10

23.3K 1.2K 71
                                    

Setelah beberapa hari  Haura cuti, Akhirnya, dia dapat pergi ke kerja!

Awalnya Haura perlu berada di rumah sepatutnya 3 hari saja, tapi disebabkan dia pengsan lagi sekali, Alia suruh dia menyambung cutinya 3 hari lagi.

Haura menghantar pemergian Ain dengan ekor matanya. Apabila kereta Myvi milik Ain sudah hilang, Haura segera mengunci pintu rumah, lalu duduk di atas sofa di depan tv.

Setelah beberapa minit melihat televisyen, dia teringat tentang hadiah yang diberi oleh seseorang yang dia tidak kenal. Ya lelaki hari tu!

Hadiah tadi dicari olehnya. Dan jumpa!

Haura  membuka balutan yang membalut Hadiah tersebut dan ada sebuah kotak kecil yang ada disebalik balutan tadi.

Kotak kecil yang ada disebalik balutan tadi dia buka dan ada sebentuk cincin yang sangat cantik.

Baru sahaja dia mahu menyentuh, cincin itu deringan telefon membatalkan niatnya.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam nenek. Kenapa call ni?"

""Haura, ni ada orang masuk meminang kamu?"  Membulat matanya. Kenapa tiba-tiba sangat ni?

"Nenek terima ke?"

"Mana boleh terima tanpa persetujuan tuan badan, mestilah nenek kena tanya Haura dulu."  Yang mahu berkhawinnya Haura, bukanlah dia.

"Mereka bagi Haura masa selama seminggu untuk buat keputusan. Fikir masak-masak ya sayang."

"Ini soal masa depan Haura. Jadi nenek nak Haura buat solat istikharah minta petunjuk dari Allah."

"Kalau Haura terima, Haura sarunglah cincin itu pada jari manis Haura. Ibu bapa lelaki tu cakap yang anak dia dah bagi cincin itu pada Haura. Nanti kamu tengok ya."

"Okay nenek."

"Nenek tutup dulu ya. Assalamualaikum."

"Waalaikumussam." Telefon diletakkan di atas sofa.

Pandangan dikalihkan pada cincin tadi. Kotak cincin itu diambilnya. Baru dia perasan ada kertas kecil di tepinya.

Kertas itu diambil dan dibukanya. Tulisannya masih sama tiada berubah.

Marry me Haura Iryana

Ini bukanlah lamaran, tapi suruhan. Nampak sangat memang tak nak dia menolak.

"Haura cakap apa?" Encik Rosli menyoal isterinya.

"Kita bagi dia masa abang." Puan Halimah menjawab.

"Harap-harap keputusan dia ni terbaiklah untuk masa depan dia."

"In shaa allah."

Haura baring di atas sejadah serabut dirinya memikirkan tentang pinangan tersebut. Nak terima ke tak. Nak ke, tak nak.

"Masuklah."

Ain terus masuk ke dalam bilik tidur haura dan duduk di sebelah haura.

"Fikir pasal benda tu lagi ke?"

Haura mengangguk. Sambil tersenyum tipis.


"Buat solat istikharah. In shaa allah, Allah akan bagi petunjuk." Masuk kalini ini sudah kali kedua suruh dia buat solat istikharah.

Ain tidak mahu Haura terlalu tertekan memikirkan tentang ini.
Balik sahaja Ain dari kerja petang tadi, Haura terus memberitahunya tentang berita yang disampaikan oleh Puan Halimah tadi.

Haura mengangguk mendengar apa yang Ain pesan padanya. Dia perlu meminta petunjuk dari Allah, sekarang ni hanya Allah yang tahu mana yang terbaik pada masa depannya.

"Macam mana Farel kenal dengan Haura?" Betapa gembiranya dia sampai-sampai Malaysia sahaja dah dapat berita gembira ini.

Dato Nazri menggeleng perlahan melihat perangai isterinya. Isterinya ni, kalau bab menantu memang dialah yang paling excited.

"Tiba-tiba terkenal." Datin Zehra mencebik dengan jawapan Farel. Tidak puas hati.

"Farel Mam-

"Zehra pergi buat air. Saya nak cakap dengan Farel sekejap." Datin Zehra sydah mengeluarkan muncungnya. Alahai baru je nak tanya lagi. Ish

Disebabkan arahan suami, nak tak nak dia kena buat juga. Datin Zehra bangun dari duduknya menuju ke dapur.

Apabila susuk tubuh isterinya sudah tiada, dia melihat ke arah Farel.


"Papa nak bincang apa dengan Farel?"
Farel memulakan perbualan. Kerana dari tadi hanya diam diantara mereka.

"You are my son I understand my son very well, right?"

Farel naik senyum senget. Dato Nazri pandai membaca fikirannya.

"When you marry her, take good care of her."

"Don't worry, I won't hurt her."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now