44

20.7K 795 12
                                    

Perlahan-lahan, dia membuka kedua-dua kelopak matanya. Awalnya penglihatannya samar-samar, lama kelamaan kelihatan jelas ruangan yang ditempatkan untuknya.

Di bersebelahannya ada sebuah katil yang ditiduri anak yang baru dia lahirkan beberapa jam yang lalu. Tangan naik memegang kepala.

Kepalanya terasa berpusing.

Terasa ada seseorang yang memegang kepalanya.

"Puan, puan okay?"  Soal doktor perempuan itu.

Haura tidak membalasnya, dia hanya fokus pada kepalanya yang pening. Sakit yang teramat.

Doktor Alisya yang melihat pesakitnya yang memegang bahagian kepala, terus menyentuh kepala Haura.

"Puan, sakit dekat sini?"

Haura mengangguk laju walau dalam kesakitan.

Doktor Alisya memberi suntikan pada Haura. Dan setelah itu, dunianya gelap sekali lagi.




"Haura, dah bangun? Macam mana kepala? Okay tak?"

Sedarnya dia dari pengsan, terus disoal bertalu-talu oleh Mak Su. Wajah tua itu kelihatannya sangat risaukan dia. Lama sangat ke dia tidur?

"A-air." Sekarang ni dia perlukan air untuk mengalir di tekaknya.

Memang kering.

Mak Su terus memberi air mineral itu pada Haura. Selesai membasahkan tekak, ruangan yang disediakan untuknya itu dipandang lama.

Semua warna putih. Dan bau ruangan ini. Semestinya bau hospital. Ergh
Bau hospital memang dia tak suka.

Wajah tua Mak Su dia pandang lama. Dan baru dia perasan ada seorang bayi yang wajahnya kemerah-merahan ada di dalam dukungan Mak Su.

Mak Su yang melihat Haura yang sepertinya mahu memegang Hasya, terus meletakkan Hasya di dalam dakapan ibunya.

Wajah Hasya, Haura menatapnya lama. Lihatlah matanya, memang mewarisi mata Farel. Berwarna Hazel.

Apabila Hasya senyum, keluar lesung pipit yang juga dimiliki oleh Farel. Haura senyum manis. Terubat rindunya pada suami.

Abang, sihat je kan? Haura yakin yang abang dah jumpa seseorang yang akan menjadi  bidadari abang yang sesungguhnya.

"Mak Su, bila Haura boleh keluar dari hospital?"

"Lagi beberapa hari. Doktor nak perhatikan kesihatan Haura."

Faham dengan ucapan Mak Su, Haura mengangguk.

"Ni Mak Su keluar pergi beli makanan kejap ya."

"Okay."

Setelah Mak Su keluar hanya ada Haura dan Hasya dalam ruangan itu. Haura pandang Hasya dan Hasya pula pandang Haura.

Masing-masing melihat satu sama lain dengan perasaan yang sukar ditafsirkan.

"Hai, anak Umi!" Bersama dengan suara seraknya. Haura mengukir senyuman manis.

Hasya pula hanya menggerakkan sedikit tangannya. Bertindak balas dengan teguran ibunya.

"Eee comellah dia! Tengoklah matanya tuuu." Geramnya nak gigit pipi tembamnya tu.

Dah lah matanya dah warna hazel. Kecik-kecik dah cantik!

"Hasya sayang, nak jumpa abi ke?"

Haura menyoal. Anak-anak lain, saat melihat dunia ini, pasti wajah seorang bapa yang memenuhi kornea mata, tapi lainlah pula dengan Adalyn Hasya.

Dia, tak salahkan Farel dalam hal ini kerana perkara ini bukankah sudah ditulis di dalam takdir mereka berdua?

Walaupun jarak mereka jauh, tapi sama-sama tetap mendoakan satu sama lain untuk kekal bahagia dengan orang tercinta.

Ada kebaikan yang mahu Tuhan beri pada perkhawinan mereka.

Hasya menggerakkan lagi tangannya.

"Suatu hari nanti, Hasya akan jumpa dengan Abi. Mungkin bukan sekarang, tapi suatu hari nanti, abi yang akan datang jumpa Hasya dan Umi."

"Umi janji."

Walau dia jauh dari penglihatan, jika benar mencintainya, akan tetap menunggunya walau selama mana masa yang perlu diambil.

Walau dia jauh dari penglihatan, jika benar mencintainya, akan tetap menunggunya walau selama mana masa yang perlu diambil

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.
His Precious WifeOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz