengan Farel. Didekatkan sampai hujung hidungnya menyentuh hidung mancung Farel.

Farel kemudiannya menggesel hidungnya pada hidung Haura lembut.

"Haura tunggu abang dekat sana."

"Demi Allah, Tidak ada satu hari pun Abang tak bahagia bila bersama dengan Haura. Terima kasih kerana bertahan sampai ke akhir. Terima kasih."

"Forever you will be my precious wife."

Haura senyum mendengar ucapan Farel. Dia suka.

Farel menutup matanya dan dia mendekatkan bibirnya pada dahi Haura dan dikucupnya dahi Haura.

Lama.

Buka sahaja mata, tiada lagi Haura di depannya. Tiada lagi Haura Iryana. Tiada lagi senyuman manis bidadarinya.

Ya, gadis itu sudah pergi.

Buat selama-lamanya dan tidak akan pernah kembali.

"Till we meet again. Let's meet in the next life."

"Abi? Abi!" Hasya menggoncang kuat tubuh abinya yang tidak bangun.

Geramnyalah. Dari tadi dia kejut tak bangun-bangun memang kena ajak uncle Heinz untuk kejut abi.

Hasya mendekatkan bibirnya pada telinga Farel lalu dia menjerit kuat.

"Abii!!!"

Dan Farel terus bangun terkebil-kebil dia pandang pula Hasya yang sudah bercekak pinggang memandangnya bersama wajah yang.... comel

"Kenapa ni?"

"Ish, abi ni tak nak kawan abi!" Hasya terus bangun meninggalkan Farel di situ. Malas dia layan. Sebab Farellah dia terlepas tengok cerita upi ipin tadi.

Dia berlari anak-anak pergi duduk di atas sofa. Nak tengok tv lah!

Selesai sahaja Farel membersihkan diri, ruangan bilik tidurnya itu dipandang lama.

Bayang-bayang Haura masih segar di sini. Farel mendekati gambarnya dengan Haura diusapnya.

And if we meet again, I promise I will never let you go.

Teringat tentang Hasya yang berseorangan di bawah, terus Farel meletakkan kembali gambar itu dan kaki melangkah turun ke ruang tamu.

Kelihatan anak perempuannya, sedang menari. Ke kiri dan ke kanan pusing-pusing.

Terasa dia diperhatikan, Hasya berbalik wajah abinya menghiasi iris mata hazelnya.

Farel senyum lalu baru sahaja mahu menghampiri Hasya,

Hasya memberi amaran.

"Stop! Jangan dekat-dekat. Kita tak naklah kawan abi!"

Farel tetap mendekat. Tidak peduli dengan amaran anaknya. Tubuh kecil Hasya, Farel angkat dan diciumnya pipi Hasya berkali-kali.

"Hahahahaha abi. Dah dah tak nak dah. Tak merajuk dah."

"Promise?"

"Promise."

Adalyn Hasya. Bidadari kecil yang Haura titipkan padanya. Bidadari yang Haura memintanya untuk menjaga dan membesarkanya dengan islam di hatinya.

Haura Iryana
Nama yang akan selalu dia sebut. Bahkan saat dia tidur. Sebaris nama yang dirindui oleh Penduduk Bumi.

Wanita yang awalnya pendosa, berhijrah ke arah yang lebih baik.

Wanita yang terus menyambut hidayah yang Allah hulur padanya.

Wanita yang berusaha merubah dirinya ke jalan yang baik.

Dia adalah Wanita yang ditunggu-tunggu oleh Penduduk Langit.

"There are any number of women in this world, I was still choose you as my Precious Wife."

Inilah dia kisah cinta Adrel Farel dan Haura Iryana.

This story has come to an end, but their love story will last forever.


∘ * ∘ THE END ゚ུ ུ ུ

⋆ ┈。゚ FOREVER FAREL'S ゚ུ。⋆

His Precious WifeWhere stories live. Discover now