25

16.5K 849 21
                                    

Seperti yang dijanjikan oleh Farel pada Haura. Harini mereka berdua akan menziarah kubur ibu Bapa Haura.

Mereka berdua bertolak dari rumah pada pukul 9 pagi. Selepas sahaja bersarapan terus bertolak pergi ke Kubur.

Diam. Tidak ada satu suara pun keluar dari bibir Haura dan Farel.

"Sayang bawa Yassin tak?" Soal Farel Tiba-Tiba. Mata Hazelnya masih melihat ke depan.

"Bawa." Balas Haura.

Maka tamatlah perbualan mereka berdua. Langsung tidak berbual dan bergurau senda. Masing-masing memilih untuk diam. Cuaca pada harini tidak terlalu panas. Sesuai untuk sesiapa mahu menziarahi kubur pada hari ini.

Kereta mewah Farel masuk ke dalam kawasan Tanah Perkuburan. Keluar sahaja dari perut kereta Haura menghampiri kubur ibu Bapanya.

Sudah lama...sudah lama Haura tidak melawat kubur ibu dan ayahnya. Rindu sangat rindu.

Langkah kaki menghampiri batu nisan itu tertulis nama ibu dan ayahnya. Rasa sebak sudah mahu menguasai diri. Farel memegang Bahu Haura, tatapan lembut diberi pada si isteri. Mahu memujuknya. Haura tersenyum nipis, kemudian membuka Yassin untuk disedekahkan pada Arwah ibu dan bapanya.

"Sayang, kita buat adab-adab menziarahi kubur dulu ya, sebelum baca surah Yassin."

Haura mengangguk perlahan.

"Assalamu'alaikum dara qaumin mu'minin wa atakum ma tu'adun ghadan mu'ajjalun, wa inna insya-Allahu bikum lahiqun

("Assalamualaikum hai tempat bersemayam kaum mukmin. Telah datang kepada kalian janji Allah yang sempat ditangguhkan besok, dan kami insya Allah akan menyusul kalian." )

Tangan Haura digenggam  Farel kemudian Farel meletakkan Tangan isterinya di atas batu Nisan tersebut.

"Astaghfirullah hal adzim Alladzi la ilaha illa Huwal hayyul qoyumu Wa Atubu ilaihi."

("Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Maha hidup lagi Maha berdiri sendiri, dan aku bertaubat kepada-Nya.")

Tangan ditadah, Haura juga turut menadah tangannya. Surah Al Fatihah, Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas di baca.

Selesai membaca surah tersebut, Farel menyambung lagi Membaca kalimat Tahlil

"Laailaaha illallah."

(Tiada Tuhan selain Allah)

"Allahummaghfìrlahu war hamhu wa
'aafìhìì wa'fu anhu, wa akrìm nuzuulahu
wawassì' madholahu, waghsìlhu bìl maa'ì watssaljì walbaradì, wa naqqìhì,
mìnaddzzunubì wal khathaya kamaa
yunaqqatssaubul abyadhu mìnad danasì.

"Wabdìlhu daaran khaìran mìn daarìhì wa zaujan khaìran mìn zaujìhì. Wa adkhìlhul jannata wa aìdzhu mìn adzabìl qabrì wa mìn adzabìnnaarì wafsah lahu fì qabrìhì wa nawwìr lahu fìhì."

("Ya Allah, berilah ampunan dan rahmat kepadanya. Berikanlah keselamatan dan berikanlah maaf kepadanya. Berikanlah kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air, es, dan embun. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran."

(Gantikanlah untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, isteri yang lebih baik dari isterinya. Masukkanlah dia ke dalam surga, berikanlah perlindungan kepadanya dari azab kubur dan azab neraka. Lapangkanlah baginya dalam kuburnya dan terangilah dia di dalamnya." (HR. Muslim).

Selesai sahaja membuat adab-adab menziarahi kubur, mereka berdua memulakan Bacaan Yassin.

Surah Yassin dibaca dengan penuh tertib bersama dengan tajwid yang betul. Mengambil masa selama 15 minit untuk mereka berdua menghabiskan surah Yassin.

Selesai Membaca surah Yassin, Haura menyiramkan Air di atas kubur Ibunya terlebih dahulu dari kaki hingga ke kepala.

Selepas menyiram ibunya, giliran Ayah Haura pula disiram dari kaki hingga ke kepala.

Selesai membaca Yassin, mengucap kata rindu dan berdoa pada kedua ibu bapanya Haura masuk ke dalam kereta terlebih dahulu.

Manakala Farel, masih tidak lagi masuk ke dalam kereta. Farel memegang Batu Nisan Ayah dan ibunya Haura lalu mengucapkan...

"Mulai harini dan saat ini Haura Iryana akan berada di bawah tanggungjawab saya. Tolong halalkan makan minum Haura selama Mama dan Papa membesarkan Haura. "

"Terima kasih kerana menjaga dan melahirkan seorang bidadari untuk saya. Dengan nama Allah, Saya suami Haura akan jaga,sayangi dan cintai Haura lebih dari saya cintakan diri saya sendiri. Saya akan jaga Haura seperti saya menjaga diri saya sendiri."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now