21

18.8K 910 4
                                    

Peti Ais dibuka untuk mencari bahan masakan yang perlu dimasak.

Menu pada hari ini Ikan Siakap 3 rasa. Makanan kegemaran suaminya. Sewaktu mereka berdua pergi ke rumah keluarga Farel, Sempat lagi Haura tanya tentang Makanan kegemaran Farel.

Kerana Datin Zehra cakap, Farel tidak terlalu cerewet. Dia makan je apa yang ada. Kecuali ranting dan batu.

Tangannya lincah memotong sayur-sayuran untuk diletakkan berhampiran di dalam ikan siakap nanti.

Setelah selesai memasak, Haura sekali lagi membuka peti ais, Buah Epal hijau dan merah diambil untuk dijadikan sebagai pencuci mulut. Dipotong dan disusun di atas piring.

Kemudian diletakkan di atas meja makan.

Ikan siakap 3 rasa sudah dihidang cantik di atas meja makan. Lalu, Haura mengambil pula pinggan disusun di atas meja makan, memandangkan penghuni rumah banglo ini hanya 2 orang iaitu Haura dan Farel, jadi hanya 2 pinggan sahaja disusun di atas meja makan.

Sunyi, ya sangat sunyi. Jika ada kanak-kanak di sini mesti meriah rumah banglo ini.

Haish

"Termenung apa?"
Pinggang Haura dirangkulnya  sambil dagunya direhatkan di atas bahu kanan Haura.

Maka terbanglah segala lamunan Haura sebentar tadi

"Bila Abang balik? Tak Bunyi suara kereta pun."

Blur. Langsung tidak Bunyi suara kereta Mercedes-Benz itu. Bunyi orang bagi Salam pun tak.

"Siapa Cakap tak Bunyi? Bunyilah. Abang dah bagi Salam tapi sayang tak menyahut."

"Tak nak share ke masalah sayang dengan abang?"

"K-kita nak anak.

Air mata mula menitis. Tiba-tiba je rasa sendu semacam. Kalau ada anak kan seronok, tak adalah sunyi rumah ni.

Wajahnya dan hidungnya sudah merah akibat menangis. Farel mengorakkan senyuman disebalik rerambut Haura. Alahai comelnya lah Haura ni.

"Dah, dah jom kita makan dulu."

Dengan senyuman yang masih lagi ditahan. Farel mengajak Haura untuk makan.

Farel mencedokkan nasi di atas pinggan kaca itu, kemudian diberikan pada Haura. Dia mendudukkan Haura di atas kerusi di bersebelahan kerusinya.

Toleh melihat isterinya, Haura masih lagi menangis tapi tidak sekuat tadi. Nasi yang ada dalam pinggan langsung tak diusik.

Hanya memandang nasi putih itu kosong.

"Meh abang suapkan. Dah nangis."

Rambut Haura diselitkan di cuping telinga Haura.

Angin malam pada malam ini sangat menyenangkan. Ketika ini mereka berdua sudah berada di dalam bilik tidur.

Selesai sahaja menunaikan solat Isyak bersama dengan Farel, Farel terus menyiapkan kerjanya di bilik tidur memandangkan Farel tidak sempat menyiapkan di office sebentar tadi.

Manakala Haura sedang mengambil angin malam di balkoni bilik tidur mereka berdua. Rambut panjang milik Haura berterbangan akibat ditiup angin malam.

Angin pada malam ini sangat kuat tak sama seperti biasa. Malam ini mungkin akan ada ribut.

"Jom masuk precious."


Haura mengangguk perlahan. Langkah kaki diayun masuk ke dalam bilik tidur sebelum tangannya memegang pintu sliding, dan menutupnya.

"Lambat lagi ke?"

Ketika ini Haura sudah berada di sebelah Farel melihat Farel yang  menyiapkan tugasan kerjanya.


"Dah."

Sambil tangannya menyusun fail-fail kerja. Setelah selesai meyusun Fail, Farel bangun dari duduk, kemudian menarik tangan Haura.

Haura hanya mengikuti pergerakan suaminya. Farel membawa Haura menghampiri Katil yang bersaiz king kemudian melabuhkan punggung di situ. Haura juga turut duduk bersebelahan Farel.

Kedua-dua lengan Haura dipegang Oleh Farel.

"Dah malam ni. Sekarang Haura kena tidur."

Haura tanpa bantahan baringkan tubuhnya di atas katil itu. Farel juga turut baring di sebelah Haura. Matanya tidak lepas dari memandang bidadarinya itu.

Haura mencuba menutup matanya tapi tidak boleh. Matanya masih segar.

"Abang tak boleh tidur lah. Segar lagi mata ni."

Farel rapatkan jaraknya dengan Haura.
Lalu dia bercerita

"Ada suatu hari ni, nabi muhammad balik rumah lewat malam, lepastu tertidur dekat depan pintu sebab tak nak bangunkan isterinya iaitu Saidatina Aisyah.

"Dan  Rupa-rupanya Aisyah juga tertidur di sebalik pintu sebab tunggu suaminya balik dari rumah iaitu Nabi Muhammad saw."

Bersama dengan kasarnya  mengusap lembut kepala Sang isteri.


Haura senyum. Suka mendengar kisah romantis Aisyah dan Nabi Muhammad. Betapa sayangnya nabi muhammad pada Aisyah dan betapa sayangnya Aisyah pada rasulullah saw.

Kisah cinta mereka romantis.

"Tutup mata precious."

Haura langsung menutup matanya. Farel mengusap kepala Haura yang langsung tidak ditutupi oleh sehelai benang pun.


Setelah itu terdengar alunan suara Farel mengalunkan surah Al Mulk buat isterinya.

Haura tersenyum mendengar Suara Farel yang membaca surah Al-Mulk. Ini ialah rutin harian mereka berdua sebelum tidur Farel akan membaca Surah Al-Mulk pada isterinya.

Kerana sesiapa yang membaca surah Al-Mulk akan mendapat syafaat sehingga terampunnya dosa, dihadiahkan pahala yang besar sehingga masuk ke dalam syurga dan Selamat dari azab kubur.

Kerana sesiapa yang membaca surah Al-Mulk akan mendapat syafaat sehingga terampunnya dosa, dihadiahkan pahala yang besar sehingga masuk ke dalam syurga dan Selamat dari azab kubur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now