03

24.2K 1.4K 18
                                    

"Haura! Kenapa ni? Kenapa dengan baju you?" Ain terus membawa masuk Haura ke dalam rumah sewa mereka.

"I call you tak jawab. Risau tahu tak?"

"Sorry telefon I habis battery." Tipunya. Saat sampai di rumah tadi, baru dia sedar yang telefonnya terjatuh dekat lorong tu.

Nak minta tolong Nazryl untuk patah balik pun tak ada guna dah. Jejaka itu sudah pun pergi selesai saja menghantarnya.

"Tak apa. Yang penting you selamat. Tapi kenapa dengan bibir ni."

"Sebenarnya tadi I hampir kena....." Malu mahu menyambung Haura membuka coat Farel yang menutupi bajunya yang terkoyak tadi.

Ain membulatkan matanya.

"Haura, macam mana boleh jadi macam ni." Terkejut dia melihat keadaan baju Haura.

"I okay. Jangan risau. Ada orang tolong I. Mereka tak sempat buat apa pun." Terangnya. Jika dia tidak lari, mesti hidupnya akan musnah.

Syukur maruahnya masih terpelihara.


"Lepas apa yang jadi, you masih nak kekalkan ke pakaian macam ni?" Ain menyoal.

Punca utama para lelaki itu makin berani kerana pakaian Haura yang terbuka sana sini.

"Haura, kalau you ubah cara pemakaian you, you akan rasa lebih selamat dari ni. Dan bila you pakai pakaian yang tidak menutup aurat you sempurna, akan menarik perhatian kaum lelaki. Contohnya macam lelaki yang.....tadi."

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang lelaki." Ain menyambung.

Sudah banyak kali dia menegur Haura tentang ini tetapi Haura bersikeras mahu mengekalkan pakaiannya yang ini.

Dia sendiri juga takut jika suatu hari nanti dia tidak dapat masuk syurga bersama-sama dengan Haura. Dia mahu Haura juga turut merasa betapa manisnya saat kita taat pada Allah.

"Sama juga dengan rambut." Rambut cantik Haura disentuh

"Memang betul rambut adalah mahkota seorang wanita, tetapi sebuah mahkota, tak semua orang boleh melihat dan memilikinya. Tutuplah rambutmu dengan hijab sebab itu adalah cara untuk melindungi mahkotamu agar tak menyeret kita ke Neraka."

Haura senyum tipis. Betul dengan apa yang Ain katakan. Sepatutnya dia perlu menjaga aurat dan mahkotanya baik-baik tetapi apa yang dia buat?

Dia tidak pernah menutup aurat. Dia terlalu terikut dengan cara pemakaian dan budaya di luar negara, menyebabkan dia memakai pakaian yang tidak sopan.

"Sekarang bila kita dah tahu dosa kita, teruslah berubah. Jangan ditangguh-tangguhkan."

"Allah....akan maafkan I ke?

Ain senyum.

"Allah itu Maha Pengampun segala dosa yang HambaNya lakukan. Jika sudah sedar akan dosa yang dilakukan, segeralah bertaubat. In shaa allah dia akan menerima semua taubat Hamba- hambaNya."

"Jom, maghrib dah nak dekat."

"Tapi, I tak ingat cara nak solat."

"Tak apa, I ajar."

Dan dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan maafkan kesalahan-kesalahan..."
(42:25)

"(42:25)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now