41

18.7K 812 11
                                    

"Masih tak jumpa ke abang?" Soal Datin Zehra sudah hampir seminggu dia cari, tapi masih lagi tidak jumpa dengan keberadaan Haura.

Di mana ya menantunya itu?

"Tak. Tak cuba tanya Mak Su?" Soal Dato Nazri. Pembantu rumahnya yang itupun tiada sekarang ni.

Datin Zehra terus mendail nombor Mak Su. Pembantu rumahnya yang sudah hilang berminggu-minggu yang lalu.

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi."

"Tak dapat abang." Telefon bimbit diletakkan di sebelahnya.

Sama-sama senyap. Memikirkan tentang di mana Haura. Sampailah Farel datang pada mereka.

"Jumpa?"

"Tak."

Farel mengeluh kasar. Dia duduk di atas sofa ruang tamu itu. Sampailah dia teringat pada pasangan itu.

Pasangan yang meristui perkhawinannya dengan Haura.

Ya, Encik Rosli dan Puan Halimah. Terus Farel bangun dari pembaringan.

"Kamu nak pergi mana?"

"Jumpa nenek dan atuk Haura." Farel keluar dari kawasan rumah agam ibu bapanya. Kaki berlari masuk ke dalam keretanya.

Dia yakin yang Encik Rosli dan Puan Halimah pasti tahu tentang Haura. Mengambil masanya selama berjam-jam untuk dia sampai ke Kelantan.

Kuala lumpur ke kelantan agak jauh masa yang diambil.

Kerete hitamnya berhenti di hadapan rumah kampung Encik Rosli dan Puan Halimah. Apa yang peliknya ialah kenapa ramai orang dekat dalam rumah tu?

Ada makan-makan ke?

Semua persoalannya terjawab saat dia masuk ke dalam rumah itu, matanya disapa dengan pasangan yang sangat dia kenali sedang berbaring.

Matanya menutup rapat. Manakala badan mereka dipakaikan kain berwarna putih suci.

Dan mereka itu ialah, Atuk dan Nenek Haura.

"Innalillahiwainnailaihirojiun."

Mereka sudah tiada. Sudah kembali menghadap Sang Pencipta.

"Kamu ni siapa?" Tanya Pak cik itu yang merupakan ketua kampung di situ.

"S-saya suami pada cucu arwah." Farel memperkenalkan dirinya. Jika Haura tahu tentang ini, dia pasti Haura akan sedih bukan.

Kerana dua orang ahli keluarga gadis itu sudah pergi menghadap ilahi.

"Arwah meninggal dalam keadaan yang baik. Arwah meninggal pada malam jumaat sewaktu sedang menunaikan solat fardu isyak bersama isterinya."

"Subhanallah." Farel meraup wajahnya. Sungguh indah cara kematiannya.

"Sebelum Arwah meninggal, arwah ada pesan jika dia pergi, sampaikan ini terhadap cucunya."

Sebuah kotak Pak Cik itu beri pada Farel. Farel lantas menyambutnya. Senyum manis dia ukir.

Jika kotak ini diberi padanya, bermakna Haura memang tiadalah di sini.

Farel memejamkan matanya.

"Where are you precious?"

Tanpa Farel sedar, ada sepasang mata yang memandangnya bersama air mata tidak berhenti mengalir.

Dan dia adalah Haura Iryana.

Dia sendiri juga tidak sangka yang dia akan berjumpa dengan Farel di sini. Terima kasih pada firasatnya yang terdetik mahu datang ke rumah atuk dan neneknya, jika tidak dia sendiri juga tidak akan tahu yang atuk dan nenek sudah pergi meninggalkannya.

Sekarang, tinggallah dia keseorangan.

"Haura, janganlah macam tu." Haura berpaling wajah Mak Su menghiasi matanya yang mengalirkan air mata tidak mahu henti.

"Mak Su. Haura dah tiada sesiapa." Haura memeluk tubuh tua Mak Su. Menangis teresak-esak di bahu Mak Su.

"Shhh, mak su ada. Baby ada. Allah juga ada dengan Haura. Haura tak berseorangan."

Pujuk Mak Su pada gadis itu. Di usianya yang masih muda, sudah diuji sebegini.

"Haura, nak jumpa Farel?" Soal Mak su pada gadis itu. Bukannya dia tak tahu yang gadis itu rindukan suaminya.

Haura senyap dahulu. Berfikir.

Dia panggung kepala. Lalu menggelengnya berkali-kali.

Maaf, tapi dia tidak mahu dipukul demi keselamatan anak dalam perutnya. Dia yakin jika dia pulang pada Farel, kemarahan Datin Zehra padanya makin marak.

"Jom, kita balik."

Selesai menanam mayat atuk dan nenek Haura, Farel kembali pada rumah kampung itu.

Rumah itu terlihat sunyi sekali. Tiada orang. Kosong. Tiada sinar, tiada kegembiraan yang terpancar seperti selalunya.

Langkah kaki dia atur menghampiri bilik yang dia duduki saat di malam perkhawinannya dengan Haura.

Semua sisi di bilik itu penuh dengan aroma Haura. Bau yang paling dia sukai.

Vanilla.

Farel berbaring di atas katil itu. Matanya dipejam. Air matanya sekali lagi turun.

Dia, gagal menjadi suami yang baik. Dia bahkan sudah memungkiri janjinya pada atuk dan nenek Haura.

Masih segar di kotak ingatannya tentang perbualan dia dan atuk Haura sebelum mereka berkhawin.

"Disaat kamu sudah menghalalkan cucu saya, jaga dan hargailah dia baik-baik. Kalau sudah tidak mencintainya, pulangkan dia dengan baik pada kami. Biar kami yang menjaganya layak seorang Ratu."

Dan dia gagal dalam menjaga. Lihatlah sekarang Haura tiada di sisinya.

 Lihatlah sekarang Haura tiada di sisinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now