32

16.5K 798 45
                                    

Haura mengusap perutnya yang sakit. Semalam dia dipaksa oleh Melissa untuk makan juga roti berkulat itu.

Bangun pada pagi ini, perutnya terus sakit. Tak tahu kenapa. Dalam kepalanya hanya memikirkan tentang keselamatan bayi dalam kandungan.

Mahu melawan juga tidak boleh jika energinya sudah habis. Makin ditahan, makin bertambah sakit perutnya itu

Haura memejam matanya erat menahan sakit.

"Anak Umi, bertahan sikit lagi please.."

Berkali-kali Haura memberitahu kandungannya. Dalam hati tidak bosan berdoa pada Allah untuk selamatkan anaknya dan Farel.

"I-ini adalah anak pertama kami, tolong berikan aku peluang untuk mengkhabarkan berita gembira ini pada  ayahnya."

"Sayang Umi, kena kuat untuk Umi. Tolong kuat untuk Umi. Sayang kena bertahan sama-sama dengan Umi sampailah semua ini berakhir."

Air matanya berjuraian keluar. Dadanya ditepuk berkali-kali memberi semangat pada diri sendiri.

Bersama perutnya yang masih sakit, Haura perlahan-lahan bangun dari duduk.

Dia menapak ke arah pintu stor yang dikunci dari luar itu, lalu dia mengetuk pintu itu dari dalam. Kuat kuat

Sambil menjerit supaya sesiapa dalam rumah itu mendengar panggilannya.

Sampailah ada seseorang yang membukakannya untuk Haura. Dan orang itu ialah

Mak su

"Puan muda okay?" Mak su menyoal risau. Tubuh Haura dia dibeleknya berkali-kali. Betapa kejamnya manusia-manusia itu menghina dan menghukum Haura sampai sebegini rupa.

"M-mak su...." air matanya bertambah lebat saat ada juga orang yang memperdulikan dia.

"P-puan muda, puan muda okay tak ni?"

"S-sakit Mak su." Perutnya dia pegang menandakan yang dia sakit di situ. Baju yang dipakai dia cengkam kuat.

Dia tidak boleh menahan sakit di perutnya lagi. Ini terlalu berat untuknya.

Tolonglah, dia tidak sekuat Mamanya yang dapat bertahan walaupun sentiasa dihina oleh orang sekeliling.

Dia tidak sekuat itu.

"Puan Mu-

Belum sempat Mak Su menghabiskan ayatnya, Haura sudah pengsan menyembah bumi.

Sampai ke akhir, dia bukanlah seorang wanita yang kuat. Yang mampu boleh menahan kejamnya manusia.

Mak Su, mengangkat kepala Haura diletakkan di aras ribanya.  Kebetulan Pak Jalil yang merupakan suami Mak Su sedang lalu lalang di situ, mendengar sahaja suara jeritan isterinya, dia terus datang kemari.

"Kenapa ni?!"

"Abang tolong Puan Muda abang."  Baru sahaja Pak Jalil mahu mengangkat Haura untuk dibawa ke hospital, seseorang menghalang.

"Tak payah!"  Dengan lagak bosnya, Melissa datang mengahalang Pak Jalil dan Mak Su untuk membawa Haura ke hospital.

"Tapi Cik Melissa, Puan Muda sakit."

"I kata tak payah kan? You  tak faham bahasa ke apa?!" Jerkahnya kuat.


Mak Su masih lagi tidak berputus asa, dia tekat untuk membawa juga Haura ke hospital.

Melihat sikap Mak Su yang memang tidak mahu mendengar kata, Melissa menghampiri wanita tua itu lalu

PANG!

PANG!

Pipi kanan Mak Su ditampar oleh Melissa dengan tidak ada adabnya. Mak Su terkedu. Wajah sinis Melissa dia pandang.

Wanita ini sudah makin kelamaan makin melampau sampaikan adab bersama orang yang lebih tua juga dia langgar begitu sahaja.

Sungguh, selama dia hidup di dunia ini, ini adalah kali pertama dia melihat ada manusia sekejam Melissa.

Kejam itu bukan kerana menamparnya, tapi kerana sanggup menghukum Haura hanya sebab mahukan Farel.

"Apakah kamu tahu Melissa? Jika Farel tahu apa yang sudah kamu lakukan terhadap Haura, kamu rasa dia akan terima kamu menjadi isterinya?"

"Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri yang Farel begitu mencintai Haura."

"And kalau dia tahu yang pelacur ni, rupa-rupanya pernah tidur dengan orang lain agak-agaknya dia masih sayangkan Haura ke?"

Melissa menyoal sinis.

"Farel seorang yang berilmu. Jika benar sekalipun, dia takkan buat macam tu pada isterinya seperti yang kamu buat. Manusia itu tidak layak menghukum manusia lain. Hanya Allah sahaja yang layak."

"Who cares about Allah? Aku tak percayakan Tuhan jadi, buat apa aku kena ikut?"

"Astaghfirullah hal adzim. Semoga terdetik dalam hatimu untuk berubah Melissa, kamu sudah terlalu jauh dengan Pencipta Mu."

Mak Su dan Pak Jalil membawa Haura keluar dari rumah agam itu. Melissa yang menjerit seperti orang gila itu, dia buat tidak wujud.

Nyawa Haura lagi penting.

Nyawa Haura lagi penting

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now