02

28.8K 1.3K 70
                                    

"Abang Rel! Abang Rel! Jomlah teman Mel!" Gadis muda itu menarik-narik lengan Farel yang berlapik baju itu berkali-kali.

"Abang ada kerja Melissa. Pergi dengan Nazryl lah." Beritahu Farel malas. Dia dah lah ada banyak kerja. Boleh pula sepupunya ni minta dia teman pergi shopping.

"Tak nak! Mel nak Abang Rel yang teman." Suara Melissa yang agak kuat itu mengundang mata-mata masyarakat yang turut ada di situ.

Farel menguap rambut yang sudah mahu menutupi matanya dengan malas.

Pandangan dikalihkan memandang Nazryl yang memandang Melissa dengan riak wajah yang jelas menyampah.

"Just 30 minutes." Farel mengalah. Tak ada guna dah gaduh dengan sepupunya tu.

"Okay jom!" Melissa lantas memeluk lengan sasa Farel.

"Lepas Melissa." Farel menarik tangannya menjauhi Melissa.

"Kenapa pula?"

"Kita hanya sepupu. Bukan adik beradik." Farel memberi amaran keras. Paling tidak suka saat ada perempuan yang bukan halal untuknya menyentuh dirinya tanpa rasa bersalah.

"So?"

"Haram."

Melissa terus menjuling matanya ke atas. Tanpa menghiraukan pandangan tajam Farel, dia terus blah. Asalkan Farel teman dia.

"Done?" Tangan disilangkan di dada. Manakala lengan baju kemeja dilipat sampai ke siku. Gaya santai.

Melissa mengangguk bersama senyuman manis. Farel kelihatan kacak dengan gaya seperti itu.

Sedang dia berjalan mahu ke parking kereta, Melissa secara tidak sengaja melanggar seorang perempuan yang turut membeli belah di situ.

"Ish you ni mata dekat mana?!" Jerkah Melissa. Paling tidak suka saat ada orang yang melanggarnya. Dah lah dia pakai baju baru!

"Sorry cik. I tak sengaja." Haura meminta maaf.

"Wait. Apa you cakap? Tak sengaja? Tak sengaja apa sampai I jatuh macam ni!"

Haura menahan matanya dari menjuling ke atas menyampah. Ingat dia tak tahu ke yang minah ni sengaja jatuh macam tu!

"Maaf cik, tapi I betul-betul tak sengaja."

"Kenapa ni Melissa?" Farel menyoal Melissa. Dia baru lepas angkat call tadi. Tinggal Melissa sekejap. Sampai-sampai je dia buat hal pula.

Haura panggung kepala. Matanya bertembung dengan Iris Hazel jejaka itu.

"Abang Rel... dia langgar I." Melissa mengadu manja.

Perempuan ni memang saja nak kena sekeh dengan aku. Mamat ni pun satu, agak-agaklah nak pilih awek pun. Tak ada taste langsung!

Gumamnya dalam hati. Geram dan juga menyampah dengan perempuan yang dipanggil Melissa itu.

"Sorry again. Dan Bye!" Tanpa membuang masa dia terus lari. Malas mahu melihat drama murah Melissa.

Farel pandang pula Melissa sambil menjongketkan keningnya meminta penjelasan. Melissa hanya beriak selamba.

Setelah selesai Haura membeli-belah di mall dia berjalan ke arah lorong yang cukup sunyi. Dia fikir tidak bahaya jika lalu disitu kerana langit masih cerah dan Matahari masih lagi berada di atas.

His Precious WifeWhere stories live. Discover now