30

17.1K 789 24
                                    

Sampai sahaja Haura di rumah mertuanya, dia terlebih dahulu memberi salam, sebelum kedatangannya disambut oleh Melissa yang tersenyum sinis memandangnya.


Bertambah hairan dirinya. Bukan kerana kenapa Melissa ada di sini, tapi ini kerana kenapa riak wajah Melissa terpancar sungguh bahagia.

Ada apa-apa yang berlaku ke?

Masuk sahaja di ruangan ruang tamu, matanya disapa dengan susuk tubuh ibu mertuanya yang beriak kosong.

Dan disebelah Datin Zehra, ada Mak Ngah yang juga tersenyum sinis. Persis Melissa.

Haura mengusap tempat terletaknya jantungnya rasa tak sedap hati entah kenapa.

Dalam hati tak henti-henti beristighfar tidak lupa pesanan suaminya yang suruh dia beristighfar jika rasa resah atau takut.

Haura mendekati Datin Zehra yang duduk di sofa. Sampai di hadapan Datin Zehra, Haura menjatuhkan lututnya tangan dihulur mahu bersalam.

Baru sahaja dia mahu menyalami tangan tua ibu mertuanya, Datin Zehra lantas menepis kasar tangan Haura jijik.

Dia jijik dengan lakonan Haura.

Dasar, murah

Haura terkaku. Tidak percaya apa yang jadi barusan. Kenapa Mama menepis tangannya?

Matanya mula berair. Efek membawa anak kecil dalam perutnya, dia mudah rasa sebak.

Haura panggung kepala. Matanya  memandang riak wajah bengis Datin Zehra.

"Mama, kenap-

"Diamlah perempuan!" Jerkah Datin Zehra kasar. Dia jijik dengar suara perempuan murah ni!

Tudung Haura dia tarik kasar dan ditolaknya tubuh Haura jatuh ke lantai. Tak puas dengan itu dia tolak pula kepala gadis itu kasar banyak kali.

"Dasar murah!"

PANG!

"Pelacur!"

PANG!

"Kau tak layaklah jadi isteri anak aku!"

PANG!

Cukup dengan 3 tamparan yang diberi air mata yang ditahan akhirnya jatuh berjuraian keluar.

"Allahuakbar, ujian apa yang kau turunkan untuk aku ni?"

Dia tak boleh melawan. Datin Zehra adalah ibu mertuanya. Syurga Farel dibawah tapak kakinya. Farel mengajarnya tentang hormat akan orang yang lebih tua.

"Astaghfirullah hal adzim. Abang....."

Tak puas dengan itu, dia tarik pula niqab yang dipakai Haura itu kasar sampai tercabut niqab itu dari wajahnya.

"Kau tak layak pakai benda suci ni kalau perangai macam pelacur!"

DANG

Hatinya seperti berkali-kali ditembus pisau belati saat mencerna ayat yang meninggalkan luka dihatinya.

Dia, pelacur?

His Precious WifeDonde viven las historias. Descúbrelo ahora